Majlis Perbandaran Kemaman

Majlis Perbandaran Kemaman Majlis Perbandaran Kemaman diisytiharkan sebagai perbandaran pada 1 Januari 2002

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terletak di bahagian selatan Negeri Terengganu dan merupakan salah satu gerbang masuk ke negeri ini. Secara umumnya lokasi Majlis Perbandaran Kemaman adalah bersempadan dengan Daerah Dungun di sebelah utara manakala di sebelah selatan p**a bersempadan dengan Negeri Pahang. Perlaksanaan pembangunan Negeri Terengganu oleh Kerajaan Negeri melalui dua fasa iaitu Fasa P

ertama (1980-1995) dan Fasa Kedua (1995-2010) merupakan salah satu cabaran kepada Majlis Perbandaran Kemaman terutama Fasa Kedua yang lebih memberi penekanan dalam pembangunan sektor perindustrian di seluruh Negeri Terengganu.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π πŠπˆπ‹π€ππ† 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐏𝐔𝐒𝐀𝐍 π’πˆπ’π€ 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐉𝐀𝐋 πˆπ†ππˆπ’ πŸ‘π‘ "𝐖𝐄 𝐑𝐄𝐕𝐀𝐋𝐔𝐄 𝐖𝐀𝐒𝐓𝐄 π“πŽ π„ππ„π‘π†π˜"15 Ogos 2026 | SabtuMajlis Perbandar...
15/08/2026

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π πŠπˆπ‹π€ππ† 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐏𝐔𝐒𝐀𝐍 π’πˆπ’π€ 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐉𝐀𝐋 πˆπ†ππˆπ’ πŸ‘π‘ "𝐖𝐄 𝐑𝐄𝐕𝐀𝐋𝐔𝐄 𝐖𝐀𝐒𝐓𝐄 π“πŽ π„ππ„π‘π†π˜"

15 Ogos 2026 | Sabtu

Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah mengadakan Majlis Perasmian Kilang Pelupusan Sisa Pepejal IGNIS 3R "We Revalue Waste To Energy" yang telah berlangsung di Tapak Pelupusan Sampah, Bukit Gelugor, Kerteh, Kemaman, hari ini. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.

Turut hadir YB Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu; YB Dato’ Haji Hanafiah bin Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu; Yang Berusaha Haji Zuwislan bin Awang, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman; serta Dr. Alan Tan Yean Keat, Pengerusi Syarikat IGNIS Wawwa Sdn.Bhd.

Majlis dimulakan ucapan aluan oleh Yang Dipertua MPK, diikuti dengan ucapan perasmian oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu. Acara diteruskan dengan gimik perasmian, tayangan montaj dan sesi lawatan ke tapak serta menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

Pelaksanaan IGNIS 3R ini merupakan satu langkah ke hadapan dalam usaha memperkukuh pengurusan sisa pepejal melalui pendekatan teknologi dan inovasi, di samping memberi nilai tambah kepada pemulihan serta pengurusan tapak pelupusan secara lebih sistematik dan lestari.

Inisiatif ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengurusan sisa pepejal yang lebih mampan serta memperkukuh usaha pemeliharaan alam sekitar, khususnya di daerah Kemaman.



"WeRevalueWasteToEnergy"

PEMAKLUMAN KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA SEMULAKenyataan Tawaran Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (Kenderaan) Nom...
13/08/2026

PEMAKLUMAN KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA SEMULA

Kenyataan Tawaran Sebutharga Pelupusan Aset Alih Kerajaan (Kenderaan) Nombor Sebutharga : MPK/S/P/2026/7

Tarikh Tutup Sebut Harga : 30 Ogos 2026

Layari laman web majlis di https://mpk.terengganu.gov.my untuk maklumat lanjut

PEMAKLUMAN KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA Kenyataan Tawaran Sebutharga Penyelenggaraan Bagi Tujuan Pengubahsuaian Longkan...
11/08/2026

PEMAKLUMAN KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA

Kenyataan Tawaran Sebutharga Penyelenggaraan Bagi Tujuan Pengubahsuaian Longkang dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Taman Semarak, Binjai, Kemaman

Tarikh Tutup Sebut Harga : 19 Ogos 2026

Layari laman web majlis di https://mpk.terengganu.gov.my untuk maklumat lanjut

PERTANDINGAN LAMAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026Majlis Perbandaran Kemaman merakamk...
10/08/2026

PERTANDINGAN LAMAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN SEMPENA SAMBUTAN HARI LANDSKAP NEGARA 2026

Majlis Perbandaran Kemaman merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas kejayaan menerima Anugerah Laman Harapan sempena Pertandingan Laman Pihak Berkuasa Tempatan, yang berlangsung bersempena Sambutan Hari Landskap Negara 2026 di Stadium Hang J***t, Krubong, Melaka.

Pengiktirafan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan komitmen berterusan MPK dalam memperkasa pembangunan landskap, memelihara kehijauan dan mewujudkan persekitaran bandar yang berkualiti, kondusif serta berdaya huni.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, khususnya warga kerja MPK, atas segala usaha, dedikasi dan kerjasama yang telah dicurahkan dalam menjayakan penyertaan ini.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya kelestarian serta memperindah landskap bandar demi kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran Kemaman.

MAJLIS PENYERAHAN DATA DAN SISTEM KGIS KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN 9 Ogos 2026 | AhadSistem Kemaman Geographic Inf...
10/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN DATA DAN SISTEM KGIS KEPADA MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN

9 Ogos 2026 | Ahad

Sistem Kemaman Geographic Information System (KGIS) merupakan sebuah platform bersepadu yang menghimpunkan data geospatial berkaitan pembangunan, guna tanah, infrastruktur, utiliti serta kemudahan awam bagi menyokong proses perancangan dan pengurusan bandar yang lebih sistematik, tepat serta berasaskan data.

Pembangunan sistem ini turut menjadi salah satu inisiatif penting dalam mendukung aspirasi Pelan Tindakan Bandar Pintar Daerah Kemaman 2035, ke arah pembentukan sebuah daerah yang lebih pintar, mampan, berdaya saing dan responsif terhadap keperluan semasa.

MPK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah atas kesudian hadir serta menyaksikan perkembangan pembangunan Sistem KGIS.

Penghargaan turut dirakamkan kepada Pusat Geospatial Negara (PGN) atas kerjasama dan sokongan dalam merealisasikan inisiatif pendigitalan ini.

Semoga Sistem KGIS menjadi pemangkin kepada pengurusan perbandaran yang lebih cekap, berintegriti dan berteraskan data, seterusnya menyumbang kepada pembangunan Kemaman yang lebih pintar, mampan dan sejahtera.

09/08/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN PANGGILAN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

Calon yang telah memohon jawatan di Majlis Perbandaran Kemaman adalah dimohon untuk menyemak emel yang telah didaftarkan dalam Sistem eKerjaya bagi mendapatkan maklumat dan panggilan Ujian Kecergasan Fizikal (UKF).

Sila semak emel anda dan pastikan maklumat berkaitan ujian diberikan perhatian sewajarnya.

Send a message to learn more

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŠπ„ π™πŽπŽ πŠπ„πŒπ€πŒπ€π8 OGOS 2026 | SABTUZoo Kemaman hari ini menerima kunjungan Yang B...
08/08/2026

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 πŠπ„ π™πŽπŽ πŠπ„πŒπ€πŒπ€π

8 OGOS 2026 | SABTU

Zoo Kemaman hari ini menerima kunjungan Yang Berhormat. Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu yang berkesempatan meluangkan masa meninjau sekitar kawasan zoo serta melihat sendiri koleksi hidupan liar yang terdapat di Zoo Kemaman, termasuk anak harimau putih yang menjadi antara tarikan istimewa kepada para pengunjung.

Ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Azmi Bin Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu telah disambut oleh YM Tuan Sharifah Khairuzita binti Tuan Kechil, Setiausaha Majlis Perbandaran Kemaman.

Kunjungan ini turut mencerminkan perhatian dan sokongan terhadap usaha pemeliharaan hidupan liar serta pembangunan Zoo Kemaman sebagai salah satu destinasi rekreasi dan tarikan pelancongan di daerah Kemaman.




ππ‘πŽπŒπŽπ’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπŽπŒππ€π”π π’π„πŒππ„ππ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Perbandaran Kem...
04/08/2026

ππ‘πŽπŒπŽπ’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 πŠπŽπŒππ€π”π π’π„πŒππ„ππ€ 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„πŒπ„π‘πƒπ„πŠπ€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2026, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) menawarkan Promosi Pengurangan Kompaun kepada orang ramai sebagai galakan untuk menjelaskan kompaun yang tertunggak.

Kadar pengurangan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
βœ… 80% bagi kompaun letak kereta bernilai RM100.00 ke atas.
βœ… 70% bagi kompaun kesalahan pelbagai.

πŸ“Œ Promosi ini tidak melibatkan kompaun yang mempunyai notis mahkamah serta kompaun semasa.

Orang ramai boleh membuat semakan dengan menghubungi 014-8207700 atau terus membuat bayaran melalui Gerbang PBTPay.

Jangan lepaskan peluang ini. Selesaikan kompaun anda sepanjang tempoh promosi dan bersama-sama menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan 2026.



🎳 PERTANDINGAN BOLING MUHIBBAH MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN TAHUN 2026
04/08/2026

🎳 PERTANDINGAN BOLING MUHIBBAH MAJLIS PERBANDARAN KEMAMAN TAHUN 2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ π˜ππ‡π†. πƒπ€π“πŽβ€™ π’π‘πˆ 𝐊𝐏 π‰πŠπ“Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd...
02/08/2026

π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ πŠπ„ππ€πƒπ€ π˜ππ‡π†. πƒπ€π“πŽβ€™ π’π‘πˆ 𝐊𝐏 π‰πŠπ“

Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Mohd Fadzli bin Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan atas pengurniaan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.) yang membawa gelaran β€œDato’ Sri”.

Pengurniaan ini dikurniakan sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta Segala Jajahan Takluknya, yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026 bersamaan 17 Safar 1448H.

Semoga pengurniaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencurahkan bakti, memperkukuh kepimpinan serta membawa kecemerlangan kepada perkhidmatan awam dan pembangunan kerajaan tempatan demi kesejahteraan rakyat.





Address

Chukai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 16:30
Sunday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perbandaran Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share