Pergerakan Pemuda UMNO-Dungun

Pergerakan Pemuda UMNO-Dungun Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun

28/08/2026

27 Ogos 2026 | Khamis

Alhamdulillah, selesai sudah Kejohanan E-Football Tertutup AMBS yang berlangsung dengan jayanya. 🎮⚽

Seramai 32 pasukan melibatkan 64 peserta telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Tahniah kepada semua peserta yang memberikan saingan terbaik dan menjayakan program dari awal hingga akhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan Exco yang turun bersama, Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Dungun serta kepimpinan UMNO Cawangan di AMBS atas sokongan dan komitmen dalam menjayakan kejohanan ini.

Insya-Allah, semoga program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang sebagai ruang untuk anak muda berkumpul, berkenalan dan mengeratkan silaturahim.

Terima kasih semua! 🤝🎮

26/07/2026

PEMUDA ADALAH NADI PERJUANGAN, BUKAN SEKADAR PEWARIS.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Dungun Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Dagang, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Rozi bin Mamat, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu.

Sebagai anak muda dan ahli Pemuda UMNO, saya percaya bahawa kekuatan sesebuah parti bergantung kepada kesatuan, disiplin dan kesediaan generasi muda untuk memikul amanah. Pemuda bukan hanya hadir untuk memenuhi kerusi dewan, tetapi hadir dengan idea, tenaga, keberanian dan komitmen bagi memastikan perjuangan parti terus relevan serta diyakini oleh rakyat.

Cabaran politik hari ini menuntut kita menjadi lebih matang, lebih bijak mendekati masyarakat dan sentiasa turun padang membantu rakyat tanpa mengira masa. Perjuangan ini bukan untuk kepentingan individu, tetapi demi memastikan agama, bangsa dan tanah air terus terpelihara.

Terima kasih kepada seluruh kepimpinan UMNO Bahagian Dungun, barisan jawatankuasa, para perwakilan serta semua jentera yang telah menjayakan mesyuarat ini. Semoga segala keputusan yang dipersetujui menjadi pemangkin kepada kebangkitan UMNO dan memperkukuhkan lagi perpaduan dalam kalangan ahli.

Insya-Allah, Pemuda akan terus berdiri teguh, menjadi benteng parti dan meneruskan perjuangan dengan penuh keikhlasan, kesetiaan serta semangat yang tidak pernah luntur.

“Pemuda Hari Ini, Pemimpin Masa Hadapan.”









20/07/2026

19 Julai 2026 | Bangunan UMNO Bahagian Dungun

Hari ini telah berlangsung Mesyuarat EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun bagi membincangkan persiapan menjelang Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun 2026.

📅 Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 Pagi
📍 Tempat: Dewan Mekanikal, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun
🤍 Tema Pakaian: Putih

Kami ingin mengajak seluruh ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun, para perwakilan, penyokong serta seluruh anak muda Dungun untuk hadir beramai-ramai memeriahkan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun.

Kehadiran anda amat bermakna sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan, perpaduan dan kekuatan Pemuda UMNO dalam membawa aspirasi anak muda serta memperkukuhkan organisasi demi agama, bangsa dan negara.

Ayuh kita hadir bersama-sama, berpakaian tema putih, dan semarakkan semangat perjuangan Pemuda UMNO Bahagian Dungun. Jumpa anda pada 25 Julai 2026!

TAHNIAH BARISAN NASIONAL JOHOR! 💙❤️🤍Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kepimpinan, calon, jentera dan penyokong Bari...
12/07/2026

TAHNIAH BARISAN NASIONAL JOHOR! 💙❤️🤍

Setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh kepimpinan, calon, jentera dan penyokong Barisan Nasional Johor atas kejayaan memenangi 48 daripada 56 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Johor.

Kemenangan ini merupakan amanah besar daripada rakyat Johor yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil, berpengalaman dan sentiasa mengutamakan kebajikan serta kemajuan negeri.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan penuh integriti, memperkukuhkan perpaduan dan membawa Johor ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Tahniah Dato' Onn Hafiz Ghazi dan seluruh kepimpinan Barisan Nasional Johor.

Ikhlas daripada:
Pemuda UMNO Bahagian Dungun

11/07/2026

Alhamdullilah
Terima Kasih Bangsa Johor

Gelombang Biru Melanda di Johor

*Selamat Ulang Tahun Kelahiran**YB Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh**Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia*Semoga Allah SWT...
02/07/2026

*Selamat Ulang Tahun Kelahiran*
*YB Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh*
*Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia*

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, kesihatan, kebahagiaan, keberkatan usia dan terus diberikan kekuatan dan kebijaksanaan dalam memimpin perjuangan Pemuda UMNO demi agama, bangsa dan tanah air.

*Pemuda Cara Kita!*

Ikhlas daripada
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Dungun

02/06/2026

2 JUN 2026 | SELASA
B12 BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH, DUNGUN

Malam ini, Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Dungun telah mewakili Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun, bersama-sama barisan EXCO Pemuda UMNO Bahagian Dungun, AJK UMNO Bahagian Dungun serta Pengerusi PDM AMBS, telah turun padang bagi menyantuni serta menziarahi keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi kemalangan yang telah berlaku baru-baru ini di kawasan ini.

