Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia 1. Policy determination, strategy and guidelines in river management
2. Cooperation with state in river rehabilitation and river improvement project
3.

Technical services to state and other agency
4. Planning and implementation of river study

๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—”๐—œ๐—ฅ (๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”)๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฅ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ, ๐— ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿญ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ...
14/07/2026

๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐—”๐—œ๐—ฅ (๐—”๐—ž๐—ฆ๐—”)
๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฅ๐—ถ๐˜ƒ๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ฟ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ: ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐˜๐—ถ, ๐— ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ถ

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿญ ๐—๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—•๐—”๐—ง๐—จ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—›, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

PERAK, 1 Julai 2026 โ€“ Lawatan penilaian rasmi bagi Anugerah Khas Sumber Air (AKSA) ke Komuniti River Ranger Sungai Terap, Batu Gajah, Perak telah diadakan pada 1 Julai 2026. Lawatan ini diketuai oleh Ir. Ts. Hajah Norlida Binti Mamad@Samad, AMN selaku Ketua Panel Juri, bersama En. Saiful Rizan Bin Sanusi dan Pn. Nor Bidayah Binti Yasin sebagai ahli panel penilai. Turut hadir ialah wakil Komuniti River Ranger Sungai Terap serta wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak.

Lawatan ini menonjolkan komitmen tinggi Komuniti River Ranger Sungai Terap dalam memperkasa pengurusan sungai secara berasaskan komuniti melalui pelbagai inisiatif pemuliharaan alam sekitar. Ditubuhkan pada tahun 2022 di bawah Program River Care anjuran Global Environment Centre (GEC), komuniti ini berperanan sebagai pemangkin kepada usaha memelihara Sungai Kinta melalui penglibatan aktif masyarakat setempat.

Sepanjang sesi penilaian, panel juri diberi taklimat mengenai pelbagai program yang dilaksanakan secara konsisten, antaranya pemantauan sungai secara berkala, gotong-royong pembersihan sungai, penanaman pokok bagi mengurangkan hakisan tebing, program World Cleanup Day, kempen kesedaran penjagaan sungai, pengumpulan minyak masak terpakai, pembangunan kebun komuniti serta pelaksanaan program pendidikan alam sekitar kepada kanak-kanak. Inisiatif ini turut diperkukuhkan melalui kerjasama strategik dengan pelbagai agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Hasil daripada usaha berterusan tersebut, Komuniti River Ranger Sungai Terap telah berjaya menyumbang kepada peningkatan kualiti Sungai Kinta, mengurangkan pencemaran, memulihkan ekosistem sungai serta membentuk budaya masyarakat yang lebih prihatin terhadap kelestarian alam sekitar. Pendekatan inovatif melalui penggunaan media sosial dan teknologi, termasuk aplikasi kecerdasan buatan (AI), turut memperluaskan penyebaran mesej kesedaran alam sekitar kepada masyarakat.

Kejayaan Komuniti River Ranger Sungai Terap membuktikan bahawa kerjasama erat antara komuniti, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Global Environment Centre (GEC) serta agensi-agensi strategik lain mampu melahirkan sebuah komuniti yang berdaya saing dan menjadi contoh terbaik dalam pengurusan sumber air serta pemuliharaan sungai yang mampan.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž-๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐——๐—œ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—๐—จ๐—ก...
23/06/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž-๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐——๐—œ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ง๐—จ๐—ž ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿฎ๐Ÿฎ ๐—๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

Satu lawatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) bersama JPS Daerah Bagan Datuk, Negeri Perak telah diadakan bagi meninjau lokasi projek baharu RMK13 Tahun 2026 Negeri Perak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah BPLS, En. Shahar Bin Md. Salleh. Turut serta pada sesi lawatan ini ialah En. Azirul Hamizi Bin Husain , Jurutera Daerah Bagan Datuk, Timbalan Pengarah BRE, Ir. Junadi Apandi Bin Jemain dan Unit Utara BPLS.

Lawatan tapak ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar di tapak untuk mengenalpasti kawasan projek dengan lebih teliti bagi pemantauan projek kelak. Penyelarasan bersama JPS Daerah Bagan Datuk adalah penting untuk menentukan jadual pelaksanaan sebagaimana yang dirancang.

Pada tahun 2026, sebanyak 3 projek baru di bawah RMK13 RP1 telah diluluskan bagi Negeri Perak dan salah satu daripadanya adalah PROJEK PEMBAIKAN TEBING DAN PENGAWALAN HAKISAN SUNGAI PERAK DI KAWASAN BERHAMPIRAN MASJID TUMINAH HAMIDI, DAERAH BAGAN DATUK, PERAK.

Pelaksanaan projek ini dijangka akan dapat memberikan manfaat langsung kepada masyarakat khususnya kepada struktur masjid yang berhadapan isu hakisan tebing.

