10/06/2026
[MESYUARAT PENGURUSAN SEKTOR PAKAR BIL. 2/2026]
Mesyuarat Pengurusan Sektor Pakar Bil. 2/2026 telah diadakan pada 9 Jun 2026 bertempat di Bilik Latihan HTC Kuala Lumpur, dipengerusikan oleh YBrs Ir. Azren bin Khalil merangkap Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar), JPS Malaysia.
Mesyuarat ini diadakan sebanyak empat kali setahun secara penggiliran tugas urus setia dalam kalangan bahagian di bawah Sektor Pakar, di mana HTC Kuala Lumpur telah diamanahkan sebagai urus setia bagi edisi kali ini.
Sesi ini amat penting sebagai platform utama untuk memantau status pelaksanaan KPI, RKT dan Pelan Strategik, meneliti tindakan susulan bagi isu-isu semasa yang berbangkit, serta membincangkan pelaporan, perancangan kewangan, dan hal-hal berkaitan tadbir urus bahagian.
Bagi memastikan kelancaran pengurusan organisasi, mesyuarat ini melibatkan komitmen bersama daripada keseluruhan bahagian di bawah Sektor Pakar JPS Malaysia dan dihadiri oleh Pengarah / Timbalan Pengarah Bahagian iaitu:
• Encik Mohd Hazri bin Moh Khambali (Timbalan Pengarah, Bahagian Rekabentuk dan Empangan - BRE),
• Puan Ir.Ts. Hajah Hapida binti Hj. Ghazali (Pengarah, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal - BPME),
• Cik Norazizah binti Abdul Kadir (Pengarah, Bahagian Bangunan dan Infrastruktur - BBI),
• Puan Sr. Intan Idayu binti Mohamad (Timbalan Pengarah, Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak - BUBPK)
• Dato’ Ir. Ratna Rajah Sivapiragasam (Pengarah, Humid Tropics Centre Kuala Lumpur - HTC KL)
Turut hadir bersama adalah Puan Ir. Lily Azyyati binti Johar (Humid Tropics Centre Kuala Lumpur - HTC KL), Ir. Norazila binti Ab Razak (Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal – BPME) dan Encik Ahmad Hakimi Aidil bin Abdul Shukor (Bahagian Bangunan dan Infrastruktur – BBI).
Mesyuarat selesai dan ditangguhkan ke sesi seterusnya di mana Bahagian Mekanikal dan Elektrikal (BPME) telah diamanahkan untuk menggalas tugas sebagai urus setia dan tarikh cadangan mesyuarat adalah pada 3-4 September 2026 kelak.