Penerbitan Ikan Kekek

Penerbitan Ikan Kekek Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penerbitan Ikan Kekek, Library, Dungun.

Sepilihan buku dari Rak   telah dibawa ke   Krew Ikan Kekek. Siapa nak baca ini semua, boleh bagitau mana² judul s**aan!...
23/06/2026

Sepilihan buku dari Rak telah dibawa ke Krew Ikan Kekek. Siapa nak baca ini semua, boleh bagitau mana² judul s**aan!

Bukan nak lepas buang, tapi nak berkongsi dengan kaseh sayang.

((Murah² bawah RM10)) saja. DM/maklum sini 👇🏼

Bacaan sejak 2011 ... until 2020 🥰

1 Muharram 1448H berawal cardas, selepas nasi goreng pembacaan terus menyusur laju ke Bab 3 dari buku hijau lumut tebing...
17/06/2026

1 Muharram 1448H berawal cardas, selepas nasi goreng pembacaan terus menyusur laju ke Bab 3 dari buku hijau lumut tebing tasik ini. Terus terang tidak mengundang garu² kepala. Hanya menimbul syak...dan pertanyaaan berbaur kelasssik, yang muncul kerana berasa patutkah begitu?

Terjemahan berwibawa ini molek dihidang bersama air teh panas, kaki berlunjur atau boleh juga meniarap sambil lobang telinga menelan ketukan drum berlemak dari mana-mana musik jazz (yang dikategori sebagai kool tak ternafikan)

Agak berdenyut bilamana dijamu dengan "etnografi keperlembagaan" kerana semacam memanggil semula untuk berunding dengan hal tersebut.

Oh apakah kita sanggup melihat persilangan budaya yang amat panjang dengan kedua-dua mata terbuka seluas alam?

Buku ini tak janji kamu boleh duduk diam. Jika kamu seorang yang keras kepala, pergilah buat benda lain. Buku ini lain dari buku² yang ada di rak bacaan kamu itu. Atau sekiranya perlu, bacalah sikit-sikit. Pun begitu, ia berbaloi bagi melatih orang buta mengenal jalan dalam topik yang dibahas sepanjang highway ke pantai timo.

FEH!

-sf

07/06/2026

Barang fresh, segar bugar dari kilang. Siapa nak, DM now.

Judul: Mimpi Indah, 332 halaman.
Genre: Satira, Distopian, Fantasi, Thriller

Cetakan baru, stok terhad! :)

Jumpa di PBAKL, biarpun barang semakin sedikit. Semoga ia sempat sampai ke tangan kamu. Maklum kepada saya jika mau! Mim...
06/06/2026

Jumpa di PBAKL, biarpun barang semakin sedikit. Semoga ia sempat sampai ke tangan kamu. Maklum kepada saya jika mau!

Mimpi Indah, sebuah lagi naskah satira politik yang segar-bugar.

"Mimpi Indah tak patut diswaterbit, novel ni mesti dibaca ramai orang."

-Kandar-
PBAKL - 31.5.26

Hari ini dalam sejarah. Sa-buah peristiwa matinya al alim cikgu 'ekonomi politik' nan terpaling cerdas dan membumi, ench...
14/03/2026

Hari ini dalam sejarah. Sa-buah peristiwa matinya al alim cikgu 'ekonomi politik' nan terpaling cerdas dan membumi, enche' Karl Marx. Yang meninggal dunia pada 14 Mac 1883 di London pada usia 64 tahun.

Kritikannya terhadap kapitalisme serta visinya tentang revolusi proletariat yang dihuraikan dalam The Communist Manifesto dan Das Kapital menjadi asas teori kepada gerakan kelas pekerja dan gerakan sosialis seluruh dunya.

Satelah wafatnya beliau, borjuis bergumbira adanya namun hanya sekejap...kerana legasi pikiran yang ditinggalkan oleh Tok Marx terus subur membungkam dan hidup serata ceruk..ia terus sehingga ke hari ini.

Shalommm buruh pekerja seluruh dunia, bersatulah! Kami, barisan krew Ikan Kekek mengucapkan salam perjuangan buat komrado yang sentiasa bersemangat menyalakan api solidariti bagi memimpin jaminan kesamarataan dan hak-hak tenaga buruh seantero alam raya.

Mari, suburkan budaya membaca karya guru umat manusia ini. Belajar ekonomi dan jangan pernah berhenti dan melutut di kaki borjuis.

Seleksi bacaan, 22 puasa. Sebagai hamba yang berlapar di siang hari, aku telah sanggup juga untuk menyambut 'malam cemer...
10/03/2026

Seleksi bacaan, 22 puasa. Sebagai hamba yang berlapar di siang hari, aku telah sanggup juga untuk menyambut 'malam cemerlang' di saat penghujung yang telah tiba kini...

Muhammad INSAN KAMIL - Seyyed Hossein Nasr, buku ini tidak lain ia memerihalkan kekasih Nabi Allah, Al Mustofa, Baginda saw.