21/05/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐——๐—˜๐—ก๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—› ๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐Ÿฏ, ๐—ช๐—ฃ ๐—ฃ๐—จ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—๐—”๐—ฌ๐—”

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿญ๐Ÿด ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—ฃ๐˜‚๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ

Satu lawatan tapak bagi Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) Tahun 2026 telah diadakan di Denai Sungai Kebangsaan Anak Sungai Gajah Fasa 3, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Lawatan yang bermula pada jam 9.30 pagi itu telah diketuai oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS), Ir. Ts. Hajah Norlida Binti Mamad @ Samad AMN dan disertai oleh Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya, En. Muhammad Zulhafiz Shafei bersama wakil-wakil daripada JPS Putrajaya serta warga BPLS dan juga Komuniti kebun bandar terancang pangsapuri putra harmoni presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Lawatan ini bertujuan meninjau Denai Sungai Kebangsaan Anak Sungai Gajah Fasa 3 yang telah siap dilaksanakan pada tahun 2025, di samping membincangkan cadangan penambahbaikan bagi memastikan pembangunan kawasan denai sungai terus memberi manfaat kepada masyarakat setempat dari aspek rekreasi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti. Selain itu, sesi lawatan turut memberi peluang kepada pihak jabatan dan komuniti untuk bertukar pandangan berkaitan usaha memperkukuhkan penjagaan dan pemeliharaan sungai secara berterusan selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkasakan pembangunan Denai Sungai Kebangsaan sebagai kawasan rekreasi hijau yang kondusif, selamat dan mampan untuk kegunaan masyarakat setempat.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ, ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—œ๐—ก, ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ถ๐—ป, ๐—›๐˜‚๐—น๐˜‚...
30/04/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—” ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ž๐—”๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ก๐—š ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ, ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—œ๐—ก, ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿฎ๐Ÿด ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐Ÿ“ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ถ๐—ป, ๐—›๐˜‚๐—น๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ, ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ

Satu Lawatan Tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) JPS Malaysia bersama JPS Negeri Perak telah diadakan bertujuan memantau prestasi kerja-kerja pembinaan Projek Membina Baharu Jambatan di Kampung Air Pulau, Lawin, Hulu Perak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah (Seksyen Operasi) BPLS Ir. Zaliffah binti Ayob, En. Mohd Kamarul bin Mohd Noh Jurutera Daerah JPS Hulu Perak Negeri Perak, En. Mohd Hafis bin Ahmad dari JPS Perak dan Ir Mohd Fahmi bin Hamzah Penolong Pengarah, BPLS.

Lawatan tapak ini bertujuan untuk memperolehi gambaran yang lebih jelas berkenaan pelaksanaan kerja di tapak projek. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memastikan projek berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Melalui kerjasama yang baik oleh semua pihak yang terlibat, projek ini berjalan lancar dan telah mendahului jadual. Semoga dengan adanya kerjasama yang baik dan pemantauan yang lebih kerap, projek ini dapat disiapkan lebih awal. Seterusnya memberikan manfaat yang baik kepada penduduk setempat dan menjadi pemangkin kepada percambahan ekonomi setempat.

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—œ๐—–๐—ž ๐—ข๐—™๐—™ ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—ข ๐——๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› (๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก๐—”)๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿฎ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ...
03/04/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—œ๐—–๐—ž ๐—ข๐—™๐—™ ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—œ๐—ก๐—”๐—”๐—ก ๐—œ๐—ก๐—™๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—ข ๐——๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› (๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—œ๐—ก๐—”)

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿฎ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ“ ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—›

Satu Mesyuarat Kick Off dan lawatan tapak bagi Projek Pembinaan Infrastruktur Sabo Di Negeri Sabah (Reka dan Bina) telah diadakan pada 2 April 2026 di JPS Negeri Sabah yang dipengerusi oleh Pengarah JPS Negeri Sabah, Ir. Hj. Siraja bin Hj. Bashora. Turut hadir bersama Pengarah BPLS, Ir. Ts. Hajah Norlida binti Mamad @ Samad, Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak, Jurutera Daerah Kota Belud, Jurutera Daerah Ranau, kontraktor, perunding dan Unit Timur, Sabah dan Sarawak, BPLS.

Lawatan tapak projek ini juga diadakan di Kampung Malangkap, Daerah Kota Belud bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar di tapak bersama pihak kontraktor dan perunding. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 5 tahun bermula pada 9 April 2026. Dengan pelaksanaan projek ini diharap dapat mencapai objektif projek iaitu:

i) Menahan puing dan memperlahankan aliran sungai bagi melindungi orang awam, harta benda dan infrastruktur.
ii) Membaikpulih morfologi (bentuk, jajaran dan kedalaman) sungai di lokasi projek.

