Tadika Yayasan Islam Chukai

Tadika Yayasan Islam Chukai Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tadika Yayasan Islam Chukai, Government Organization, lot 144 kampung gong limau, Cukai.

25/08/2026

π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, pembawa rahmat dan teladan terbaik buat seluruh umat.

"πŒπ€πƒπ€ππˆ πƒπ’π‘πšπ²πšπ­π’, π”π¦π¦πšπ‘ πƒπ’π›πžπ«π€πšπ­π’"

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati sirah, meneladani akhlak mulia Rasulullah S.A.W serta menghidupkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah S.A.W terus subur di hati, menjadi cahaya dalam kehidupan dan membawa keberkatan di dunia serta kebahagiaan di akhirat.



SAMBUTAN MAULIDUR RASULTadika Yayasan Islam Terengganu Chukai 2026TARIKH : 24 Ogos 2026 ( Isnin)TEMPAT: Tadika Yayasan I...
24/08/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Tadika Yayasan Islam Terengganu Chukai 2026

TARIKH : 24 Ogos 2026 ( Isnin)
TEMPAT: Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Chukai

Program Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu program kerohanian yang dianjurkan oleh Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Chukai bagi memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid tentang sirah dan akhlak Rasulullah SAW serta memupuk rasa cinta dan kasih kepada baginda.
Melalui aktiviti yang bersesuaian dengan usia murid, nilai-nilai murni seperti kasih sayang, hormat-menghormati, berselawat, bekerjasama dan mencontohi akhlak Rasulullah SAW dapat diterapkan dalam kehidupan seharian.

AKTIVITI PROGRAM

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

πŸ’š Bacaan dan penghayatan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

πŸ’šPerarakan Maulidur Rasul

πŸ’šCerita kisah dan teladan Rasulullah SAW

πŸ’šAktiviti mewarna dan membuat sepanduk bertemakan Maulidur Rasul

πŸ’šKuiz atau aktiviti interaktif berkaitan Rasulullah SAW.

πŸ’šPenyampaian hadiah/penghargaan kepada murid.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan impak yang positif kepada murid. Murid bukan sahaja didedahkan kepada sejarah kelahiran Rasulullah SAW, malah turut dibimbing untuk mengenali dan mengamalkan akhlak mulia baginda dalam kehidupan seharian.

Program Sambutan Maulidur Rasul Tadika YIT Chukai telah dapat dilaksanakan dengan baik hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat. Terima kasih kepada ibubapa, penjaga yang bersama-sama menyiapkan sepanduk sempena Maulidur Rasul. Kepada ketua program & ajk tahniah & syabas kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha untuk menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta membentuk generasi cilik yang berilmu, berakhlak mulia dan mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan seharian.

Yayasan Islam Terengganu HQ



23/08/2026

Salam Maulidur Rasul
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H
Tadika YIT Chukai 2026
24 Ogos 2026 /11 Rabiulawal 1448H
Yayasan Islam Terengganu HQ



19/08/2026

I got over 500 reactions on my posts last week! Thanks everyone for your support! πŸŽ‰

Pada 16 Ogos 2026 telah berlangsung Saringan 0.2 Kemasukan Ke Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Chukai  Tahun 202...
17/08/2026

Pada 16 Ogos 2026 telah berlangsung Saringan 0.2 Kemasukan Ke Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Chukai Tahun 2027.

Seramai 20 orang calon tersenarai untuk ditemuduga dalam saringan pada hari ini.

Semoga berjaya terpilih untuk kemasukan tahun hadapan. Jangan lupa sentiasa semak email.

Yayasan Islam Terengganu HQ


13/08/2026

SUKAN TAHUNAN
TADIKA YIT CHUKAI 2026
Yayasan Islam Terengganu HQ

Address

Lot 144 Kampung Gong Limau
Cukai
24000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6098594378

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Yayasan Islam Chukai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Tadika Yayasan Islam Chukai:

Shortcuts

Share