NADI Kg Wa

NADI Kg Wa Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from NADI Kg Wa, balairaya kampung wa, Dungun.

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Wa menyediakan kemudahan capaian internet dan kemudahan berkaitan ICT serta menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet Komuniti (PIK) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program

Perkhidmatan Sejagat (USP). Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

πŸ“’ NOTIS PENUTUPAN NADI πŸ“’NADI akan ditutup sempena Maulidur Rasul pada:πŸ“ 25 Ogos 2026 (Selasa)NADI Kampung Wa akan kembal...
24/08/2026

πŸ“’ NOTIS PENUTUPAN NADI πŸ“’

NADI akan ditutup sempena Maulidur Rasul pada:
πŸ“ 25 Ogos 2026 (Selasa)

NADI Kampung Wa akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Ogos 2026 (Rabu)

19/08/2026

Jom Sihat dengan NADI!

Sempena Bulan Kebangsaan 2026, Senam Sihat MADANI Merdeka bakal menyatukan komuniti di 1,099 NADI seluruh negara dalam satu aktiviti kecergasan secara serentak.

Program ini bukan sekadar menggalakkan gaya hidup sihat. Ia membawa semangat kebersamaan dan perpaduan, sambil menyasarkan pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi penyertaan secara serentak secara fizikal dan virtual menerusi rangkaian NADI.

πŸ—“οΈ 29 Ogos 2026
⏰ 8.00 – 10.00 pagi
πŸ“ NADI seluruh negara

Ayuh ajak keluarga, rakan dan komuniti anda.
Kita bergerak bersama, kita raikan semangat Merdeka bersama! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ


12/08/2026

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sentiasa komited memperkasa masa depan komuniti melalui inisiatif yang menyokong pendidikan anak-anak, di samping membantu meringankan beban keluarga.

πŸ“š Program Tuisyen Rakyat
NADI menyediakan bimbingan pembelajaran secara PERCUMA kepada pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negara, bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam pelajaran. Dijalankan dengan bimbingan guru berpengalaman dan kemudahan internet pantas bagi sesi atas talian yang lancar.

πŸ‘• Program Pakaian Sekolah NADI
βœ… Harga istimewa untuk Ahli NADI
βœ… Pre-order dan mula bayaran secara ansuran
βœ… Penghantaran PERCUMA ke NADI yang ditanggung
βœ… Tiada caj tambahan

Uniform ini dihasilkan oleh alumni NADI Mahir Jahit yang telah mengikuti latihan kemahiran menerusi Perkhidmatan Pintar NADI dan kini melangkah sebagai usahawan bagi membantu komuniti sekitar mendapatkan keperluan persekolahan dengan lebih mudah.

Dari sokongan pembelajaran, NADI MADANI terus menyediakan peluang yang memberi manfaat kepada pelajar, keluarga dan komuniti.

πŸ“ Dapatkan maklumat lanjut di NADI berhampiran anda
🌐 www.nadi.my
πŸ“± Ikuti NADI Malaysia di Facebook, Instagram & TikTok
βœ‹πŸ» Malaysia Madani




09/08/2026

INFO | INISIATIF BAJU SEKOLAH NADI

Inisiatif Baju Sekolah NADI merupakan inisiatif NADI yang dilaksanakan sebagai kesinambungan daripada program NADI Mahir Jahit, salah satu program di bawah Perkhidmatan Pintar NADI.

Program NADI Mahir Jahit telah memberi peluang kepada peserta mempelajari kemahiran menjahit yang boleh dimanfaatkan untuk menjana pendapatan. Melalui inisiatif Baju Sekolah NADI, kemahiran tersebut diteruskan melalui penghasilan baju sekolah oleh Alumni Mahir Jahit untuk memenuhi keperluan komuniti.

Antara objektif inisiatif ini adalah untuk:

‒⁠ ⁠Membuka peluang kepada peserta dan alumni NADI Mahir Jahit, termasuk suri rumah dan ibu tunggal, untuk menjana pendapatan melalui kemahiran yang dimiliki.
‒⁠ ⁠Menyediakan pilihan baju sekolah yang lebih murah dan mudah diperoleh oleh ibu bapa dan komuniti.
‒⁠ ⁠Membolehkan bayaran dibuat secara ansuran tanpa faedah dan caj tambahan.

Kemudahan bayaran secara ansuran ini diperkenalkan sebagai salah satu pilihan bagi membantu meringankan komitmen pembayaran, khususnya bagi keluarga yang mempunyai keperluan pembelian baju sekolah untuk lebih daripada seorang anak.

Teruskan menyokong usaha NADI dalam memperkasakan komuniti melalui pelbagai inisiatif yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Perkhidmatan Pintar NADI, layari www.nadi.my.




07/08/2026

Selamat maju jaya diucapkan kepada Pasukan NADI Tiny Techies Malaysia yang telah berlepas ke Seoul, Republik Korea pada 6 Ogos 2026 bagi mewakili Malaysia dalam International Programming Robot Challenge (IPRC) 2026.

Seramai 7 peserta NADI akan membawa nama negara ke pentas antarabangsa dalam pertandingan robotik dan pengaturcaraan yang menghimpunkan bakat muda dari Korea Selatan, China, Jepun, Vietnam, Filipina, Ukraine dan Malaysia.

