Guru Pewaris Negara - PPD Daro

Guru Pewaris Negara - PPD Daro Laman Rasmi Guru Pewaris Negara (GPN) - PPD DARO

28/01/2023

Al-Fatihah
Salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Cikgu Azean Irdiwaty binti Sohardi, guru di SK Kpg Tekajong, Daro yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 Januari 2023.
Jabatan ini kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam Takziah daripada
Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip
Pegawai Pendidikan Daerah Daro serta
Seluruh Warga Pejabat Pendidikan Daerah Daro

Innalillahi wainnailaihi rojiun.. Seluruh warga GPN PPD DARO merakamkan salam takziah buat keluarga Allayarham Ustaz Muh...
25/01/2023

Innalillahi wainnailaihi rojiun.. Seluruh warga GPN PPD DARO merakamkan salam takziah buat keluarga Allayarham Ustaz Muhamad Luqman bin Ahmad, guru di SK Salah Kechil Daro yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Januari 2023.
AL-FATIHAH

Al-Fatihah
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Muhamad Luqman bin Ahmad, guru di SK Salah Kechil Daro yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Januari 2023.
Jabatan ini kehilangan seorang pegawai yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan dan amanah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Salam Takziah daripada
Encik Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip
Pegawai Pendidikan Daerah Daro serta
Seluruh Warga Pejabat Pendidikan Daerah Daro

Alhamdulilah, sedikit usaha dan inisiatif daripada Guru Pewaris Negara - PPD Daro  di bawah teras kebajikan telah menyer...
07/01/2023

Alhamdulilah, sedikit usaha dan inisiatif daripada Guru Pewaris Negara - PPD Daro di bawah teras kebajikan telah menyerahkan sumbangan kepada wakil kepada Cikgu Asrina daripada SK Bawang Tian yang telah dimasukkan ke Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sibu dan sedang menerima rawatan di sana. Semoga dengan sedikit bantuan kewangan ini dapat membantu untuk meringankan sedikit beban untuk keluarganya. Kita doakan agar Cikgu Asrina terus kuat untuk berjuang dan dikurniakan kesihatan yang baik selepas ini.. Aamiin..

Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah oleh pihak EKUINAS (Ekuiti Nasional Berhad) kepada murid-murid SK Seba...
10/12/2022

Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah oleh pihak EKUINAS (Ekuiti Nasional Berhad) kepada murid-murid SK Sebako pada 7.12.2022..

Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah oleh pihak EKUINAS (Ekuiti Nasional Berhad) kepada 6 buah sekolah iait...
09/12/2022

Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah oleh pihak EKUINAS (Ekuiti Nasional Berhad) kepada 6 buah sekolah iaitu SK Kg. Penibong, SK Kg. Betanak, SK Kg. Penipah, SK Salah Kechil, SK Kg. Tekajong dan SK Kg. Bruit. Majlis diadakan bertempat di SK Kg. Bruit pada 8.12.2022. Hadir bersama pada majlis tersebut ialah Tuan PPD Daro iaitu En. Mohd Yusri Azhar bin Abdullah @ Leo Takip berserta rombongan dan juga Prof Dr Hj Abdul Mutalip Bin Hj Abdullah, Penasihat Persatuan Anak Sarikei (PANAS) serta En. Anuar Rais, Pegawai Operasi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) EKUINAS Berhad.. 😊

Sekitar majlis menandatangani Memorandum Persefaham (Memorandum of Understanding - MoU) pada 8.12.2022 bertempat di SK K...
09/12/2022

Sekitar majlis menandatangani Memorandum Persefaham (Memorandum of Understanding - MoU) pada 8.12.2022 bertempat di SK Kg. Bruit, Daro.

