Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman

Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman

KAUNTER HASIL BERGERAKKUTIPAN LUAR CUKAI TANAH 2026PEJABAT TANAH KEMAMAN๐Ÿ—“๏ธTARIKH : 5  SEPTEMBER 2026 (SABTU)๐Ÿ•˜MASA : 8.00...
03/09/2026

KAUNTER HASIL BERGERAK
KUTIPAN LUAR CUKAI TANAH 2026
PEJABAT TANAH KEMAMAN

๐Ÿ—“๏ธTARIKH : 5 SEPTEMBER 2026 (SABTU)
๐Ÿ•˜MASA : 8.00 PG โ€“ 1.00 PTG
๐Ÿ“TEMPAT : DEWAN SIVIK GELIGA, KEMAMAN.

Sila Bawa Bersama salah satu salinan berikut untuk memudahkan urusan pembayaran cukai tanah.

โžก๏ธResit Hasil Terdahulu @
โžก๏ธKad Pengenalan @
โžก๏ธGeran Tanah
๐Ÿ”ŠKAMI AKAN BERADA DI LOKASI ANDA!!!
๐Ÿ”ŠJangan lupa war-warkan kepada saudara mara dan jiran berdekatan anda..
Bayaran dan semakan cukai tanah boleh dibuat melalui sistem Portal Awam e-Tanah
( https://etanah.terengganu.gov.my/etanah-awam/AwamLoginForm.xhtml )

PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026Pasukan Perbarisan Pejabat Daera...
31/08/2026

PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

Pasukan Perbarisan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK) telah menyertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang berlangsung di Kuala Terengganu.

Perbarisan bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan bergerak menuju ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Penyertaan pasukan PDTK mencerminkan semangat patriotisme, disiplin serta komitmen warga perkhidmatan awam dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Kehadiran Pasukan Perbarisan PDTK turut menyerlahkan semangat Malaysia MADANI serta kesatuan dan kebersamaan dalam meraikan hari bersejarah negara, di samping memperkukuhkan semangat cintakan tanah air dalam kalangan warga kerja.

31 Ogos 2026 | Isnin



๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN, HARI MALAYSIA & SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พPejabat Daerah dan Tanah Kemaman meng...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN, HARI MALAYSIA & SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, serta Salam Maulidur Rasul 1448H kepada semua.

Marilah kita menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama menghargai nikmat keamanan serta keharmonian yang dikecapi.

Dalam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita meneladani akhlak, sifat amanah, kasih sayang dan kepimpinan Baginda sebagai panduan dalam membina masyarakat yang berakhlak serta negara yang sejahtera.

Semoga semangat Jiwa Merdeka yang disemai seiring dengan penghayatan sunnah dan akhlak Rasulullah SAW dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu, saling menghormati dan sentiasa mengutamakan kesejahteraan bersama.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.
MADANI Dihayati, Ummah Diberkati. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŒ™


RAPTAI PENUH PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026Pasukan Perbarisan ...
29/08/2026

RAPTAI PENUH PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2026

Pasukan Perbarisan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman telah menyertai Raptai Penuh Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang berlangsung di Kuala Terengganu.

Raptai bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebelum pasukan perbarisan bergerak menyusuri laluan yang telah ditetapkan dan seterusnya berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

Penyertaan ini mencerminkan semangat patriotisme, disiplin dan kesungguhan warga Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan serta bersama-sama menjayakan acara penuh bermakna di peringkat Negeri Terengganu.

Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69

29 Ogos 2026 | Sabtu

Program Konvoi Jiwa Merdeka Kemaman 2026Program Konvoi Jiwa Merdeka Kemaman 2026 berlangsung meriah dengan penuh semanga...
27/08/2026

Program Konvoi Jiwa Merdeka Kemaman 2026

Program Konvoi Jiwa Merdeka Kemaman 2026 berlangsung meriah dengan penuh semangat patriotik dan kebersamaan, sekali gus menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Hanafiah Mat, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar.

Bertemakan โ€œJiwa Merdekaโ€, konvoi ini bukan sekadar sebuah perjalanan bersama, tetapi menjadi ruang untuk menyemai semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta memupuk rasa syukur terhadap keamanan, kestabilan dan kemakmuran yang dinikmati.

Turut memberi nilai tambah kepada program, para peserta konvoi berkesempatan menyantuni golongan asnaf sekitar DUN Cukai menerusi penyerahan sumbangan beras dan wang tunai. Inisiatif ini mencerminkan semangat kepedulian dan keprihatinan terhadap masyarakat, di samping memastikan kemeriahan sambutan kemerdekaan turut dikongsi bersama golongan yang memerlukan.
Program ini juga mengambil tauladan daripada kehidupan dan perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersempena sambutan Maulidur Rasul, khususnya dalam menghayati nilai persaudaraan, kepimpinan, kesatuan dan kecintaan terhadap keamanan.

Konvoi yang melibatkan laluan sekitar Bandar Cukai, Mak Chili, Ibok, Kampung Baru Kerteh, Taman Awam dan Rekreasi Kerteh, Kemasik serta Kijal itu kemudiannya berakhir di Arena Square, Kemaman.