IPRC 2026 yang dianjurkan oleh ROBOROBO akan berlangsung di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, dengan pertandingan dijadualkan pada 9 Ogos 2026. Dalam edisi kali ini, pasukan NADI akan bersaing dalam kategori Robot Algorithm (Younger Division) bertemakan β€œEnergy Solution”.

Sepanjang program yang berlangsung, kontinjen Malaysia bukan sahaja berpeluang menguji kemahiran dalam bidang robotik dan pengaturcaraan, malah memperoleh pengalaman berharga, membina jaringan antarabangsa serta memperluaskan pendedahan kepada perkembangan teknologi di peringkat global.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADI MCMC dalam memperkasa bakat digital generasi muda serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk mengembangkan potensi dan bersaing di pentas dunia.

NADI MCMC mendoakan agar seluruh kontinjen diberikan kelancaran sepanjang berada di Seoul, dipermudahkan segala urusan serta berjaya mengharumkan nama Malaysia. Semoga pulang membawa pengalaman yang membanggakan πŸ‡²πŸ‡Ύ





πŸ“… TAKWIM AKTIVITI & PROGRAM NADI KAMPUNG WAOGOS 2026Jom sertai pelbagai aktiviti dan kelas PERCUMA sepanjang bulan Ogos!
04/08/2026

πŸ“… TAKWIM AKTIVITI & PROGRAM NADI KAMPUNG WA
OGOS 2026

Jom sertai pelbagai aktiviti dan kelas PERCUMA sepanjang bulan Ogos!

πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 7 πŸ“’Hello pelajar! 🌟Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 7 dan tingkatkan pen...
30/07/2026

πŸ“’ WEBINAR BERKALA MATEMATIK – EDISI 7 πŸ“’

Hello pelajar! 🌟

Jom sertai Webinar Berkala Matematik – Edisi 7 dan tingkatkan penguasaan anda dalam *Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra* dengan lebih mudah dan berkesan! βž•πŸ“˜

πŸ—“οΈ 8 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ• 2.30 PM – 4.30 PM
πŸ“ Dalam Talian
πŸ‘₯ Sasaran: Pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3

🎯 Topik:
Persamaan Linear dan Ungkapan Algebra

πŸ’‘ Pelajari konsep asas persamaan linear dan ungkapan algebra, teknik menyelesaikan soalan dengan tepat serta kaedah mudah untuk meningkatkan keyakinan dan prestasi dalam Matematik.

πŸ“ž Daftar sekarang di cawangan NADI berhampiran anda!

πŸ“’ PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY PERWIRA CYBER 2026 KINI DIBUKA!Jom sertai NADI x Cybersecurity Perwira Cyber 2026 dan...
30/07/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY PERWIRA CYBER 2026 KINI DIBUKA!

Jom sertai NADI x Cybersecurity Perwira Cyber 2026 dan menjadi Perwira Cyber di Pusat NADI anda – individu rujukan komuniti dalam aspek keselamatan siber. πŸ›‘οΈπŸ’»

Cara pendaftaran:
1️⃣ Kunjungi Pusat NADI berhampiran.
2️⃣ Daftar sebagai Ahli NADI (jika belum) & cipta akaun Cybersecurity LMS.
3️⃣ Log masuk ke LMS, enrol ke Program Perwira Cyber 2026 dan lengkapkan borang pendaftaran.
4️⃣ Peserta yang berjaya akan menerima e-mel pengesahan berserta maklumat program dan arahan seterusnya.

⏰ Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026

πŸ“© Sebarang pertanyaan:
[email protected]

πŸš€ Rebut peluang untuk menjadi Perwira Cyber dan bersama-sama memperkasakan komuniti dengan ilmu serta kesedaran keselamatan siber!

πŸ“’ PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY CTF 2026 KINI DIBUKA!Jom sertai NADI x Cybersecurity Capture The Flag (CTF) 2026 dan ...
30/07/2026

πŸ“’ PENDAFTARAN NADI x CYBERSECURITY CTF 2026 KINI DIBUKA!

Jom sertai NADI x Cybersecurity Capture The Flag (CTF) 2026 dan uji kemahiran anda dalam dunia keselamatan siber! πŸ’»πŸ”

Cara pendaftaran:
1️⃣ Kunjungi Pusat NADI berhampiran.
2️⃣ Daftar sebagai Ahli NADI (jika belum) & cipta akaun Cybersecurity LMS.
3️⃣ Log masuk ke LMS, enrol ke Program CTF 2026 dan lengkapkan borang pendaftaran.
4️⃣ Peserta yang berjaya melepasi tapisan akan menerima e-mel pengesahan berserta pautan WhatsApp rasmi program.

⏰ Tarikh tutup pendaftaran: 10 Ogos 2026

πŸ“© Sebarang pertanyaan:
[email protected]

πŸš€ Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang dan buktikan kebolehan anda dalam dunia keselamatan siber.

Address

Balairaya Kampung Wa
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Telephone

016-2339726

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NADI Kg Wa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to NADI Kg Wa:

Shortcuts

Share