Alhamdullillah.. Tahniah dan syabas buat pasukan Guru Pewaris Negara - PPD Daro , Pejabat Pendidikan Daerah Daro, EKUINAS (Ekuiti Nasional Berhad) & PANAS (Persatuan Anak Sarikei) yang telah berjaya memeterai dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu antara PPD Daro bersama pihak EKUINAS dan juga MoU antara pihak GPN PPD Daro bersama pihak PANAS. 🌹🌹🌹 Moga kerjasama, usaha dan hubungan yang terjalin antara semua pihak dapat dikekalkan dan diteruskan. πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Syukur Alhamdullillah, selesai Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam sumbangan pihak EKUINAS (Ekuiti Nasional Berhad...
09/12/2022

Syukur Alhamdullillah, selesai Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam sumbangan pihak EKUINAS (Ekuiti Nasional Berhad) kepada murid-murid dari sekolah-sekolah sekitar Pulau Bruit. Seramai 600 orang murid telah menerima bantuan pakaian seragam sekolah yang melibatkan 14 buah sekolah penerima pada 7&8 Disember 2022..

Terima kasih EKUINAS 😊❀️

Pejabat Pendidikan Daerah Daro

Alhamdulilah, kali pertama dalam sejarah, pasukan kontigen Guru Daerah Daro yang mewakili bahagian Mukah ke peringkat ne...
01/12/2022

Alhamdulilah, kali pertama dalam sejarah, pasukan kontigen Guru Daerah Daro yang mewakili bahagian Mukah ke peringkat negeri utk PSKPP bersama Ahli Parlimen Igan P.207 membuat pertemuan dan pergumpulan seramai 55 orang guru , anjuran Guru Pewaris Negara - PPD Daro, sekaligus menyerahkan baju Guru Pewaris Negara Daerah Daro kepada YB PARLIMEN P.207 IGAN. Terima kasih YB Ahmad Johnie Zawawi atas tajaan yang diberikan.

KARNIVAL SUKAN GURU PEWARIS NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN telah diadakan di IOI PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR pada 28 hingga 31 ...
02/11/2022

KARNIVAL SUKAN GURU PEWARIS NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN telah diadakan di IOI PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR pada 28 hingga 31 Oktober 2022 yang lepas. Dalam karnival tersebut, pasukan futsal GPN Daerah Daro telah terpilih untuk mewakili JPN Sarawak ke karnival tersebut. Seramai 9 orang guru telah hadir mewakili Sarawak termasuk Timbalan Presiden GPN Sarawak iaitu Encik Amir dan juga Timbalan Bendahari GPN Sarawak, Encik Mohd Hariz Hazwan.

Pasukan ini telah diundi dalam kumpulan bersama dengan pasukan GPN Sabah, GPN Terangganu & GPN Perlis. Pasukan Futsal ini telah merekodkan 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan dan sekaligus berada di tempat ketiga dalam kumpulan tersebut.

SYABAS DAN TAHNIAH buat wakilΒ² GPN Sarawak ini kerana telah berusaha bersungguhΒ² dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Teruskan kecemerlangan.. πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‘πŸ‘πŸ‘

DOAKAN KEJAYAAN MEREKA..Alhamdullillah.. GPN PPD DARO telah diberikan kepercayaan dan dipilih oleh JPN Sarawak untuk mew...
30/10/2022

DOAKAN KEJAYAAN MEREKA..
Alhamdullillah.. GPN PPD DARO telah diberikan kepercayaan dan dipilih oleh JPN Sarawak untuk mewakili Sarawak ke pertandingan futsal Karnival Guru Pewaris Negara peringkat kebangsaan pada 30&31 Oktober 2021.. Semoga berjaya dan beroleh kejayaan untuk dibawa pulang ke Sarawak Ibu Pertiwiku.. Aamiin.. πŸ’ͺ

Ahli Jawatankuasa Guru Pewaris Negara (PPD Daro) 2022..
05/10/2022

Ahli Jawatankuasa Guru Pewaris Negara (PPD Daro) 2022..

Tahniah diatas lantikan Ahli Jawatankuasa Guru Pewaris Negara (Daerah Daro) yang telah dipilih dalam mesyuarat pemilihan JK Sekreteriat GPN Daerah Daro pada 29.09.2022 yang lepas.



Address

Pejabat Pendidikan Daerah Daro
Daro
96200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139634708

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Guru Pewaris Negara - PPD Daro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share