Klik Dengan Bijak

Klik Dengan Bijak Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif.
(357)

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab (safety, security, and responsibility) yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan Internet. Program ini adalah menitikberatkan Prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perk

ara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Teras dan Matlamat

Keselamatan - Untuk mendidik masyarakat agar menggunakan Internet dengan cara yang selamat

Kewaspadaan - Untuk menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian

Tanggungjawab - Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif dalam kalangan masyarakat. Sasaran khusus program ini adalah golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga). Dengan adanya program ini, diharap pembangunan dan peningkatan penggunaan jalur lebar selain dapat menjana ekonomi Negara turut dimanfaatkan untuk tujuan kebaikan serta memberi impak positif dalam mengekalkan nilai serta budaya bangsa Malaysia.

Address

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6
Cyberjaya
63000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klik Dengan Bijak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klik Dengan Bijak:

Shortcuts

Share