Klinik Kesihatan Penampang

Klinik Kesihatan Penampang Klinik Kesihatan Penampang officially opened on 14 September 1982 by Tan Sri Chong Hon Nyan.

18/08/2026
18/08/2026
17/08/2026
🍅 BATTLE OF YOUNG CHEF 2026 🍅Adakah anda remaja berumur 10–19 tahun yang minat memasak? 👨‍🍳👩‍🍳Inilah peluang anda untuk ...
15/07/2026

🍅 BATTLE OF YOUNG CHEF 2026 🍅

Adakah anda remaja berumur 10–19 tahun yang minat memasak? 👨‍🍳👩‍🍳

Inilah peluang anda untuk menunjukkan bakat, belajar menu sihat dan bersaing bersama rakan-rakan!

📅 25 Julai 2026 (Sabtu)
📍 Klinik Kesihatan Penampang

⚠️ Tarikh tutup pendaftaran: 23 Julai 2026 (Khamis)

📝 Daftar sekarang:
https://forms.gle/GEQFakGKFshzyWbG8

‼️📢 MAKLUMAN KLINIK KESIHATAN PENAMPANGDimaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Penampang akan ditutup lebih awal pada 18 Jun...
18/06/2026

‼️📢 MAKLUMAN KLINIK KESIHATAN PENAMPANG

Dimaklumkan bahawa Klinik Kesihatan Penampang akan ditutup lebih awal pada 18 Jun 2026 (Khamis) berikutan keadaan banjir semasa.

Sehubungan itu, perkhidmatan Extended Hours (5.00 petang – 9.00 malam) adalah dibatalkan pada hari ini.

Pesakit yang memerlukan rawatan atau mendapatkan perkhidmatan kesihatan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan.

Sebarang kesulitan amat dikesali. Terima kasih atas kerjasama dan pemahaman anda.

📢 NOTIS PENUTUPAN OPERASIKlinik Kesihatan Penampang tidak beroperasi pada 17 Jun 2026 (Rabu) sempena Awal Muharram (Maal...
17/06/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN OPERASI

Klinik Kesihatan Penampang tidak beroperasi pada 17 Jun 2026 (Rabu) sempena Awal Muharram (Maal Hijrah).
✅ Operasi disambung semula pada 18 Jun 2026 (Khamis).

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda. 😊

"Tiada Aedes, Tiada Denggi. Komuniti Sihat, Penampang Sejahtera."Kes demam denggi masih menjadi ancaman kesihatan awam d...
11/06/2026

"Tiada Aedes, Tiada Denggi. Komuniti Sihat, Penampang Sejahtera."

Kes demam denggi masih menjadi ancaman kesihatan awam di Sabah, termasuk di daerah Penampang. Denggi ialah penyakit yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes yang membiak di dalam takungan air bersih seperti bekas plastik, tayar terpakai, pasu bunga dan saluran air yang tersumbat.

Setiap individu mempunyai peranan penting dalam memerangi denggi. Luangkan sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu untuk memeriksa dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekitar rumah, tempat kerja dan kawasan kejiranan. Amalkan konsep “Cari dan Musnah” bagi memastikan persekitaran sentiasa bersih dan selamat.

Antara gejala demam denggi ialah demam tinggi secara tiba-tiba, sakit kepala, sakit belakang mata, sakit otot dan sendi, loya serta ruam pada kulit. Dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami gejala-gejala tersebut.

Bersama-sama kita jadikan Penampang bebas denggi. Cegah sebelum terkena, lindungi keluarga dan komuniti kita daripada ancaman denggi.Slogan: “Tiada Aedes, Tiada Denggi. Komuniti Sihat, Penampang Sejahtera.”
Cegah Denggi, Lindungi Komuniti Penampang

✨🩺 PEKA B40 – Saringan Kesihatan Percuma✨Penerima STR dan pasangan berdaftar yang berumur 40 tahun ke atas layak menjala...
09/06/2026

✨🩺 PEKA B40 – Saringan Kesihatan Percuma✨

Penerima STR dan pasangan berdaftar yang berumur 40 tahun ke atas layak menjalani saringan kesihatan percuma di Klinik Kesihatan Penampang.

📱 Tempah temu janji melalui MySejahtera
🔍 Imbas kod QR untuk semak kelayakan

❤️ Jom daftar dan daftarkan orang yang tersayang!

Lebih PEKA, Lebih Cakna Kesihatan Anda.

https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Sila Follow, Like and share ✨

📢 Hebahan: Klinik Kesihatan Penampang ditutup pada 30 Mei hingga 2 Jun 2026 sempena Pesta Kaamatan, Hari Wesak dan Hari ...
30/05/2026

📢 Hebahan: Klinik Kesihatan Penampang ditutup pada 30 Mei hingga 2 Jun 2026 sempena Pesta Kaamatan, Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Operasi akan disambung semula pada 3 Jun 2026.

Terima kasih.

Address

Klinik Kesihatan Penampang, KM 12, Jalan Tambunan-Penampang
Donggongon
89500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
17:01 - 21:00
Tuesday 08:00 - 17:00
17:01 - 21:00
Wednesday 08:00 - 17:00
17:01 - 21:00
Thursday 08:00 - 17:00
17:01 - 21:00
Friday 08:00 - 17:00
17:01 - 21:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+6088717978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Penampang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Klinik Kesihatan Penampang:

Shortcuts

Share