Perpustakaan Desa Kuala Gris

Perpustakaan Desa Kuala Gris Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Aktiviti Maya Bulan Ogos 2026Tema             : Kemerdekaan Dan Patriotisme🇲🇾                       (Kenali Tokoh Tempat...
16/08/2026

Aktiviti Maya Bulan Ogos 2026
Tema : Kemerdekaan Dan Patriotisme🇲🇾
(Kenali Tokoh Tempatan)
Tarikh : 16.08.2026 (Ahad)
Jom sama-sama jawab soalan di bawah





DBook Penerangan | Risalah – Hari Bekerja HibridMulai 1 Ogos 2026, Hari Bekerja Hibrid (HBH) diperkenalkan sebagai norma...
10/08/2026

DBook Penerangan | Risalah – Hari Bekerja Hibrid
Mulai 1 Ogos 2026, Hari Bekerja Hibrid (HBH) diperkenalkan sebagai norma baharu perkhidmatan awam bagi menyokong fleksibiliti bekerja tanpa menjejaskan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan.
📲 Baca di portal DBook Penerangan👇🏻
https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/...
🔗 Laman Rasmi
https://www.penerangan.gov.my/



Jom kita fahami makna simbol dan warna pada Bendera Malaysia 🇲🇾Bendara ialah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah ...
10/08/2026

Jom kita fahami makna simbol dan warna pada Bendera Malaysia 🇲🇾
Bendara ialah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara dan bukan sekadar kain bercorak yang berwarna-warni, tetapi mewakili maruah, perjuangan, sejarah, erti kemerdekaan serta semangat rakyat jelata.
sumber : Jabatan Perkhidmatan Awam

09.08.2026 AhadJalur Gemilang bukan sekadar bendera, tetapi lambang kedaulatan, perpaduan dan semangat cintakan negara.S...
09/08/2026

09.08.2026 Ahad
Jalur Gemilang bukan sekadar bendera, tetapi lambang kedaulatan, perpaduan dan semangat cintakan negara.
Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) kini diperluaskan dengan penglibatan 9 kluster, termasuk dua kluster baharu iaitu rumah ibadat dan premis sukan.
Ayuh semarakkan semangat patriotisme dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, tempat kerja dan premis masing-masing. Pastikan bendera dipasang dengan betul serta sentiasa dipelihara sebagai tanda hormat kepada negara.
Kibarkan Jalur Gemilang. Semarakkan semangat Malaysia. 🇲🇾

Sumber : Kementerian Dalam Negeri See less

Aktiviti Maya:Apakah bunga kebangsaan malaysia?
05/08/2026

Aktiviti Maya:Apakah bunga kebangsaan malaysia?

Aktiviti Maya Bulan Ogos 2026Tema             : Kemerdekaan Dan Patriotisme🇲🇾Tarikh             : 05.08.2026 (Rabu)Jom s...
05/08/2026

Aktiviti Maya Bulan Ogos 2026
Tema : Kemerdekaan Dan Patriotisme🇲🇾
Tarikh : 05.08.2026 (Rabu)
Jom sama-sama jawab soalan di bawah





Kuiz KemerdekaanSiapakah yang mengisytiharkan kemerdekaan persekutuan tanah melayu?
03/08/2026

Kuiz Kemerdekaan
Siapakah yang mengisytiharkan kemerdekaan persekutuan tanah melayu?

COMEL, VIRAL, TAPI SATU VERSI SUDAH DITARIK BALIK DI UKMainan “squishy dumpling” ini memang sangat comel dan sedang tren...
29/07/2026

COMEL, VIRAL, TAPI SATU VERSI SUDAH DITARIK BALIK DI UK
Mainan “squishy dumpling” ini memang sangat comel dan sedang trending.
Namun Office for Product Safety and Standards, United Kingdom telah mengarahkan penarikan balik satu produk bernama “Squeezy Dumplings” yang diedarkan oleh Samsons Cash and Carry Ltd.
Ujian mendapati lapisan luar mainan tersebut mengandungi benzene pada kepekatan 20 mg/kg. Risiko kimianya diklasifikasikan sebagai serius. Produk berkenaan juga tidak mempunyai nombor kelompok atau pengenalan produk yang jelas pada pembungkusannya.
APA FUNGSI BENZENE DALAM MAINAN INI?
Jawapan tepatnya masih tidak diketahui.
Benzene ialah bahan kimia industri yang digunakan sebagai pelarut serta bahan asas dalam penghasilan pelbagai bahan lain, termasuk plastik, foam dan pewarna.
Namun, laporan penarikan balik tersebut tidak menjelaskan mengapa benzene berada pada lapisan luar mainan berkenaan.
Kemungkinan ia merupakan sisa bahan kimia atau pencemaran daripada bahan mentah dan proses pembuatan. Ini hanyalah kemungkinan kerana punca sebenar belum dinyatakan oleh pihak berkuasa UK.
Benzene bukanlah bahan yang sepatutnya diperlukan untuk menjadikan mainan itu “squishy”.
KENAPA BENZENE BERBAHAYA?
Benzene mudah tersejat ke udara dan pendedahan paling lazim berlaku melalui pernafasan.
Pendedahan jangka pendek boleh menyebabkan iritasi mata, hidung, tekak dan kulit. Pada pendedahan lebih tinggi, seseorang boleh mengalami sakit kepala, pening, mengantuk, loya atau masalah pernafasan.
Pendedahan berulang atau berpanjangan p**a boleh merosakkan sumsum tulang, mengurangkan penghasilan sel darah dan meningkatkan risiko leukemia.
Namun, memegang mainan ini sekali tidak bermaksud seseorang akan terus mendapat kanser. Risiko bergantung kepada jumlah benzene, cara pendedahan, kekerapan dan tempoh seseorang terdedah.
ADAKAH PRODUK DI MALAYSIA SAMA?
Belum dapat dipastikan.
Rupa yang sama juga tidak semestinya bermaksud kandungannya sama. Masalahnya, produk yang ditarik balik itu sendiri tidak mempunyai nombor kelompok atau pengenalan produk yang jelas, menyebabkan perbandingan menjadi sukar.
JIKA ANDA SUDAH MEMBELINYA
Jangan sengaja menghidu, memicit berhampiran muka, menebuk, menggunting atau memanaskan mainan tersebut.
Laporkan juga produk yang meragukan kepada platform jualan dan pihak berkuasa pengguna.
Jika mainan pecah atau cecairnya terkena kulit, basuh menggunakan sabun dan air. Jika terkena mata, bilas dengan air bersih selama 10 hingga 15 minit.
Dapatkan rawatan sekiranya berlaku pening, muntah, iritasi berterusan atau kesukaran bernafas. Jika tertelan, jangan paksa muntah dan segera dapatkan pemeriksaan perubatan.
Jangan panik, tetapi jangan abaikan.
Mainan kanak-kanak bukan sekadar perlu comel. Ia juga perlu mempunyai pengeluar yang jelas, label keselamatan dan jaminan bahawa bahan yang digunakan benar-benar selamat.

Tiba-tiba tangan menggigil.Peluh sejuk mula keluar.Jantung berdebar, kepala terasa ringan dan badan semakin lemah.Ini mu...
29/07/2026

Tiba-tiba tangan menggigil.
Peluh sejuk mula keluar.
Jantung berdebar, kepala terasa ringan dan badan semakin lemah.
Ini mungkin tanda hipoglisemia, iaitu keadaan apabila paras gula dalam darah menjadi terlalu rendah.
Antara gejala yang boleh berlaku:
• Berpeluh sejuk
• Menggeletar
• Lapar secara tiba-tiba
• Berdebar
• Pening
• Sukar fokus atau keliru
• Penglihatan kabur
• Pengsan atau sawan
Hipoglisemia boleh berlaku dengan cepat, terutama dalam kalangan pesakit diabetes yang mengambil insulin atau ubat tertentu, terlepas waktu makan, bersenam berlebihan atau mengambil dos dos ubat yang tersilap ambil yang tidak sesuai.
Jika masih sedar dan boleh menelan:
Ambil 15 hingga 20 gram gula yang cepat diserap seperti jus buah, minuman bergula biasa, tablet glukosa atau gula yang dilarutkan dalam air.
Semak semula paras gula selepas 15 minit jika ada glucometer.
Jika pesakit pengsan, sawan atau tidak mampu menelan:
Jangan paksa beri makanan atau minuman melalui mulut.
Dapatkan bantuan kecemasan dengan segera.
Kenali tanda awal.
Hipoglisemia bukan sekadar lapar biasa. Ia boleh menjadi kecemasan jika dibiarkan.
Public Health Malaysia

Address

Kampung Kuala Gris
Dabong
18200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 03:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kuala Gris posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share