08/05/2026
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH MATU DARO BERKAITAN ( 1 ) TANGKAPAN KES UGUTAN JENAYAH, MEMILIKI SENAPANG PATAH BUATAN SENDIRI BERSERTA PELURU TANPA PERMIT YANG SAH DAN JUGA ATAS KESALAHAN MEMILIKI SEBILAH PEDANG SAMURAI
Matu Daro- 04 Mei 2026- Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Matu Daro berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berumur 70 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes ugutan jenayah dan turut merampas ( 2 ) laras senapang patah buatan sendiri, ( 5 ) butir peluru 12 bore tanpa permit yang sah serta sebilah pedang samurai Kampung Saai, Daro, Sarawak.
Ketika kejadian mangsa sedang menanam sawit di kebun Kampung Saai, datang saspek dalam keadaan mabuk dan mengacukan senapang patah ke arah dada mangsa kerana saspek tidak puas hati mangsa menanam sawit di kawasan kebun tersebut. Mangsa dalam ketakutan berjaya melarikan diri dan membuat laporan Polis.
Tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Matu Daro dan kes disiasat dibawah Sek 506 Kanun Keseksaan, Sek 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Sek 6 (1) Akta Bahan Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958. Hasil Ujian saringan awal air kencing tangkapan dapati negatif dari pengambilan dadah.
Penahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama tempoh ( 4 ) hari dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Pada 08 Mei 2026 suspek telah dituduh dibawah seksyen Sek 506 Kanun Keseksaan, Sek 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Sek 6 (1) Akta Bahan Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 di Mahkamah Sarikei. Tertuduh mengaku bersalah keatas ( 3 ) pertuduhan yang dibuat dan dijatuhi hukuman ( 6 ) bulan penjara untuk pertuduhan pertama , hukuman ( 8 ) bulan penjara untuk pertuduhan kedua dan ( 5 ) tahun penjara bagi pertuduhan ketiga. Tertuduh menjalani hukuman penjara di penjara Sibu.
Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD ) Matu Daro menegaskan bahawa memiliki senjata dan peluru tanpa permit yang sah boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun, atau dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya sekali. Manakala kesalahan membawa atau ada dalam miliknya atau di bawah kawalannya di mana mana jalan atau tempat awam apa apa senjata yang berbahaya apabila di sabitkan boleh di penjara untuk suatu tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi sepuluh tahun.