JPKK Air Puteh dan JPKK Teladas

JPKK Air Puteh dan JPKK Teladas Assalamualaikum penduduk Kg Air Puteh dan Kg Teladas Kemaman. Sebarang masalah/cadangan dan kritikan

05/08/2026

5.8.2027
Rabu

Assalamualaikum

Mohon jasa baik semua penduduk kampung mendoakan Rosmawati Aziz (Moksu Wati Kg Teladas) yang melakukan pembedahan di Hospital Kuantan agar dipermudah segala urusan dan diberikan kesembuhan dari sakit beliau.

InsyaAllah

https://www.facebook.com/share/p/1BfQVNzmrH/

Selasa04.08.2026Alhamdulillah pg ini YB Dun Air Putih Mohd Hafiz Adam berkesempatan turun menziarahi adik Fakhruddin yan...
04/08/2026

Selasa
04.08.2026

Alhamdulillah pg ini YB Dun Air Putih Mohd Hafiz Adam berkesempatan turun menziarahi adik Fakhruddin yang mengalami patah tangan kiri akibat kemalangan jalan raya yang berlaku baru-baru ini. Terima kasih diucapkan kepada YB atas kesudian hadir bersama-sama menyantuni dan bertanya khabar.

Sesungguhnya setiap ujian pasti hadir bersama hikmah, dan semoga Allah mengangkat kesakitan ini sebagai penghapus dosa serta meninggikan darjatnya.

“Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” — Surah Asy-Syu’ara’: 80

https://www.facebook.com/share/p/19DWZYe42m/

Jumaat31.07.2026🌸 KURSUS MANDI JENAZAH 🌸Alhamdulillah, hari ini telah berlangsungnya Kursus Mandi Jenazah anjuran Muslim...
31/07/2026

Jumaat
31.07.2026

🌸 KURSUS MANDI JENAZAH 🌸

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsungnya Kursus Mandi Jenazah anjuran Muslimat PAS Cawangan Kg Teladas yang bertempat di Dewan 2 Tingkat, Tanah Lot Kampung Teladas.

Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman, Puan Rohana binti Harun, yang telah berkongsi ilmu dan tunjuk ajar mengenai tatacara pengurusan serta pemandian jenazah mengikut kaedah yang betul dan tuntutan syariat Islam.

Program seperti ini amat bermanfaat dalam mempersiapkan para Muslimat dengan ilmu pengurusan jenazah, di samping memupuk rasa tanggungjawab dan keprihatinan dalam masyarakat. Turut diselit kan acara cabutan bertuah untuk para muslimat yang hadir.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dan disampaikan kepada lebih ramai lagi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua muslimat-muslimat yang sudi hadir dan menjayakan program ini. 🤲🏻

https://www.facebook.com/share/p/1H6c2HibTx/

Khamis30.07.2026🌿 PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA 1448H 🌿Alhamdulillah, telah berlangsung pagi ini Program Kacau Bubur Asyura...
30/07/2026

Khamis
30.07.2026

🌿 PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA 1448H 🌿

Alhamdulillah, telah berlangsung pagi ini Program Kacau Bubur Asyura Fusion dengan kerjasama erat antara Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh dan gabungan Jpkk Kg Air Putih, Jpkk Kg Teladas, Jpkk Kg Dadong, Jpkk Tebak, dan Jpkk Lubuk Lesung.

Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pihak sekolah, JPKK dan komuniti setempat, malah menjadi ruang untuk menyemai semangat gotong-royong, kerjasama dan silaturahim dalam kalangan warga sekolah serta masyarakat.

Terima kasih kepada semua guru, murid, AJK JPKK dan seluruh warga komuniti yang bersama-sama menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini terus mengukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam komuniti. 🤲❤️
Bersama kita kekalkan tradisi, suburkan ukhuwah, eratkan silaturahim.

Balai Polis Ayer Putih
SK Ayer Puteh Skapian

https://www.facebook.com/share/p/1HCfDh4PB3/

Rabu29.07.2026Alhamdulillah, proses kerja-kerja menaiktaraf Dataran Astaka Kg Air Putih sedang giat dijalankan. Semoga d...
29/07/2026

Rabu
29.07.2026

Alhamdulillah, proses kerja-kerja menaiktaraf Dataran Astaka Kg Air Putih sedang giat dijalankan. Semoga dengan penambahbaikan ini, memberi kemudahan untuk penduduk kampung setempat. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat..

https://www.facebook.com/share/p/19Egukr3yJ/

Isnin27.07.2026*Salam Takziah**Info Kematian*إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ،Dukacita dimaklumkan saudara k...
27/07/2026

Isnin
27.07.2026

*Salam Takziah*
*Info Kematian*
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ،

Dukacita dimaklumkan saudara kita Wan Mohd Aminuddin bin Wan Ibrahim (menantu pok zul gagap) telah kembali ke rahmatullah dihospital kemaman pada pukul 2.00pagi tadi.

Urusan jenazah akan sembahyangkn di Masjid Kampung Air Putih dan dikebumikan ditanah perkuburan Kg Teladas.

Sama-sama kita mendoakan semoga Allah merahmatinya & ditempatkan di syurga.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُا، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ [وَعَذَابِ النَّارِ] .

https://www.facebook.com/share/p/1EaannTrYC/

Sabtu25.07.2026Alhamdulillah, kerja-kerja menaiktaraf jalan batu kepada jalan tar di belakang Pekan Sari Kampung Air Put...
26/07/2026

Sabtu
25.07.2026

Alhamdulillah, kerja-kerja menaiktaraf jalan batu kepada jalan tar di belakang Pekan Sari Kampung Air Putih telah berjaya disiapkan. Semoga kemudahan ini dapat memberikan keselesaan dan keselamatan kepada seluruh penduduk serta pengguna jalan raya. Terima kasih kepada semua pihak terutama YB Mohd Hafiz Adam yang telah berusaha merealisasikan projek ini. Semoga segala usaha yang dilakukan menjadi manfaat kepada masyarakat dan diberkati Allah SWT.

https://www.facebook.com/share/p/1DcnFQGTyp/

Sabtu18.07.2026Pagi ini sedang berlangsungnya Perlawanan Sepak Takraw Piala YB Dun Air Putih di Dewan Sivik Kampung Air ...
18/07/2026

Sabtu
18.07.2026

Pagi ini sedang berlangsungnya Perlawanan Sepak Takraw Piala YB Dun Air Putih di Dewan Sivik Kampung Air Putih dengan penyertaan 21 team yang akan berentap merebut gelaran Juara.

Semoga kejohanan ini berlangsung dengan lancar, meriah dan terus mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti. Selamat beraksi kepada semua peserta! 💪🏐

https://www.facebook.com/share/p/14bRxPizEuB/

Esok, sek awok jangan dok mari plok bagi memeriahkan suasano.Pilihlah deh yang mana dekat, atau mana minat.Salam Jumaat✨
17/07/2026

Esok, sek awok jangan dok mari plok bagi memeriahkan suasano.

Pilihlah deh yang mana dekat, atau mana minat.

Salam Jumaat✨

Address

Kemaman
Cukai
24050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Air Puteh dan JPKK Teladas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share