Lawatan ini adalah sebagai tanda keprihatinan dan rasa tanggungjawab sosial Pemuda UMNO Bahagian Dungun terhadap masyarakat setempat, khususnya kepada keluarga yang sedang berdepan dengan ujian dan kehilangan yang amat besar. Dalam suasana yang penuh hiba dan sayu, rombongan telah berkesempatan menyampaikan ucapan takziah, kata-kata semangat serta sokongan moral kepada ahli keluarga agar terus tabah menghadapi dugaan ini.

Pada kesempatan yang sama, rombongan turut menghadiri majlis tahlil yang telah diadakan oleh pihak keluarga dan masyarakat setempat. Majlis ini diisi dengan bacaan doa, Yasin serta tahlil sebagai tanda ingatan dan penghormatan kepada arwah, semoga roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Selain itu, sedikit sumbangan turut disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun melalui wakil yang hadir, sebagai tanda keprihatinan dan usaha meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga mangsa, sama ada dari sudut kewangan mahupun emosi dalam tempoh yang mencabar ini. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak mampu menggantikan kehilangan yang dialami, namun ia diharap dapat menjadi sedikit kekuatan dan sokongan moral kepada keluarga yang terkesan.

Pemuda UMNO Bahagian Dungun sentiasa komited untuk terus bersama masyarakat dalam apa jua keadaan, sama ada dalam kegembiraan mahupun ketika ditimpa musibah. Semangat kebersamaan, ukhuwah dan kasih sayang sesama masyarakat akan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Semoga keluarga mangsa terus diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan yang tinggi dalam menghadapi ujian ini. Sesungguhnya setiap yang berlaku adalah ketentuan Ilahi, dan kita sebagai hamba-Nya perlu menerima dengan redha serta terus mendoakan yang terbaik buat mereka yang telah pergi.

Al-Fatihah. 🤲🏻




SALAM TAKZIAHPemuda UMNO Bahagian Dungun merakamkan ucapan salam takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh ...
02/06/2026

SALAM TAKZIAH

Pemuda UMNO Bahagian Dungun merakamkan ucapan salam takziah dan rasa dukacita yang mendalam kepada seluruh keluarga mangsa kemalangan tragis yang berlaku di Simpang Renggam, Johor.

Alhamdulillah, urusan solat jenazah dan pengebumian keempat-empat mangsa telah selesai dilaksanakan dengan sempurna di Tanah Perkuburan Islam Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.

Pemergian Allahyarham Mohd Aiman bin Mohd Rashid, Allahyarhamah Nor Azlina binti Abd Latif, Allahyarhamah Nur Airish Syifa binti Sidek dan Allahyarhamah Semek binti Mat Soh merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai dan masyarakat setempat.

Lebih menyentuh hati, Allahyarham Mohd Aiman baru sahaja kehilangan ayahanda tercinta kira-kira seminggu yang lalu. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan kembali menghadap Allah SWT pada waktu yang telah ditentukan-Nya.

Kami mendoakan agar roh kesemua arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan dan ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah SWT yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan terus diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah.

"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali."

BERSATU • BERSETIA • BERKHIDMAT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN DUNGUN

08/05/2026

8 Mei 2026 (Jumaat)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin anjuran UMNO Bahagian Dungun sempena sambutan ulang tahun ke-80 telah berlangsung dengan lancar dan penuh keberkatan. Program ini bukan sekadar menjadi medan untuk bermunajat dan memohon kesejahteraan, malah menjadi simbol penyatuan hati, pengukuhan ukhuwah serta memperteguhkan semangat perjuangan dalam kalangan seluruh ahli dan pendukung perjuangan.

Selama 80 tahun, UMNO terus berdiri sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan tanah air, menempuh pelbagai cabaran dan ujian demi memastikan kestabilan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Semoga dengan keberkatan majlis ini, perjuangan yang dibina sejak sekian lama terus dipermudahkan, diperkukuhkan dan diberikan petunjuk oleh Allah SWT untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga silaturahim yang terjalin terus erat, dan perjuangan ini terus subur demi masa depan yang lebih baik.





23/04/2026

Kejohanan Futsal Pemuda UMNO Cawangan Tanjung Pagar bukan sekadar pertandingan, tetapi medan mengeratkan ukhuwah, membina semangat berpasukan dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan anak muda. Inilah platform terbaik untuk kita mengasah bakat, memupuk disiplin serta menyemai nilai kepimpinan dalam suasana yang sihat dan positif.

Semoga program seperti ini terus menjadi titik tolak kepada kebangkitan anak muda, bukan sahaja cemerlang di gelanggang, malah turut aktif dalam pembangunan masyarakat dan perjuangan parti. Bersama kita buktikan bahawa Pemuda UMNO Tanjung Pagar sentiasa komited, berdaya saing dan bersatu hati demi masa depan yang lebih gemilang.





Address

Dungun

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergerakan Pemuda UMNO-Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share