Perpustakaan Awam Majlis Daerah Matu & Daro

Perpustakaan Awam Majlis Daerah Matu & Daro Perkhidmatan Disediakan Oleh Perpustakaan
*Perkhidmatan Pinjaman Buku
*Perkhidmatan Penggunaan Ruang
*Perkhidmatan Aktiviti "INDOOR"

02/09/2026

A community programme at Daro Community Hall has brought participants together to learn and develop skills in Burie Iban sewing, supporting efforts to preserve and promote the traditional craft for future generations.

(Link in Comments)

📌 NOTIS PEMBERITAHUAN: WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN AWAM MATU 📌Makluman kepada semua pengunjung setia Perpustakaan Awam Ma...
02/09/2026

📌 NOTIS PEMBERITAHUAN: WAKTU OPERASI PERPUSTAKAAN AWAM MATU 📌

Makluman kepada semua pengunjung setia Perpustakaan Awam Matu. Berikut merupakan jadual waktu operasi terkini kami:

📆 Hari Operasi: Isnin - Jumaat
⏰ Masa: 8:00 Pagi - 5:00 Petang
❌ Tutup: Sabtu, Ahad & Cuti Umum

Mari manfaatkan masa anda dengan membaca dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Sila patuhi peraturan perpustakaan demi keselesaan bersama.

Sila kongsi makluman ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda! Terima kasih atas sokongan anda. Alami keindahan ilmu di Perpustakaan Awam Matu. 📚✨







🌿 SELESAI SUDAH PROGRAM BUDAYA JAHITAN KAIN BURIK IBAN 🌿Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Program Budaya Jahit...
28/08/2026

🌿 SELESAI SUDAH PROGRAM BUDAYA JAHITAN KAIN BURIK IBAN 🌿
Alhamdulillah, telah selesai dengan jayanya Program Budaya Jahitan Kain Burik Iban anjuran Seksyen Pembangunan komuniti yang telah diadakan pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) bertempat di Dewan Masyarakat Daro.
Program ini menjadi salah satu usaha dalam memelihara, memperkenalkan dan mengangkat warisan seni budaya masyarakat Iban, khususnya seni jahitan Kain Burik agar terus dikenali, dihargai dan diwarisi oleh generasi akan datang.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program, termasuk aktiviti utama Program Burik Iban, sesi perkongsian dan demonstrasi oleh Pn. Biah Anak Rambor, serta sesi bergambar dan penyampaian penghargaan kepada para peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan, penceramah, demonstrator, urus setia, peserta serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Semoga program seperti ini dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang sebagai wadah untuk melestarikan khazanah budaya dan warisan Sarawak. ❤️🌺
“Warisan Dipelihara, Budaya Terus Bersemi.”






HARI PERTAMA | PEMANTAUAN KEBERKESANAN PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 📚Hari pertama...
19/08/2026

HARI PERTAMA | PEMANTAUAN KEBERKESANAN PENGURUSAN DAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN 📚

Hari pertama bagi aktiviti Pemantauan Keberkesanan Pengurusan dan Perkhidmatan Perpustakaan di Pihak Berkuasa Tempatan telah dilaksanakan dengan jayanya.

Pemantauan ini bertujuan untuk melihat serta menilai keberkesanan pengurusan, penyampaian perkhidmatan dan pelaksanaan aktiviti perpustakaan dalam usaha memastikan perkhidmatan yang disediakan sentiasa berkualiti dan memenuhi keperluan komuniti.

Pegawai yang terlibat dalam pemantauan ini ialah:

👤 Encik Abdul Qahar bin Ahmad
Penolong Pustakawan, S6
Seksyen Pendidikan Komuniti, MPHLG

👤 Encik Abang Ruby bin Abang Awaludin
Penolong Pustakawan, S6
Seksyen Pendidikan Komuniti, MPHLG

Semoga pemantauan ini dapat menjadi platform untuk memperkukuhkan lagi pengurusan dan perkhidmatan perpustakaan serta meningkatkan manfaatnya kepada masyarakat setempat. 🌿📖

11/06/2026

🎨✨ JOM SERTAI BENGKEL PENGENALAN CANVA! ✨🎨

Ingin belajar menghasilkan poster, logo, flyer dan kandungan media sosial yang menarik dengan mudah? Sertai Bengkel Pengenalan Canva dan kuasai asas reka bentuk grafik menggunakan platform Canva.

📅 Tarikh: 18 Jun 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 2.30 Petang – 4.30 Petang
📍 Tempat: Perpustakaan Desa Oya

📚 Apa yang akan dipelajari?
✅ Pengenalan kepada Canva
✅ Mengenali ciri dan alat asas Canva
✅ Reka grafik menggunakan teks, imej dan elemen
✅ Menghasilkan pelbagai reka bentuk menarik
✅ Muat turun dan berkongsi hasil reka bentuk

⚠️ Terhad kepada 10 peserta sahaja!
✅ Sesuai untuk usahawan dan peniaga yang ingin meningkatkan kemahiran pemasaran digital serta menghasilkan reka bentuk yang menarik dan profesional.

📲 Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
📣 Tiada yuran penyertaan

Untuk maklumat lanjut:
📞 Fifi : https://www.wasap.my/60146696692

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran digital dan kreativiti anda. Jumpa anda di sana!

Selamat Hari gawai kepada semua yang menyambutnya hari ini..
01/06/2026

Selamat Hari gawai kepada semua yang menyambutnya hari ini..

Untuk makluman bersama....
26/05/2026

Untuk makluman bersama....

🌹 Selamat Hari Guru 🌹“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru at...
16/05/2026

🌹 Selamat Hari Guru 🌹

“Guru Pemacu Reformasi Pendidikan”

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru atas segala jasa, pengorbanan, kesabaran dan ilmu yang dicurahkan dalam mendidik generasi masa depan.

Sesungguhnya, setiap tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan menjadi cahaya dalam membentuk insan yang berjaya dan berakhlak mulia.

Semoga semua guru terus diberikan kesihatan, kekuatan dan keberkatan dalam meneruskan amanah mendidik anak bangsa.

📚 16 Mei 2026
Ikhlas daripada:
Digital Community Centre
& Majlis Daerah Matu dan Daro

✨ SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ✨Program Talk E-Recruitment (Jom Cari Kerja) yang telah berlangsung di Dewan Masya...
14/05/2026

✨ SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH ✨

Program Talk E-Recruitment (Jom Cari Kerja) yang telah berlangsung di Dewan Masyarakat Daro pada 14 Mei 2026 berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga perkongsian berkaitan sistem E-Recruitment, peluang pekerjaan serta bantuan pendaftaran yang diberikan dapat membantu para peserta dalam usaha mencari pekerjaan dan meningkatkan kemahiran digital masing-masing.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi manfaat komuniti setempat.

Address

Daro
96200

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6084823227

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Majlis Daerah Matu & Daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Awam Majlis Daerah Matu & Daro:

Shortcuts

Share

Category