31/10/2025
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT TRIM n FIT IPD MATU DARO - 31 OKTOBER 2025
Bertempat di Stadium Mini, Daro seawal jam 0640hrs. Kehadiran seramai (51) orang terdiri daripada (05) Pegawai Kanan Polis, (39) Pegawai Rendah Polis (07) Pegawai Awan yang diketuai Oleh YDH DSP RAHIM ANAK MIHOS (KPD), Insp Muhammad Azani Adzhar (JSJ) Pegawai penyelaras, Kpl Mohd Taufik Ibrahim (Trafik) sebagai Jurulatih Senaman, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah Polis dan Kakitangan Awam.
Aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah, Panggil nama, Senaman Regangan, larian, Senaman Berkala, dan Senaman Cooling Down.
Program ini antara lain bertujuan untuk memupuk dan menyemai kesedaran serta menjaga kesihatan dengan aktiviti bers**an di kalangan warga PDRM serta mengamalkan Gaya Hidup Sihat dan Cergas ke arah melahirkan warga PDRM yang sihat dari segi fizikal dan mental. Dasar Trim n Fit ini adalah untuk mewujudkan warga PDRM yang lebih segak dan berketrampilan serta diyakini dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat.