Suara Mahasiswa & Belia

Suara Mahasiswa & Belia Pejabatnya pada ketika itu ialah di Wisma Keramat, Kuala Lumpur. Ibu Pejabat Unit Penyelidikan Belia ketika itu ialah di Jalan Kelantan, Kuala Lumpur.

MENGENAI KAMI:

Biro Tatanegara (BTN) merupakan sebuah agensi kerajaan yang pada asalnya mulai tahun 1974 ditubuhkan di bawah Program Belia dan dikenali sebagai Unit Penyelidikan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Pada Oktober 1981, Unit Penyelidikan Belia telah diletakkan terus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Pada Jun 1982, namanya telah ditukar kepada Biro Tatanegara, Jabata

n Perdana Menteri dan tiga buah pejabat cawangan telah wujudkan di zon utara, selatan dan timur. Seterusnya, pada tahun 1983, BTN berpindah ke bangunan JKR 742, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Mulai tahun 1986, BTN cawangan negeri telah diwujudkan dan sehingga kini BTN mempunyai 14 cawangan negeri. Pada 6 September 1999, Ibu Pejabat BTN berpindah di alamat berikut:
Aras 1,Blok B3,
Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya. Selain daripada mempunyai Ibu Pejabat dan BTN Cawangan Negeri, BTN juga mempunyai beberapa buah kem yang digunakan sebagai tempat melaksanakan aktiviti Program Bina Negara. Kem Bina Negara yang pertama dibina ialah pada tahun 1987 iaitu Kem Bina Negara Langkawi dan diikuti dengan beberapa buah kem lain. Sehingga kini BTN mempunyai 16 buah Kem Bina Negara dan sebuah pusat latihan di seluruh negara. Pada tahun 1981, selaras dengan keputusan Kerajaan, fungsi BTN telah diperluaskan untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan semua lapisan masyarakat termasuk belia, pelajar, kakitangan kerajaan dan sektor swasta. Seterusnya pada November 1986, aktiviti BTN diperjelas dan diperkembangkan kepada melatih pemimpin dan bakal pemimpin supaya mereka mendukung usaha-usaha pembangunan dalam beberapa bidang seperti agama, sosial, politik, ekonomi dan pendidikan. Pada tahun 1992, Jawatankuasa Penyelaras Latihan Sikap yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri telah memutuskan BTN melaksanakan Program Bina Negara yang melibatkan penganjuran kursus, seminar dan aktiviti yang bercirikan latihan perubahan sikap. Program Bina Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri serentak dengan Kursus Bina Negara Perdana 1 yang diadakan pada 1 hingga 4 Januari 1992. Matlamat Program Bina Negara adalah seperti berikut :
-Mempertingkatkan komitmen rakyat kepada wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecemerlangan negara.
-Mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
-Membina kemampuan rakyat menghadapi cabaran dan memperkasa keupayaan meningkatkan daya saing dalam segenap bidang kehidupan.
-Membina keupayaan rakyat Malaysia menangani kelemahan, meningkatkan keyakinan menerokai pembaharuan dan sekali gus mampu mengenal pasti dan menggembleng kekuatan ke arah kemajuan.
-Membina komitmen rakyat Malaysia terhadap tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan pelaksanaan amanah dan tanggungjawab. Membina semangat patriotisme dan ketaatan yang tinggi terhadap negara dan perjuangan bangsa. Pembinaan bangsa yang maju melalui Program Bina Negara melibatkan :-
-Perubahan sikap, pembangunan sahsiah dan penghayatan budaya hidup yang cemerlang berteraskan sistem nilai.
-Kesedaran dan keinsafan rakyat tentang betapa perlunya perubahan sikap melalui penghayatan dan penyemaian nilai-nilai murni dan melalui pendedahan dan pemusatan diri menuju ke arah perubahan sahsiah sebagai asas mencapai kecemerlangan bangsa.
-Penghayatan nilai berlandaskan kesedaran terhadap Tuhan, kehidupan bersama dan kesedaran terhadap kewajipan yang meresapi ke tahap kendiri, keluarga, organisasi, masyarakat dan negara. Objektif Biro Tatanegara ialah :
-Mengendalikan pelbagai kursus dan seminar pemupukan patriotisme kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.
-Mewujudkan media penyampaian pendidikan kenegaraan kepada semua rakyat Malaysia melalui media elektronik dan cetak.
-Mewujudkan kump**an kader dan sukarelawan BTN di seluruh negara melalui program latihan lanjutan ‘task force’ dan khidmat masyarakat (community service).
-Meningkatkan kualiti PBN melalui kegiatan penyelidikan.

