07/12/2024
MAJLIS PENGHARGAAN ANUGERAH SMART MAMPAN 2024 (ANUGERAH SDG, ANUGERAH KEBUN KOMUNITI & ANUGERAH JIMAT TENAGA)
6 DISEMBER 2024 (JUMAAT), SEMARAK HALL, CYBERJAYA โ Majlis Perbandaran Sepang telah menganjurkan Anugerah โSustainable Development Goalโ (SDG), Anugerah Kebun Komuniti@Sepang dan Anugerah Jimat Tenaga@Sepang yang digabungkan di dalam satu Majlis Penghargaan Anugerah Smart Mampan . Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Timbalan Yang DiPertua, MPSepang yang mana teks ucapan beliau telah dibaca oleh Tuan Haji Mohd Saifunazif bin Mat Yatim, Pengarah, Jabatan Kejuruteraan dan seterusnya penyampaian hadiah kepada para pemenang. Majlis ini turut dihadiri oleh Ahli-Ahli Majlis MPSepang, Ketua-Ketua Jabatan MPSepang, Agensi-agensi Kerajaan di Peringkat Persekutuan dan Negeri, Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP), Institusi Pengajian Tinggi, Persatuan Penduduk, NGO dan Komuniti Daerah Sepang.
Anugerah โSustainable Development Goalsโ (SDG) merupakan penganjuran pertama kali diadakan oleh pihak MPSepang yang terdiri daripada kategori Komuniti, kategori Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi, Kategori Agensi swasta dan NGO serta Jawatankuasa Paling Aktif. Pihak MPSepang telah memfokuskan pelaksanaan program 5 SDG Champion di Sepang melibatkan SDG 1, SDG 8, SDG 9, SDG 11 dan SDG 12.
Anugerah Kebun Komuniti (AKS2024) merupakan penghargaan kepada komuniti yang melaksanakan aktiviti pertanian melalui Persatuan Penduduk. Anugerah AKS telah bermula sejak tahun 2019 hingga kini dan ia selaras dengan SDG2. Selain itu, AKS ini menyokong dasar Kerajaan Persekutuan di bawah Kebun Komuniti Bandar oleh KPKT, Program Sejahtera Komuniti Madani (SEJATI) di bawah Kementerian Ekonomi. Sebanyak 3 kategori dipertandingkan melibatkan Kategori Perumahan / Komuniti Bertanah, Kategori Perumahan / Komuniti Strata dan Kategori Sekolah.
Anugerah Jimat Tenaga p**a merupakan satu (1) inisiatif MPSepang bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2030 seperti yang disasarkan di dalam Pelan Tindakan Bandar Pintar dan Rendah Karbon Cyberjaya 2025. Program ini juga selaras dengan pelaksanaan SDG 7, SDG 11, SDG 13 dan SDG 17. Anugerah ini memfokuskan kepada sektor perumahan sahaja dengan pertandingan melibatkan kategori rumah sesebuah, rumah berkembar, rumah teres dan berbilang tingkat. Cabaran seterusnya adalah untuk melibatkan sektor komersil dan sektor industri.
Senarai penuh Pemenang mengikut Anugerah dan Kategori adalah seperti berikut :
ANUGERAH SDG (KATEGORI KOMUNITI)
Johan : KRT Pangsapuri Kenanga, Taman Putra Perdana
Naib Johan : Persatuan Penduduk Apartment Teratai, Taman Putra Perdana
Tempat Ketiga : KRT Megah Villa Apartment, Kota Warisan
Saguhati Pertama : Persatuan Penduduk Komuniti Taman Bunga Raya BBST
Saguhati Kedua : Persatuan Penduduk Taman Ixora BBST
ANUGERAH SDG (KATEGORI AGENSI SWASTA DAN NGO)
Johan : Sime Darby Property (Serenia City) Sdn Bhd
Naib Johan : IOI Properties Group Berhad
Tempat Ketiga : Sepang People Club
Saguhati Pertama : Youth Ventures Asia
Saguhati Kedua : Kebun Komuniti Cyber FarmUR
ANUGERAH SDG (KATEGORI SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI)
Johan : University of Cyberjaya
Naib Johan : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Union, Cyberjaya
Tempat Ketiga : Sekolah Menengah Kebangsaan Pantai Sepang Putra
Saguhati Pertama : UniKL MIAT
Saguhati Kedua : Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Baru Salak Tinggi
ANUGERAH SDG (JAWATANKUASA PERUNDING PENDUDUK PALING AKTIF)
Jawatankuasa Perunding Penduduk (JPP) Sepang Putra
ANUGERAH KHAS SDG
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Union Cyberjaya
ANUGERAH KEBUN KOMUNITI (KATEGORI PERUMAHAN BERTANAH)
Johan : Persatuan Penduduk Taman Seroja
Naib Johan : Persatuan Penduduk The Lake Residence
Tempat Ketiga : Kebun Komuniti APM Sungai Merab
ANUGERAH KEBUN KOMUNITI (PERUMAHAN BERBILANG TINGKAT)
Johan : JMB Pangsapuri Rosana Villa 2B
Naib Johan : JMB Pangsapuri Rista Villa
Tempat Ketiga : JMB MASRECA 19
ANUGERAH KEBUN KOMUNITI (KATEGORI SEKOLAH)
Johan : Sekolah Kebangsaan Desa Putra
Naib Johan : Sekolah Kebangsaan Datoโ Abu Bakar Baginda
Tempat Ketiga : Sekolah Kebangsaan Dengkil
ANUGERAH KHAS KEBUN KOMUNITI
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi
ANUGERAH JIMAT TENAGA (KATEGORI RUMAH SESEBUAH)
Johan : Encik Marzuki bin Katijo
Naib Johan : Encik Md Rasid bin Sinoh
Tempat Ketiga : Puan Rabiatul Adawiah binti Damarulan
ANUGERAH JIMAT TENAGA (KATEGORI RUMAH BERKEMBAR)
Johan : Encik Mohamad Hatta bin Kassim
Naib Johan : Encik Muhammad Amirul bin Asrin
Tempat Ketiga : Puan Nurul Fatihah binti Mohd Jamal
ANUGERAH JIMAT TENAGA (KATEGORI RUMAH TERES)
Johan : Encik Wan Mohd Rafidi bin Mohd Rasid
Naib Johan : Encik Asrul Effendi bin Mohamed Emran
Tempat Ketiga : Puan Siti Famida binti Zulkifli
ANUGERAH JIMAT TENAGA (KATEGORI RUMAH BERBILANG TINGKAT)
Johan : Puan Nurul Huda binti Ibrahim
Naib Johan : Puan Nordianti binti Abd Rahim
Tempat Ketiga : Puan Nurliyana binti Yusof
ANUGERAH KHAS JIMAT TENAGA
Encik Marzuki bin Katijo
๐ฒ LIKE, FOLLOW & SHARE: ๐๐ป
๐๐ป FB: Majlis Perbandaran Sepang
๐๐ป Twitter:
๐๐ป Instagram:
๐๐ป YouTube: Corporate MPSepang
๐๐ป Tiktok: