Muslimat PAS DUN Rantau Abang

Muslimat PAS DUN Rantau Abang Muslimat Dun Rantau Abang

Salam Maulidur Rasul, junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.“Tidak beriman seseorang daripada kalian ...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul, junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

“Tidak beriman seseorang daripada kalian sehingga aku menjadi orang yang lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan manusia seluruhnya.” (Muttafaq 'Alaih)

Daripada
Muslimat Dun Rantau Abang





Ziarah Mengukuh Ukhuwah, Menyubur Kasih Ziarah bukan sekadar bertemu dan bertanya khabar, tetapi menjadi ruang untuk men...
24/08/2026

Ziarah Mengukuh Ukhuwah, Menyubur Kasih

Ziarah bukan sekadar bertemu dan bertanya khabar, tetapi menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, menyemai kasih sayang serta saling menguatkan dalam kebaikan.

Firman Allah SWT:
Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.”
(Surah al-Hujurat: 10)

Semoga setiap langkah ziarah menjadi amal yang mendekatkan kita kepada Allah dan mengukuhkan ukhuwah sesama kita.

Ziarah kali ini ke Kampung Rantau Abang





CERAMAH MAULIDUR RASUL ﷺAlhamdulillah, program Ceramah Maulidur Rasul ﷺ yang telah diadakan baru-baru ini berlangsung da...
22/08/2026

CERAMAH MAULIDUR RASUL ﷺ

Alhamdulillah, program Ceramah Maulidur Rasul ﷺ yang telah diadakan baru-baru ini berlangsung dalam suasana penuh penghayatan dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ.

Majlis ini menjadi ruang untuk kita menyuburkan rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, mengenali sirah perjuangan Baginda serta berusaha mencontohi akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu...”
(Surah al-Ahzab: 21)

Jazakallah Khoir Khatura buat Al Fadhil Ustaz Ahmad Mukrim bin Adnan yang sudi menerima undangan untuk berkongsi ilmu untuk menguatkan lagi cinta kami buat Kekasih Allah Subhanahu Wataala.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui amal, akhlak dan perjuangan menegakkan kebaikan.

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga serta para sahabat Baginda. 🤍

Inilah antara wajah-wajah  jentera muslimat Muslimat Dun Rantau Abang yang menjadi tulang belakang kejayaan menawan DUN ...
21/08/2026

Inilah antara wajah-wajah jentera muslimat Muslimat Dun Rantau Abang yang menjadi tulang belakang kejayaan menawan DUN Rantau Abang selama tiga penggal, dengan peningkatan majoriti undi.
Dengan menyewa sebuah bas dan juga beberapa buah kereta, mereka hadir di Pelancaran Jentera Pilihan Raya Muslimat PAS Negeri Terengganu di Rusila baru- baru ini dengan tekad Teguh Memimpin Terengganu.



𝐒𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚, 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚​Alhamdulillah,  Program Ziarah Prihatin Muslimat Du...
14/08/2026

𝐒𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚, 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚

​Alhamdulillah, Program Ziarah Prihatin Muslimat Dun Rantau Abang yang diketuai oleh Che Mas , isteri YB Ustaz Mohd Fadhli Rahmi bersama Lajnah Kebajikan dan kakitangan Intitiut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMITS DUN Rantau Abang kali ini ke Padang Pulut.

Menjenguk, mendengar kisah, dan saling menguatkan—kerana ukhuwah itu bukan sekadar pada perkataan, tapi pada hadirnya kita di saat diperlukan.

​Moga sedikit kebaikan yang dihulur menjadi pemangkin senyuman dan keberkatan buat kita semua.
Terima kasih buat semua yang terlibat🥰

JAULAH EKONOMI: MENYUSURI ILMU, MEMBINA USAHAJaulah Lajnah Ekonomi Muslimat Dun Rantau Abang  ke NorArfa Batik dan Lemba...
09/08/2026

JAULAH EKONOMI: MENYUSURI ILMU, MEMBINA USAHA

Jaulah Lajnah Ekonomi Muslimat Dun Rantau Abang ke NorArfa Batik dan Lembah Nisan sebagai salah satu usaha mengaktifkan gerak kerja lajnah, di samping menimba ilmu, melihat peluang ekonomi serta mencari inisiatif menjana dana bagi mengukuhkan tabung lajnah.

Semoga jaulah ini bukan sekadar mengeratkan ukhuwah, tetapi turut membuka ruang kepada lebih banyak idea dan peluang ekonomi yang mampu memberi manfaat kepada Muslimat dan masyarakat.





Ziarah prihatin kali ini berkunjung ke Taman Rakyat Jaya.Menyelami luahan rasa, bila diuji kehilangan yang berlaku tiba-...
08/08/2026

Ziarah prihatin kali ini berkunjung ke Taman Rakyat Jaya.

Menyelami luahan rasa, bila diuji kehilangan yang berlaku tiba-tiba, menguriskan kerinduan yang tidak akan terubat

Mendengar bait-bait kata ketabahan apabila diuji dengan kesakitan yang seolah-olah tiada lagi peluang untuk sembuh.

Dan macam-macam lagi ujian-ujian yang diharungi dengan redha .

Begitulah kehidupan, susah atau senang merupakan ujian untuk hamba-Nya.

Ganjaran dari Allah tetap ada buat mereka yang redha dan sabar.

Program petang semalam.Petang yang diisi dengan tiga nikmat; makan bersama, berukhuwah bersama dan mengisi jiwa dengan p...
25/07/2026

Program petang semalam.
Petang yang diisi dengan tiga nikmat; makan bersama, berukhuwah bersama dan mengisi jiwa dengan pengisian ilmu membuka minda daripada Al Fadhilah Ustazah Noorzila Mohamad.

Semoga ukhuwah terus mekar dan hati sentiasa terpaut kepada kebaikan.



24/07/2026

Program Jom Makan Bubur.
Pengisian Ilmu oleh Al Fadhilah Ustazah Norzila Mohamad.

Address

Dungun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muslimat PAS DUN Rantau Abang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share