Perpustakaan Desa Kg. Balai Besar,Dungun,Terengganu

Perpustakaan Desa Kg. Balai Besar,Dungun,Terengganu menyediakan perkhidmatan seperti peminjaman buku dan rujukan serta wi-fi percuma.Aktiviti sampingan juga

02/09/2026

🇲🇾 SEMARAKKAN SEMANGAT KEBANGSAAN, SUBURKAN JIWA PERPADUAN! 🇲🇾

Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026, Kementerian Perpaduan Negara membawakan pelbagai inisiatif, program dan aktiviti untuk bersama-sama rakyat menyemarakkan semangat patriotisme serta menghargai sejarah, warisan dan kepelbagaian Malaysia. ❤️🤝

✨ Daripada pameran, fiesta, bicarawara, sambutan dan program kenegaraan, ayuh manfaatkan pelbagai pengisian yang disediakan dan hayati erti kemerdekaan serta perpaduan.

🇲🇾 Kita raikan sejarah.
Kita hargai warisan.
Kita perkukuh perpaduan.
Kita bina Negara Bangsa!

📢 Jom semak kalendar program dan sertai bersama!

Bersama Membina Negara Bangsa.
Kementerian Perpaduan Negara

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
Jabatan Penerangan Malaysia
Malaysia MADANI




01/09/2026
AKTIVITI MAYA1 SEPTEMBER 2026 / SELASAKUIZ KENALI TOKOH TEMPATAN❤️🇲🇾Jom uji pengetahuan anda tentang pejuang kemerdekaan...
01/09/2026

AKTIVITI MAYA
1 SEPTEMBER 2026 / SELASA

KUIZ KENALI TOKOH TEMPATAN
❤️🇲🇾

Jom uji pengetahuan anda tentang pejuang kemerdekaan tanah air. Selamat menjawab☺️

👍 Like | 💬 Komen | 🔄 Share

Terima kasih kepada semua yang sentiasa support🌸








Resensi Buku."Mat Kilau : Pahlawan Pahang"Pengarang : Abdul Latip TalibPenerbit : Latip Dan Keluarga EnterpriseISBN : 97...
01/09/2026

Resensi Buku.

"Mat Kilau : Pahlawan Pahang"

Pengarang : Abdul Latip Talib
Penerbit : Latip Dan Keluarga Enterprise
ISBN : 9789672234784
Harga : RM 40.00

Buku ini mengangkat kisah perjuangan Mat Kilau, pahlawan Pahang yang gagah menentang penjajah British demi maruah tanah air dan bangsa.

Mat Kilau, seorang lelaki biasa yang mempunyai semangat luar biasa, bangkit memimpin perjuangan menentang penjajahan British pada awal abad ke-20 di Pahang.

Dengan taktik perang gerila dan sokongan rakyat, beliau berjaya menggugat kekuasaan penjajah yang ingin menguasai Tanah Melayu.

📌Dapatkan buku ini di Perpustakaan Desa terdekat anda.







NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) KG. BALAI BESAR, DUNGUN, TERENGGANU   Dimaklumkan bahawa perkhidmat...
30/08/2026

NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN DESA (PNM) KG. BALAI BESAR, DUNGUN, TERENGGANU

Dimaklumkan bahawa perkhidmatan Perpustakaan Desa (PNM) Kg. Balai Besar akan ditutup pada 31 Ogos 2026 (Isnin) sempena Cuti Hari Kebangsaan.

Perkhidmatan Perpustakaan Desa (PNM) Kg. Balai Besar akan beroperasi semula seperti biasa pada 1 September 2026 (Selasa).

Segala kesulitan amat dikesali.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69"
“Merdeka, Merdeka, Merdeka!"








📚 PENERIMAAN KOLEKSI BUKU BAHARU 📚30 Ogos 2026 | AhadPerpustakaan Desa Kg. Balai Besar telah menerima koleksi buku bahar...
30/08/2026

📚 PENERIMAAN KOLEKSI BUKU BAHARU 📚

30 Ogos 2026 | Ahad

Perpustakaan Desa Kg. Balai Besar telah menerima koleksi buku baharu bagi tahun 2026 sebanyak 173 naskhah.

Penambahan koleksi ini diharapkan dapat memberikan lebih banyak pilihan bahan bacaan, di samping menyokong usaha memupuk budaya membaca serta pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat.

📖 Jom manfaatkan kemudahan perpustakaan dan terokai koleksi bacaan yang tersedia.








Resensi Buku."50 Nasihat Rasulullah Untuk Kanak-kanak"Pengarang : Muhammad Ali QuibBuku ini menghimpunkan 50 nasihat Ras...
27/08/2026

Resensi Buku.

"50 Nasihat Rasulullah Untuk Kanak-kanak"

Pengarang : Muhammad Ali Quib

Buku ini menghimpunkan 50 nasihat Rasulullah S.A.W yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Nasihat-nasihat ini merangkumi akhlak mulia, kehidupan seharian, hubungan dengan Allah S.W.T, keluarga, rakan dan masyarakat.

📌Dapatkan buku ini di Perpustakaan Desa terdekat anda.





AKTIVITI MAYA27 OGOS 2026 / KHAMISKUIZ MAULIDUR RASUL❤️🇲🇾Jom uji pengetahuan anda tentang tulisan jawi. Selamat menjawab...
27/08/2026

AKTIVITI MAYA
27 OGOS 2026 / KHAMIS

KUIZ MAULIDUR RASUL
❤️🇲🇾

Jom uji pengetahuan anda tentang tulisan jawi. Selamat menjawab☺️

👍 Like | 💬 Komen | 🔄 Share

Terima kasih kepada semua yang sentiasa support🌸








27/08/2026

🇲🇾 Hiasi kediaman anda dengan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2026. ❤️🤍💙💛

Lambangkan rasa cinta kepada negara, semangat kemerdekaan dan perpaduan.

Maklumat lanjut di Merdeka360.my.




"PERKONGSIAN MAKLUMAT SEJARAH""KOLEKSI TERPILIH: MENJELANG KEMERDEKAAN 1957 🇲🇾Merdeka bukan sekadar sebuah tarikh, tetap...
27/08/2026

"PERKONGSIAN MAKLUMAT SEJARAH"

"KOLEKSI TERPILIH: MENJELANG KEMERDEKAAN 1957 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar sebuah tarikh, tetapi sebuah perjalanan sejarah.

The Merdeka Book mengabadikan kisah dan detik penting menjelang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957, sebagai khazanah yang mengingatkan kita kepada perjuangan membina sebuah negara merdeka.

Repost & kredit : Arkib Negara Malaysia






Address

Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kg. Balai Besar,Dungun,Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perpustakaan Desa Kg. Balai Besar,Dungun,Terengganu:

Shortcuts

Share

Category