Selawat salam buat junjungan mulya Rasulillah.

Buku ini berasal dari naskah berjudul Muhammad Man of Allah oleh SHN. Kemudian diterjemah oleh Baharuddin Ahmad.

Terbit tahun 1993. Oleh DBP.
Sempena Penataran Pemikiran Masa Kini
oleh Prof. Dr. Seyyed Hussein Nasr pada
8Juliya1993

hari ini, 2tahun lepas. ((peris.tiwa'))dari  BUWI berarti BERI/memberi.Memberi (perhatian) di KLAB 2024 yang sudah lepas...
05/03/2026

hari ini, 2tahun lepas. ((peris.tiwa'))
dari

BUWI berarti BERI/memberi.

Memberi (perhatian) di KLAB 2024
yang sudah lepas.

Memberi yang tidak berisi maksud ingin
meminta balik. Memberi kerana untuk memberi. Memberi agar saling hidup.

Kita s**a melihat orang-orang tersenyum
tatkala kita memberi apa yang mereka perlukan.

Memberi, adalah satu kaedah menghilangkan gelisah di jiwa, kerana ia boleh mendatangkan damai, serta merehatkan minda.

Di KLAB, saya telah membahagikan beberapa pemberian khusus, pertamanya adalah memberi masa kepada buku, memberi mata kepada masyarakat buku (masbuk). Dan memberi tenaga kepada banyak kepelbagaian selera orang-orang -- yang bertandang.

Dalam hal dan lingkungan yang begini, kitaran terhadap budaya yang sihat itu menjadi lebih terpupuk dan membangun. Ini saya percaya, kecuali kerajaan.

Buku dilayani samarata oleh tenaga manusia.

Barangkali, ada yang merasakan tercicir dalam memberi perhatian yang sebaiknya kepada pesta buku atau kepada buku yang sesungguhnya bermanfaat. Menurut saya, sememangnya inilah lumrah dalam membuat pilihan. Manusia, sebagai binatang berakal akan mudah berasa ter itu dan ter ini dalam perkara-perkara yang sedang diberi perhatian, atau yang mereka gemar.

Jadi, berbaliklah kepada praktik sosial masyarakat spiritual. Yakni, belajar memberi dengan melihat, merenung, membaca dan menanggapi sesuatu. Sekali lagi, inilah yang saya percaya, dan yang tidak berguna seperti pembohongan kerajaan sesungguhnya sia-sia.

Ingat.

Membaca adalah latih tubi yang kukuh dan berasas, dalam mengajar manusia untuk belajar dan cenderung memberi manfaat kepada masyarakat sosial.

3/3/2024

Seleksi bacaan, 15 puasa. Semakin baca, semakin lapor oi. AH! Notes From Underground - Fyodor Dostoevsky, naskah...blabl...
04/03/2026

Seleksi bacaan, 15 puasa. Semakin baca, semakin lapor oi. AH!

Notes From Underground - Fyodor Dostoevsky, naskah...blablabla

Bukan kali pertama dibaca.

link di bio   💕
27/02/2026

link di bio 💕

756 halaman. Agak bergaya jugalah kalau sekiranya berjaya selesaikan bacaan ini sebelum raya. Sekarang dah cecah m/s 137...
24/02/2026

756 halaman. Agak bergaya jugalah kalau sekiranya berjaya selesaikan bacaan ini sebelum raya.

Sekarang dah cecah m/s 137, secara mentalnya buku ini tak terlalu berat, ia senang hadam dan masih ada bibit-bibit filosofikal, tiada bebanan psikologi yang buat saya rasa (ok, ini level sebenar yang diharapkan)

Pun begitu novel ini kekal menghiburkan. Leo Tolstoy kekal sebagai seorang Pakcik zuhud yang duduk menanti waktu berbuka dengan sabar sambil mengalunkan qasidah di dalam perut saya yang sekali-sekala hening sebelum lewat petang ia mula berkeroncong.

Saya terbayang-bayang bagaimana rupa cantik Anna Karenina, saya beranggapan jika ia ada dekat denganku sekarang...mungkin dia kerap memuji warna kulitku yang sawo matang, kami akan bercakap tentang sawah, sungai, novelku mimpi indah, atau sesekali terjebak dalam arena perdebatan tentang cinta kasih hubungan dua merpati sejoli. Lalu, kembali semula mengutip kemanisan yang ada pada senyuman antara kami.

Tetapi, saya tertanya-tanya juga...adakah ia mustahil berlaku, jika tidak...bahasa Rusiakah yang kami gunakan untuk komunikasi intim ini?

Sebelum melamun jauh, elok sambung baca dulu.
Alamak...esok genaplah setahun novel saya, Mimpi Indah Si Bebal berada di jualan atas talian (ia tak masuk kedai fizikal lagi..) sesiapa yang berminat, sila klik link pada bio

Address

Dungun
000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerbitan Ikan Kekek posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penerbitan Ikan Kekek:

Shortcuts

Share

Category