Buat julung kalinya PENTARAMA LIVE JAM akan disiarkan secara langsung pada malam ini (11 Julai 2020, Sabtu) pada jam 9.0...
11/07/2020

Buat julung kalinya PENTARAMA LIVE JAM akan disiarkan secara langsung pada malam ini (11 Julai 2020, Sabtu) pada jam 9.00 malam melalui saluran Facebook PENTARAMA Putrajaya.

Jom follow dan tonton bersama melalui pautan https://m.facebook.com/pentarama.putrajaya/ . Mohon sebarkan kepada rakan kenalan dan taulan ya 😉

“Hiburan Maya Berinformasi”

GERAK KERJA BANTUAN SUKARELAWAN MEMERANGI COVID-19Terima kasih diucapkan kepada pihak yang menghubungi kami berkaitan ge...
07/04/2020

GERAK KERJA BANTUAN SUKARELAWAN MEMERANGI COVID-19

Terima kasih diucapkan kepada pihak yang menghubungi kami berkaitan gerak kerja membantu menjahit PPE bagi pihak Hospital Kuala Lumpur.

Kami ingin memberi pencerahan berkaitan gerak kerja tersebut. Untuk pengatahuan Tuan/Puan, pada awalnya gerak kerja ini telah dijalankan oleh KS Atelier dengan kerjasama FI Cleaning Services atas dasar tanggungjawab sosial korporat kepada negara.

KS Entourage Sdn Bhd merupakan sebuah Syarikat yang menjalankan perniagaan butik pakaian yang mempunyai kepakaran menjahit dan mereka pakaian. Dalam Gerakan ini, KS Atelier telah menyumbangkan kepakaran mereka dan tukang jahit bagi menyiapkan PPE yang diamanahkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL)

FI Cleaning Services melalui Laundry Heroes - Pick up and Delivery Laundry p**a merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan pembersihan dan dobi berpusat di Shah Alam. FI Cleaning Services telah membantu dalam menyediakan premis kuarantin bagi menjahit dan keperluan logistik penghantaran PPE yang telah siap dijahit ke HKL.

Manakala MANTAP membantu sebagai platform mencari sukarelawan dan mengumpulkan dana bagi gerakan ini. Untuk pengetahuan pihak Tuan/Puan, pihak kami dan kedua buah Syarikat tersebut tidak mengambil apa-apa bayaran daripada HKL dalam gerakan bantuan ini. Pihak kami hanya membantu menjahit dan menyelaras proses bekalan PPE.

Di atas semangat yang ditunjukkan oleh syarikat terbabit, kami mengambil inisiatif untuk membuka tabung sumbangan NGO kami bagi menerima dana sumbangan daripada rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama menyumbang dalam usaha membantu mereka yang berada di barisan hadapan.

Sumbangan ini bukanlah untuk kegunaan NGO atau Syarikat terlibat, tetapi lebih kepada membantu menyumbang kepada mereka untuk membeli bahan mentah seperti benang, velcro tape, dan penyediaan makanan kepada sukarelawan. Fabrik disediakan oleh wakil hospital.

MANTAP berharap pihak Tuan/Puan yang ingin membuat sumbangan supaya menerusi saluran yang telah kami sediakan. Segala sumbangan dan kerjasama daripada semua rakyat Malaysia kami dahului dengan ucapan terima kasih tidak terhingga.

Segala pertanyaan sila berhubung dengan wakil MANTAP seperti berikut :

1. Fikri - 013 340 5396
2. Ariff - 017 6700745

*kepada penyumbang, sila whatsapp/sms kami nama dan jumlah yang dimasukkan untuk tujuan rekod.


Menuju 2050, Mahasiswa Sebagai Aspirasi Masa Hadapan Negara! 🇲🇾Dalam menuju fasa yang lebih maju serta makmur, negara me...
09/03/2018

Menuju 2050, Mahasiswa Sebagai Aspirasi Masa Hadapan Negara! 🇲🇾

Dalam menuju fasa yang lebih maju serta makmur, negara memerlukan idea yang mampan bagi membantu mengembangkan pembangunan negara.

Justeru, *ANUGERAH DEBAT PERDANA 2018* membawa inisiatif dan bertindak sebagai platform yang mampu mencungkil pelbagai pendapat dari seluruh Malaysia, khususnya generasi muda.

