10/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐ โ ๐ ๐๐ ๐จ๐ฌ ๐๐๐๐ (๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง- ๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐)
โฐ ๐๐๐ฌ๐: ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ ๐ข โ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
๐ ๐๐จ๐ค๐๐ฌ๐ข: ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐๐๐ญ๐ข๐ก๐๐ง ๐, ๐๐ซ๐๐ฌ ๐, ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ ๐ฎ๐ง๐, ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฃ๐๐๐๐ญ ๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐
Bahagian Pengurusan Fasiliti dan GIS (BPFG), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia telah menganjurkan Bengkel Pengurusan dan Pengemaskinian Kandungan Portal GIS JPS Bersama Pengguna bagi memperkukuh tadbir urus maklumat dan data geospatial di Portal GIS JPS. Bengkel ini telah disertai oleh pegawai dari JPS Bahagian dan JPS Negeri.
Objektif utama bengkel adalah untuk membuat semakan dan mengemaskini kandungan portal berdasarkan ID pengguna Portal GIS bagi memastikan data dan kandungan yang disimpan kekal relevan dan terkini. Selain itu, peserta juga turut didedahkan dengan ciri-ciri keselamatan data menerusi perkongsian map service di Portal GIS. Melalui inisiatif ini, pengurusan dan perkongsian kandungan portal secara terkawal dapat dipertingkatkan sekali gus mengoptimumkan penggunaan kapasiti storan.
Pengisian bengkel turut diisi dengan sesi technology update mengenai fungsi baharu di Portal GIS JPS yang telah dinaiktaraf kepada versi 11.5.
Semoga usaha ini dapat memperkukuh pengurusan data geospatial JPS ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan efisien.