03/07/2023
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Petaling Jaya, 30 Jun 2023 (Jumaat) - Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dari Cawangan Hal Ehwal Pesara telah membuat satu lawatan keatas Inspektor (B) Ravindren A/L Krishnan di kediaman beliau, petang tadi.
Inspektor (B) Ravindren A/L Krishnan telah mula berkhidmat dalam pasukan PDRM pada 25 Mei 1980, dan tempat terakhir bertugas di cawangan Perjawatan/Perkhidmatan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan telah bersara pada 01 April 2004.
Lawatan kebajikan ini dilaksanakan adalah sebagai tanda keprihatinan PDRM kepada semua pesara atas khidmat bakti mereka kepada negara dan ia juga sebagai tanda penghargaan PDRM terhadap bekas pegawai serta anggota pada masa sama mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan pesara.
Hadir dalam lawatan ini, Sub Inspektor Siti Norasikin Binti Mohd Jalani (Hal Ehwal Awam/Pesara) dari bahagian Pengurusan Daerah, Sub Inspektor Darwish Bin Hj Jusoh (Timb. Ketua Polis Balai Damansara Utama) dan anggota sektor Balai Polis Damansara Utama.
"It takes so little to do just that, and yet few people utilize this world-changing ability. Just one good deed a day"