14/03/2017
Petaling Jaya, 14 Mac. 2017 – Pagi tadi, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Sri Abdul Samah bin Haji Mat telah mengadakan lawatan kerja bagi beramah mesra bersama warga kerja Balai Polis Sea Park, Balai Polis Damansara dan Balai Polis Kota Damansara yang merupakan balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Balai Polis Sea Park diketuai oleh Inspektor Mohammad Khairi bin Kamaruddin sebagai Ketua Polis Balai dengan kekuatan keseluruhan seramai 114 orang manakala, Balai Polis Damansara p**a diketuai oleh ASP Mohd Iqbal bin Datuk Hj Mohamad sebagai Ketua Polis Balai dengan kekuatan keseluruhan seramai 141 orang dan Balai Polis Kota Damansara diketuai oleh ASP Rizal bin Mohd Dan sebagai Ketua Polis Balai dengan kekuatan keseluruhan seramai 69 orang.
Ketua Polis Selangor dalam ucapannya menasihatkan agar warga kerja Balai Polis Sea Park, Balai Polis Damansara dan Balai Polis Kota Damansara sentiasa menjalankan tanggungjawab sebagai penguatkuasa undang-undang utama di negara ini dalam usaha mencegah dan membanteras jenayah agar perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa relevan di kaca mata masyarakat.
Baliau turut menegaskan, aspek disiplin yang tinggi perlu diterapkan dalam diri setiap warga PDRM dan sentiasa menjalankan tugas berlunaskan undang-undang yang telah ditetapkan.
Hadir sama dalam lawatan kerja tersebut, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani bin Che Din, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superitendan Mohd Ali bin Tamby serta warga kerja PDRM IPD Petaling Jaya.