Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun

Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun
"Pengurusan Dimantapkan Tindakan Disegerakan"

01/09/2026
Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ 31 OGOS 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
01/09/2026

Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ 31 OGOS 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€œMalaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Negara Dihormati”Ayuh kita kibarkan Ja...
31/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

β€œMalaysia MADANI, Rakyat Disantuni, Negara Dihormati”

Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga dan semangat patriotik! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi tanggungjawab kita untuk meneruskan perjuangan membina Malaysia yang lebih maju, aman, makmur dan bersatu padu.

Walau berbeza bangsa, agama dan budaya, kita tetap berdiri di bawah satu nama β€” MALAYSIA. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Dari Dungun untuk Malaysia!
Bersama kita semarakkan semangat patriotisme, kukuhkan perpaduan dan terus berbakti demi tanah air tercinta.

πŸ”₯ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ”₯
πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia Tanah Airku, selamanya di hati! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 Tahun 2026
daripada
Pegawai Daerah | Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Dungun.








NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN DALAM TALIAN (ONLINE)Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,Untuk mak...
26/08/2026

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN DALAM TALIAN (ONLINE)

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman semua, perkhidmatan bayaran secara dalam talian (online) ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses Office Fee Fasa 2.

Sepanjang tempoh penutupan ini, urusan pembayaran hanya boleh dibuat secara fizikal di kaunter sahaja.

Berikut adalah senarai urusan yang terlibat:

1. Consent (Kebenaran)

KPRW: Kebenaran Pemerolehan Dan Pindahmilik Oleh Warga Asing (Serentak)

KGD: Kebenaran Gadaian

KPJ: Kebenaran Pajakan

KPG: Kebenaran Pindahmilik dan Gadaian

KRY: Kebenaran Rayuan

KLTL: Kebenaran Lembaga Tanah Ladang

2. Pelupusan

PRBB: Permohonan Permit Bahan Batuan (Borang 4C)

3. Pembangunan

PLTS: Permohonan Lanjut Tempoh Syarat Nyata - KTN

Segala kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

Sekian, terima kasih.

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔Menutup saingan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan kutipan 123 pingat k...
25/08/2026

π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π˜π€ππ€π’ 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐔𝐑𝐔𝐇 πŠπŽππ“πˆππ‰π„π 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔

Menutup saingan SUKMA XXII Selangor 2026 dengan kutipan 123 pingat keseluruhan – 43 emas, 44 perak dan 36 gangsa, sekali gus menempatkan Terengganu dalam kelompok tiga terbaik pada peringkat kebangsaan.

Di sebalik setiap pingat, tersimpan keringat, pengorbanan dan semangat juang yang tidak pernah luntur. Setiap atlet telah memberikan yang terbaik, membawa nama Terengganu dengan penuh maruah dan kebanggaan hingga ke saingan terakhir.

Terima kasih kerana mengharumkan nama Terengganu. Teruskan melakar kejayaan dan mengangkat panji Terengganu lebih tinggi.

Terengganu Nelang! 🏴🏳️





πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M πŸŒ™βœ¨ β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagi...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M πŸŒ™

✨ β€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah SAW itu suri teladan yang baik bagi kamu.”
β€” Surah Al-Ahzab: 21

Seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Dungun mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW serta menjadikan keperibadian Baginda sebagai teladan dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini menjadi wadah untuk kita memperkukuhkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memperbanyakkan selawat serta mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan.

🀲 Semoga keberkatan dan rahmat Rasulullah SAW sentiasa menyinari kehidupan kita serta dikurniakan kesejahteraan, keharmonian dan keberkatan buat kita semua.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
🌿 Bersama Menghayati Sirah, Meneladani Akhlak Rasulullah SAW.

Ikhlas daripada:
Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Dungun
dan seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Dungun

Isnin I 24 Ogos 2026Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Perbarisan Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun Yang Akan Menyertai S...
24/08/2026

Isnin I 24 Ogos 2026

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Perbarisan Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun Yang Akan Menyertai Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman.

