27/07/2026
๐ ๐๐๐๐ง๐ข๐ฅ๐ฌ ๐๐๐๐๐ฃ๐ง๐๐ก๐๐ ๐ง๐๐ฆ๐ง (๐๐๐ง) - ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ - ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ ๐ฅ๐จ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ ๐๐๐ก๐๐๐ข๐, ๐๐ข๐ง๐ ๐๐๐๐ฅ๐จ, ๐๐๐๐๐ก๐ง๐๐ก
๐
22 Julai 2026 (Rabu)
๐ 10.00 pagi
๐ MEGA-MEM Engineering Sdn. Bhd., Puchong, Selangor
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), Jabatan Pengairan dan Saliran telah menghadiri sesi Factory Acceptance Test (FAT) bagi projek kerja-kerja penyelenggaraan pam di Rumah Pam Banggol, Kota Bharu, Kelantan.
Sesi FAT merupakan salah satu proses penting dalam pelaksanaan projek bagi memastikan peralatan yang dibekalkan telah memenuhi spesifikasi teknikal, keperluan kontrak serta standard kualiti yang telah ditetapkan sebelum dihantar ke tapak untuk pemasangan.
Sepanjang sesi ini, pemeriksaan dan pengujian telah dilaksanakan bagi mengesahkan prestasi, fungsi operasi serta kualiti komponen pam agar berada dalam keadaan terbaik dan menepati keperluan projek. Pelaksanaan FAT juga dapat membantu mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan atau penambahbaikan yang perlu dibuat sebelum penghantaran ke tapak, sekali gus mengurangkan risiko kegagalan semasa pemasangan dan operasi.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama dalam memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan.
Kehadiran:
* Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), Cyberjaya
* Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal (BPME), JPS Kelantan
* Cekal Engineering Competitive (M) Sdn. Bhd.