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž-๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฅ๐— ๐—ž๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—ฃ๐Ÿญ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž...
02/04/2026

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž-๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฅ๐— ๐—ž๐Ÿญ๐Ÿฏ ๐—ฅ๐—ฃ๐Ÿญ ๐—๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ž๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—ฅ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ“ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

Satu lawatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) bersama JPS Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak telah diadakan bagi meninjau lokasi projek baharu RMK13 Tahun 2026 Negeri Perak yang diketuai oleh Pengarah BPLS, Ir. Ts. Hajah Norlida binti Mamad @ Samad. Turut serta lawatan ini En. Ahmad Azizi B. Ariffin, Jurutera Daerah Kuala Kangsar dan Unit Utara BPLS.

Lawatan tapak ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar di tapak untuk mengenalpasti kawasan projek dengan lebih teliti bagi pemantauan projek kelak. Penyelarasan bersama JPS Daerah Kuala Kangsar adalah penting untuk menentukan jadual pelaksanaan sebagaimana yang dirancang.

Pada tahun 2026 ini, sebanyak 2 projek baru Negeri Perak telah diluluskan di bawah BPLS dan salah satu daripadanya adalah PROJEK PEMULIHARAAN KORIDOR SUNGAI PELUS PEKAN LINTANG SERTA KERJA BERKAITAN DI DAERAH KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

Pelaksanaan projek ini dijangka akan dapat memberikan manfaat langsung kepada masyarakat yang berhadapan isu banjir dan runtuhan tebing.

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— ๐—ฎ๐—ฎ๐—ณ ๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ปTulus Ikhlas :๐—œ๐—ฟ. ๐—ง๐˜€. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐—ผ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ @ ๐—ฆ๐—ฎ...
20/03/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ
๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ
๐— ๐—ฎ๐—ฎ๐—ณ ๐—ญ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ป

Tulus Ikhlas :
๐—œ๐—ฟ. ๐—ง๐˜€. ๐—›๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ต ๐—ก๐—ผ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ ๐—•๐—ถ๐—ป๐˜๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ @ ๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ฑ
Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia

19/03/2026

๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ต๐—ฎ๐—ฝ๐—ฝ๐˜†,
๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—น๐—ณ๐—ถ๐—ฒ
๐—ข๐—ต ๐—œ ๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ผ๐—ฟ๐—ฟ๐˜†
๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—ป๐—ฎ, ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ
๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ถ ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ธ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ด๐—ถ
๐—ข๐—ต ๐—ผ๐—ต ๐—ผ๐—ต
๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ธ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐˜„๐—ฎ
๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ

๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ
๐——๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ต๐—ฎ๐˜๐—ถโ€ฆ

๐ŸŽฌ ๐—ž๐—น๐—ถ๐—ฝ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—•๐—ฃ๐—Ÿ๐—ฆ : ๐—ง๐—˜๐— ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐Ÿ˜„

๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—ข ๐——๐—˜๐—ก๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—š๐—”๐—จ ๐—”๐——๐—จ๐—ก ๐—ก. ๐Ÿณ๐Ÿณ ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—Ÿ๐—ข...
19/03/2026

๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ž ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—ง๐—ข ๐——๐—˜๐—ก๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—ก๐—š๐—”๐—จ ๐—”๐——๐—จ๐—ก ๐—ก. ๐Ÿณ๐Ÿณ ๐—ง๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—Ÿ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—  ๐——๐—œ ๐—ž๐—š ๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—ข๐—ก๐—š, ๐— ๐—œ๐—ฅ๐—œ

๐Ÿ—“๏ธ ๐Ÿญ๐Ÿฎ ๐— ๐—”๐—– ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ“๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ช๐—”๐—ž

Satu siasatan tapak oleh Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS) bersama YB Dato Dennis Ngau ADUN N. 77 Telang Usan dan JPS Negeri Sarawak telah diadakan bagi meninjau keadaan dan mengenalpasti isu hakisan di Kampung Logan Sibong, Long Lama bahagian Miri.

Hasil dapatan maklumat daripada penduduk dan kerjasama daripada JPS Negeri Sarawak, beberapa inisiatif telah dirangka termasuk kerja segera bagi langkah jangka pendek untuk mengurangkan kadar hakisan serta langkah jangka panjang merangkumi cadangan pembinaan struktur yang lebih kukuh di kawasan kritikal yang terjejas dengan hakisan. Dalam pada itu, skop dan komponen kerja turut dibincangkan untuk tindakan lanjut.

19/03/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—™๐—œ๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐— 

Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS), JPS Malaysia ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala khilaf zahir dan batin.

Sungai jernih mengalir damai,
Tempat mandi di pagi hari,
Syawal hadir membuka tirai,
Salah dan silap mohon diampuni.

Semoga lebaran ini membawa kegembiraan yang melimpah dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita.

๐ŸŽฌ ๐—ž๐—น๐—ถ๐—ฝ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—•๐—ฃ๐—Ÿ๐—ฆ: ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ง๐—”๐—ฃ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—”

Address

Aras 3, Blok B, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
Cyberjaya
63000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai ,JPS Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share