23/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐
๐ 11 - 15 Julai 2026 ๐ Gunung Tahan, Merapoh
Telah berlangsung sesi pemeriksaan dan pengukuran akhir bagi Kerja-Kerja Menaik Taraf Laluan Pendaki Gunung Tahan Dari Kuala Juram Ke Puncak Gunung Tahan Di Taman Negara Pahang, Sungai Relau, Merapoh, Pahang. Sesi ini telah dihadiri oleh Seksyen Infrastruktur BBI, JPS Negeri Pahang, JPS Daerah Lipis, Ibu Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), pihak Taman Negara Pahang, Sungai Relau serta pihak kontraktor.
Lawatan ini bertujuan untuk mengesahkan kuantiti sebenar kerja ditapak, memastikan semua komponen dipasang dengan sempurna, selamat digunakan dan memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Projek ini telah direka bentuk secara dalaman (in-house) oleh BBI, JPS Malaysia dan telah berjaya disiapkan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan.