13/05/2020
OPERASI KEBAKARAN RUMAH DI ALAMAT HADAPAN MASJID,JALAN JERANGAU KG. DENDANG, DUNGUN.
13/5/2020 (Rabu): PGO Negeri Terengganu terima maklumat pada jam 18:13:34 menyatakan telah berlaku satu kebakaran Rumah di alamat Hadapan Masjid Jalan Jerangau Kg. Dendang, Dungun.
Jentera Bomba bersama 2 Water Tander dan 1 EMRS dari BBP AMBS diketuai oleh komander operasi PPgB Zul Hasni bin Abdul Rahman telah digerakkan ke lokasi kejadian dan di bantu oleh BBP Dungun. Setelah tiba di lokasi didapati sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 30 kaki X 40 kaki telah terbakar 90%.
Anggota Bomba bertindak memadamkan kebakaran tersebut hingga padam sepenuhnya dan seterusnya memastikan tiada lagi punca api di tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. Operasi tamat pada jam 20:06:11
Komander Operasi : PPgB Zul Husni bin Abdul Rahman
Anggota : 15 anggota terlibat.
Sumber: Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Terengganu