Selaras dengan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, โ€œMalaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmatiโ€, Program Konvoi Jiwa Merdeka Kemaman 2026 menjadi wadah untuk menyemarakkan rasa cinta kepada negara, memperkukuh semangat perpaduan serta menghargai nikmat kemerdekaan yang dikecapi bersama.

27 Ogos 2026 | Khamis
14 Rabiulawal 1448H

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก / ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ƒ๐“๐ŠPejabat Daerah dan...
26/08/2026

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐š๐ง ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐š๐ฐ๐š๐ข ๐ƒ๐š๐ž๐ซ๐š๐ก / ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š ๐๐ƒ๐“๐Š

Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK) telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bulanan YBrs. Tuan Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kemaman bersama Warga Kerja PDTK sebagai wadah memperkukuh hubungan silaturahim, semangat kebersamaan serta penyampaian amanat dalam kalangan warga kerja.

Majlis turut diserikan dengan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena sambutan Maulidur Rasul 1448H, sebagai tanda kecintaan dan penghormatan kepada Rasulullah SAW serta menghayati nilai-nilai murni yang menjadi teladan dalam kehidupan dan pelaksanaan tugas.

Majlis diteruskan dengan ucapan YBrs. Tuan Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kemaman yang menyampaikan amanat dan penekanan berkaitan komitmen, integriti, disiplin serta kerjasama seluruh warga kerja dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berkualiti.

Turut berlangsung penyerahan pakaian kepada kontinjen perbarisan PDTK sebagai persiapan menyertai sambutan kemerdekaan peringkat negeri Terengganu, di samping menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara.

Dalam masa yang sama, majlis turut menjadi sebahagian daripada Sambutan Semarakkan Kemerdekaan Peringkat Jabatan, selaras dengan usaha menyemarakkan semangat patriotik, memperkukuh perpaduan serta menyemai rasa bangga dan cinta kepada tanah air Malaysia.

Semoga perjumpaan bulanan ini terus menjadi platform yang berkesan dalam memperkukuh ukhuwah, meningkatkan motivasi serta memantapkan kerjasama warga PDTK demi memastikan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

26 Ogos 2026 | Rabu
13 Rabiulawal 1448H

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448HMarilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S...
24/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H

Marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, kita dapat memperingati Maulidur Rasul SAW pada 12 Rabiulawal 1448H bersamaan 25 Ogos 2026.

Sambutan Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita menghayati kembali sirah, perjuangan serta akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW sebagai contoh teladan terbaik dalam membentuk peribadi unggul dan masyarakat yang berteraskan nilai murni.

Semoga penghayatan terhadap ajaran dan sunnah Baginda SAW dapat terus menyuburkan kecintaan kepada Rasulullah SAW, memperkukuh ukhuwah, meningkatkan amalan serta membentuk masyarakat yang berilmu, berintegriti dan saling menghormati.

โ€œMADANI Dihayati, Ummah Diberkati.โ€





KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANUPejabat Daerah Kemaman menerima kunjungan hormat dar...
24/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA CAWANGAN TERENGGANU

Pejabat Daerah Kemaman menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu kepada YBrs. Tuan Pegawai Daerah Kemaman.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Puan Hajah Mariah Ismail, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Turut hadir, YBhg. Datin Zuraida Muda, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Daerah Kemaman.

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan serta membincangkan perancangan program dan aktiviti Persatuan Pandu Puteri yang bakal dilaksanakan di daerah Kemaman, di samping meneroka peluang kerjasama dalam menjayakan pelbagai inisiatif kemasyarakatan.

Semoga kunjungan ini dapat memperkukuh hubungan serta membuka ruang kerjasama strategik antara Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

24 Ogos 2026 | Isnin
11 Rabiulawal 1448H

SEMARAK MERDEKA : Tatacara Pemasangan Jalur Gemilang  Yang Betul
23/08/2026

SEMARAK MERDEKA : Tatacara Pemasangan Jalur Gemilang Yang Betul

Kursus Penguasaan AI Perkasa Produktiviti Warga PDTKPejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK) telah menganjurkan Program K...
18/08/2026

Kursus Penguasaan AI Perkasa Produktiviti Warga PDTK

Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman (PDTK) telah menganjurkan Program Kursus Penguasaan AI Untuk Produktiviti: Transformasi Proses Kerja Dengan GenAI yang melibatkan pegawai dan kakitangan PDTK.

Kursus ini memberi pendedahan dan pengetahuan berkaitan penggunaan Generative AI (GenAI) sebagai salah satu pendekatan dalam memperkemas, memudah cara serta meningkatkan kecekapan proses kerja seharian.

Kursus telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Azwa bin Abdul Aziz, Ketua Kluster Teknologi Pintar & Sistem, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), merangkap Ketua Pegawai Eksekutif DataSpeak Analytica Sdn. Bhd.

Program ini diharap dapat memperkukuh kompetensi warga PDTK dalam memanfaatkan teknologi AI secara berkesan, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan keperluan transformasi digital serta usaha meningkatkan produktiviti penyampaian perkhidmatan awam.

18 Ogos 2026 | Selasa
05 Rabiulawal 1448H

Address

Chukai

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098591972

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman:

Shortcuts

Share