14/08/2026
๐ฑ JOM SERTAI MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SELKitar WALK DI BANDAR SERENIA!
Majlis Perbandaran Sepang menjemput seluruh warga Sepang untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Pelancaran Program SELKitar WALK yang bakal berlangsung di Bandar Serenia.
Program ini merupakan inisiatif menggalakkan amalan pengasingan sisa di punca dan kitar semula ke arah mewujudkan komuniti yang lebih lestari serta mesra alam.
Butiran Program
๐
22 Ogos 2026 (Sabtu)
๐ 8.00 pagi โ 11.00 pagi
๐ The Corak, Serenia City
Antara aktiviti menarik:
โ
Pelancaran Program SELKitar WALK
โ
Trak Pensampelan MAGGI
โ
Bengkel Upcycling oleh Impactlution
โ
Reruai Pendidikan Interaktif oleh Nestlรฉ
โ
Pameran Produk Cetakan Eko oleh Universiti Putra Malaysia (UPM)
Turut diperkenalkan perkhidmatan kutipan bahan kitar semula SELKitar di kawasan Bandar Serenia:
๐ข Lori Hijau โ Kutipan setiap hari Selasa bermula 1 September 2026 melibatkan Serenia Amalia 1 & 2, Serenia Amani, Serenia Adiva, Serenia Arina, Serenia Aiora, Serenia Anira dan Serenia Ariya.
๐ด Lori Merah โ Kutipan setiap hari Jumaat bermula 4 September 2026 melibatkan Serenia Aqila dan Serenia Anisa.
Ayuh bersama mengamalkan budaya mengasingkan sisa, mengitar semula dan memelihara alam sekitar demi masa depan yang lebih hijau.
Asingkan. Pulangkan.