Majlis Disempurnakan Yang Berusaha En. Fadli Yusof bin Hj. Zakaria, Pegawai Daerah Dungun yang yang turut diiringi pegawai-pegawai lain. Jalur Gemilang diserahkan kepada En. Zulkarnaen bin Sapar yang akan mengetuai kontinjen perbarisan semasa hari pertandingan nanti.

Pegawai Daerah Dungun turut menyampaikan amanatnya serta kata-kata semangat kepada kontinjen perbarisan supaya menjaga kesihatan mental dan fizikal sehingga hari pertandingan berlangsung dan diharapkan memperolehi kejayaan untuk keluarga besar Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun pada tahun ini.


🏹 TERENGGANU TERUSKAN KEGEMILANGAN DI SUKMA SELANGOR 2026! πŸ†20 Ogos 2026 | INSPENKontinjen memanah Terengganu Darul Iman...
21/08/2026

🏹 TERENGGANU TERUSKAN KEGEMILANGAN DI SUKMA SELANGOR 2026! πŸ†

20 Ogos 2026 | INSPEN

Kontinjen memanah Terengganu Darul Iman mencatat keputusan membanggakan pada SUKMA XXI Selangor 2026 apabila berjaya menambah 2 pingat emas dan 1 pingat gangsa dalam acara yang dipertandingkan.

πŸ₯‡ Emas – Compound Individu Lelaki
MUHAMMAD AKMAL DANIAL BIN BAHARUDDIN, 18 tahun, muncul juara selepas menewaskan wakil Pulau Pinang.
πŸ₯‰ Gangsa – Compound Individu Lelaki
MUHAMMAD AIMAN SYAFIQ BIN MOHD TARIKI, 20 tahun, turut menghadiahkan pingat gangsa buat Terengganu dalam acara yang sama.
πŸ₯‡ Emas – Recurve Individu Perempuan
AFYA NAJIHA BINTI MOHD SHAARI, 20 tahun, p**a mencipta kejayaan cemerlang dengan menewaskan wakil Sarawak yang juga merupakan wakil Malaysia.

Kejayaan ini membuktikan kehebatan dan kesungguhan atlet memanah Terengganu dalam membawa nama Darul Iman di pentas SUKMA.

Tahniah dan syabas buat ketiga-tiga atlet serta seluruh barisan jurulatih dan pengurusan pasukan! πŸ‘πŸ”₯

Kita teruskan berdoa agar pasukan memanah dapat membawa p**ang lebih banyak pingat emas dalam pertandingan memanah ini.

🏹 Terengganu Darul Iman β€” terus membidik kejayaan!

SUKMA XXII SELANGOR 2026Tahniah Pasukan Memanah Terengganu untuk Pingat Emas dan Perak sebentar tadi menerusi acara Comp...
17/08/2026

SUKMA XXII SELANGOR 2026

Tahniah Pasukan Memanah Terengganu untuk Pingat Emas dan Perak sebentar tadi menerusi acara Compound Individu Lelaki.

Pingat Emas Acara Compound Individu Lelaki telah dimenangi oleh Muhammad Akmal Danial bin Baharuddin manakala Pingat Perak telah dimenangi oleh Muhammad Aiman Syafiq bin Mohd Tarki.

Kemenangan ini diraikan dengan Majlis Makan Malam Bersama Atlet Memanah Terengganu SUKMA XXII yang dihadiri oleh Pegawai Daerah Dungun selaku Ketua Jabatan Angkat bagi Sukan Memanah Terengganu di temasya ini.

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak atas ...
30/07/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak atas segala jasa, kepimpinan dan sumbangan sepanjang berkhidmat.

Ikhlas daripada Encik Fadli Yusof bin Zakaria, Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Dungun serta seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Dungun.

Semoga YB Dato' Tun Ahmad Faisal terus dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap amanah yang dipikul. Terima kasih atas segala bakti. 🌹

Address

Jalan Yahaya Ahmad
Dungun
23000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:15 - 16:30
Thursday 08:00 - 03:00
Sunday 08:00 - 16:30

Telephone

+6098481616

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Daerah Dan Tanah Dungun:

Shortcuts

Share