Program anjuran bersama Pertubuhan Alumni Mahsiswa Turun Parlimen (MANTAP), UniKL Business School dengan kerjasama Bahagian Mahasiswa & Belia (BTN) serta agensi kerajaan yang lain dalam ADP2018 ini merupakan platform terbaik kepada golongan MAHASISWA untuk menyumbangkan idea-idea yang bernilai kepada NEGARA.

“Memartabatkan Budaya Ilmu Mahasiswa Berintelek"



Teruskan mengikuti perkembangan semasa ADP 2018.

09/03/2018

Well done Aisyah..!!!
Salah seorang peserta Petronas Patriot Ambassador dr KBN Alor Gajah, Melaka...


We are ready for ExploreCity...Fasilitator Check Point 💪🏻
09/03/2018

We are ready for ExploreCity...Fasilitator Check Point 💪🏻


FESTIVAL AMBANG MERDEKA 2017 I IOI CITY MALL PUTRAJAYA I 27 OGOS 2017"Demi Malaysia, Negaraku Sehati Sejiwa"Alhamdulilla...
28/08/2017

FESTIVAL AMBANG MERDEKA 2017 I IOI CITY MALL PUTRAJAYA I 27 OGOS 2017

"Demi Malaysia, Negaraku Sehati Sejiwa"

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Illahi atas kejayaan penganjuran Festival Ambang Merdeka 2017 anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri.

Terima kasih kepada semua penaja iaitu Kerajaan Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Penerangan, Pasukan Bomba Dan Penyelamat, MYIPO, Pertubuhan Alumni Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP),Sekolah Seni Malaysia Perak, Majlis Kebudayaan Universiti Malaysia (MAKUM), SW Corp, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ADABI, ICU Jabatan Perdana Menteri serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga kita bertemu di tahun hadapan, bersama kita menjaga keamanan dan mengekalkan kemerdekaan negara selamanya.





Sedang berlangsung Festival Ambang Merdeka 2017 anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri di IOI City Mall Putraj...
27/08/2017

Sedang berlangsung Festival Ambang Merdeka 2017 anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri di IOI City Mall Putrajaya.

Pelbagai aktiviti dan acara disediakan untuk anda dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Jumpa anda di sini!





MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! 🇲🇾Assalamualaikum & Salam Negaraku Malaysia.Negaraku Sehati Sejiwa, tema untuk tahun iniJo...
26/08/2017

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! 🇲🇾
Assalamualaikum & Salam Negaraku Malaysia.

Negaraku Sehati Sejiwa, tema untuk tahun ini
Jom sertai kami pada
27 Ogos 2017(Ahad) di IOI City Mall Putrajaya bagi membuktikan rasa cinta kepada Negara.

Negaraku Sehati Sejiwa!!!! 🇲🇾
Jumpa di sana!




Assalamualaikum wbt.Adalah dimaklumkan YB Dato' Hj. Ishak Ismail (Adun Lenggeng) telah kembali ke rahmatullah sebentar t...
18/07/2017

Assalamualaikum wbt.

Adalah dimaklumkan YB Dato' Hj. Ishak Ismail (Adun Lenggeng) telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Al Fatihah.

Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara | KBN Kuarters KLIA, Nilai, N. Sembilan | 22-26 Mei 2017Sedang berlangsung...
23/05/2017

Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara | KBN Kuarters KLIA, Nilai, N. Sembilan | 22-26 Mei 2017

Sedang berlangsung Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara bagi pelajar tajaan MARA & JPA. Objektif program adalah untuk menerapkan semangat patriotisme dan jati diri kepada mahasiswa yang mendapat tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Selain itu melalui program ini ia dapat memberi pendedahan tentang kenegaraan menurut perspekif Islam. Dan secara dasarkan matlamat untuk menyampai dasar-dasar kerajaan dan penjelasan isu-isu semasa negara.

Pengisian:
1) Wacana 1 - Negara Bangsa Malaysia oleh Tuan Mohd Hasri bin Mohd Hadzir, Pegawai Khas Kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
2) Wacana 2 - Gagasan 1 Malaysia - En. Muhammad Suhaimi bin Abd Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa Dan Belia
3) Wacana 3 - En. Md Najib bin Rubin, Penolong Pengarah Bahagian Mahasiswa Dan Belia
4) Wacana 4 - Mohd Suhaizan bin Selamat
5) Tayangan Filem Patriotik & Perkongsian
7) Sesi PKPK 9 slot bersama fasilitator jemputan

Sekian, terima kasih.

Address

Cyberjaya

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 23:30

Telephone

+60388724705

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Mahasiswa & Belia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Suara Mahasiswa & Belia:

Share