Parti Wawasan Negara Bahagian Dungun

Parti Wawasan Negara Bahagian Dungun Parti Wawasan Negara dilahirkan pada 13 Jun 2026 di Tanah Merah Kelantan. Dirasmikan majlis perlancarannya oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Wawasan Negara diketuai oleh Dato' Seri Hamzah Zainudin

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Abd Aziz bin Ismail di atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Parti Wawasan Nega...
01/09/2026

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Abd Aziz bin Ismail di atas pelantikan sebagai Ketua Bahagian (Penaja) Parti Wawasan Negara Bahagian Dungun.

Demi Negara, Untuk Rakyat.

Sekretariat
Parti Wawasan Negara
Bahagian Dungun

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 69.
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 69.

28/08/2026
Majlis Penyerahan WatikahKetua Ketua Bahagian PenajaParti Wawasan Negara
28/08/2026

Majlis Penyerahan Watikah
Ketua Ketua Bahagian Penaja
Parti Wawasan Negara

Saksikan Siaran Langsung Majlis Penyerahan Watikah Ketua-Ketua Bahagian Parti Wawasan Negara di Facebook Rasmi Parti Wawasan Negara.

Tarikh : 28 Ogos 2026
Masa : 3.00 petang

25/08/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, esok adalah Maulidul Rasul untuk kita semua memperingati lahirnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan menambahkan kecintaan kita kepada Rasulullah.

Maulidul Rasul ini bukan sekadar sambutan, tetapi ia adalah ruang untuk kita menelusuri ibrah dengan pengambil pedoman perjuangan suci Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam dan bagaimana masyarakat serta peradaban bangsa itu dibina.

Baginda mengubah perpecahan kepada persaudaraan, permusuhan digantikan dengan persefahaman, dan masyarakat jahiliah diubah kepada sebuah ummah yang dipandu oleh iman, nilai serta tujuan yang jelas.

Inilah ibrah besar yang sangat relevan untuk Malaysia. Kepelbagaian adalah kekuatan kita dan semua pihak mesti mencari titik persamaan demi masa depan bersama. Perbezaan bukan alasan untuk berpecah.

Seperti mana ibrah Rasulullah yang berjaya menyatukan ummah melalui iman, nilai serta keyakinan bersama, Malaysia juga memerlukan Konsensus Nasional Baharu yang menyatukan kita atas Matlamat Bersama, Kemakmuran Bersama dan Tadbir Urus Berperikemanusiaan.

Kita perlu bergerak ke hadapan dengan pemikiran serta nurani yang matang melalui jambatan penyatuan. Jambatan yang menghubungkan rakyat berbeza latar belakang, yang menghubungkan antara wilayah dan yang menyatukan kekuatan politik yang selama ini lebih dipisahkan oleh perbezaan.

Insya-Allah jika ibrah ini benar-benar ditelurusi dan diteladani, masa depan negara akan lebih makmur, bermaruah dan dihormati.

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

25/08/2026
22 Ogos 2026, Sabtu. Satu Program Pengagihan Bendera Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 6...
22/08/2026

22 Ogos 2026, Sabtu.

Satu Program Pengagihan Bendera Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 69 telah di laksanakan oleh Penyelaras Parti Wawasan Negara Bahagian Dungun merangkap Penyelaras Negeri Terengganu Dato’ Abd Aziz bertempat di Pusat Perniagaan Bandar Dungun (hadapan KFC lama) pada jam 3.30 petang.

Sebanyak 2000 batang bendera Jalur Gemilang di agihkan kepada kenderaan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Turut dihadiri wanita-wanita dan pemuda-pemuda.

Ini merupakan program yang pertama Parti Wawasan Negara Bahagian Dungun anjurkan selepas penubuhannya.

Terima kasih buat warga Dungun.

Sekretariat Parti Wawasan Negara
Bahagian Dungun

Ayuh Warga Dungun. Dapatkan bendera Malaysia hari ini. Sama sama kita kibarkan jalur gemilang.
22/08/2026

Ayuh Warga Dungun.

Dapatkan bendera Malaysia hari ini. Sama sama kita kibarkan jalur gemilang.

Parti Wawasan Negara Bahagian Dungun kini membuka keahlian kepada sesiapa yang berminat untuk sertai dan memberi sumbang...
20/08/2026

Parti Wawasan Negara Bahagian Dungun kini membuka keahlian kepada sesiapa yang berminat untuk sertai dan memberi sumbangan kepada Parti.

Oleh yang demikian Wawasan Negara Bahagian Dungun menyediakan Google Form bg memudahkan urusan pendaftaran keahlian.

Sila lengkapkan maklumat yang di minta dan hantar. Admin akan uruskan pendaftaran keahlian.

Terima kasih.

Wawasan Negara Dungun. Terus Melangkah dan Menyusun Pengurusan di peringkat Bahagian.
12/08/2026

Wawasan Negara Dungun. Terus Melangkah dan Menyusun Pengurusan di peringkat Bahagian.

Address

Lot 7933 Tingkat 2, Jalan Baru Pak
Dungun
23000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Parti Wawasan Negara Bahagian Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share