21/08/2026
SELAMAT BERSARA
Majlis Perbandaran Sepang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Marmah binti Markom, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N3, Jabatan Khidmat Pengurusan, atas segala sumbangan, khidmat bakti dan dedikasi sepanjang berkhidmat di Majlis Perbandaran Sepang.
Tempoh perkhidmatan:
1 Mac 1997 – 21 Ogos 2026
Semoga persaraan ini menjadi permulaan kepada fasa kehidupan yang lebih bermakna, bahagia dan diberkati bersama keluarga tersayang.
Seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Sepang mengucapkan Selamat Bersara dan terima kasih atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan.
Ikhlas daripada:
YBrs. Dr. Ani binti Ahmad, D.S.M., Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Ahli-Ahli Majlis dan seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Sepang.