SK Durian Mas II

SK Durian Mas II Page ini di wujudkan adalah untuk berkongsi maklumat-maklumat mengenai perkembangan semasa di SK DURIAN MAS II.
(6)

SKDM ll dibuka pada 1 Januari 1984 dengan keluasan 4.627 hektar atau 11.4336 ekar. Bermula dengan 2 buah blok bangunan , kelas beserta pejabat dan sebuah kantin. Akibat pertambahan bilangan pelajar, sebuah projek kilat daripada pihak JPN Terengganu yang memuatkan 3 buah kelas telah didirikan pada 1 Februari 1988. Sebuah blok baru kemudiannya dibina pada 26 Februari 1994 yang memuatkan Bilik khas PSS, Bengkel Kemahiran Hidup dan beberapa buah kelas. Sejak itu SKDM ll telah berkembang sebagai pusat pendidikan sekolah rendah yang terulung di Wilayah KETENGAH khasnya dan di negeri Terengganu amnya. Kini SKDM ll mempunyai 3 blok bangunan, sebuah kantin dan sebuah surau yang dapat menampung 100 jemaah dalam sesuatu masa. Saban tahun sekolah ini menerima kemasukan murid yang semakin ramai seiring dengan arus kemajuan yang dikecapi di Bandar Pentadbiran KETENGAH iaitu Bandar Al Muktafi Billah Shah. Bermula dengan 85 orang murid pada awal pembukaannya kini, SKDM ll mengalami masalah kepadatan murid. Oleh itu pembelajaran dua sesi pagi dan petang terpaksa dilaksanakan pada tahun 2000. Selaras dengan pembangunan dan dasar pendidikan negara dua blok bangunan baru telah pun siap dibina. Sebuah bilik khas makmal komputer juga telah dibina selaras dengan pengenalan mata pelajaran Komputer Dalam Pendidikan di sekolah. SKDM ll terletak di bawah pusat pentadbiran Wilayah Ketengah ( Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ) iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah. Bandar ini dinamakan sempena ayahanda Sultan Mizan iaitu Armahum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah. Namun demikian nama Durian Mas masih dikekalkan sempena nama kampung tradisi di sini. SKDM ll terletak 100 km ke barat daya bandar Kuala Terengganu yang dihubungkan melalui Lebuhraya Persekutuan Jerangau-Jabor. SKDM ll dikelilingi dengan kehijuan tunbuh-tumbuhan dan ladang kelapa sawit serta bentuk muka buminya yang berbukit bukau telah menyebabkan SKDM ll mempunyai lanskap yang cantik dan menarik. Begitulah sedikit sebanyak tentang sekolah ini...,

SK Durian Mas II's cover photo
24/01/2019

SK Durian Mas II's cover photo

09/05/2016

--------------------------------------------------------------------
35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah
--------------------------------------------------------------------

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:-

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat
dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua
belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian
menunjukkan bahawa:-
- kita ingat 10% apa yang dibaca
- kita ingat 20% apa yang didengar
- kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
- kita ingat 70% apa yang dicakapkan
- kita ingat 90% setelah dipraktikkan
3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk
kerja rumah).

Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
- pastikan cahaya adalah terang
- kurangkan gangguan bunyi
- tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan
semangat belajar
- tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
- kerusi dan meja menghadap kiblat
- jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari
rakan.
7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu
belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang
terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota,
ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan
jawab soalan.
8. Tahu teknik merangsang memori:
- memasukkan maklumat dalam memori (registration)
- menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
- mengingat kembali (recall)
- menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau
kegunaan lain (application)
9. Sentiasa awal dan mendahului:
- persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik
dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
- pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat
mengekalkan kejayaannya.
- belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak
membosankan.
- untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali
atau 2 kali sebelum guru mengajar.
10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi
guru.
11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
- duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
- memberikan tumpuan sepanuhnya
- menggunakan jari telunjuk untuk membaca
- menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan
bacaan
12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu
angan-angan kosong, bertangguh & malas.
13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas
sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum
menghadapi peperiksaan.
14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study
according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu
tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum
tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas
berdoa.
17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas
belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting
sebelum peperiksaan.
20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
22. Tahu petua mengulang kaji:
- cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
- siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
- duduk tegak dikerusi yang selesa
- baca doa penerang hati
- baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
- fikir dan ingat kembali isi utama
catat/lakar
- semak semula ketepatan maklumat
- ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
- buat rumusan
- jawab soalan
- tampal maklumat yang rumit di dinding
- baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar
seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan
sebagainya.
24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
- jangan makan kepala ikan
- jangan makan organ dalaman
- jangan minum semasa makan
- jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh
semut
- jangan melihat kemaluan
- banyakkan makan makanan yang mengandungi soya
seperti tempe, tauhu dan lain-lain
- banyakkan makan kismis, kurma dan madu
- banyakkan makan kekacang
- pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi
peperiksaan
- jangan makan sehingga terlalu kenyang
- jangan kencing berdiri
25. Tahu kemahiran mengingat:
- tampal nota-nota penting di dinding
- tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar
atau rajah
- gunakan kaedah akronim
- reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
- pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
26. Cekap mengatur jadual belajar:
- mempunyai jadual belajar
- patuh kepada jadual
- buat jadual yang boleh diikuti
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak
menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui.
Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan
dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai
contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau
mencuri masa.
31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
32. Pelbagaikan tempat belajar.
33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya
guru apabila tidak faham
34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak,
menggariskan isi penting dan sebagainya.
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
- taat kepada Allah
- mendirikan sembahyang
- menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan
mereka
- hormati & sayangi guru
- bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk
mencapai kecemerlangan.
- suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
- membantu rakan yang memerlukan
- berdoa dan bersyukur kepada Allah
- sentiasa bertawakal
- mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

SK Durian Mas II's cover photo
09/09/2015

SK Durian Mas II's cover photo

SK Durian Mas II
09/09/2015

SK Durian Mas II

Address

SK Durian Mas II, Bandar Al Muktafi Billah Shah
Dungun
23400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Durian Mas II posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Nearby government services


Other Dungun government services

Show All

Comments

📢📢Khas untuk KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI dan PERSEKUTUAN/ PETRONAS serta BADAN BERKANUN( *Bertaraf TETAP Dan Kontrak* )!! 🎊🎊🎉🎊🎊🎊🎉🎊 Promosi Pembiayaan Peribadi-i 💸💸 BANK RAKYAT KADAR SERENDAH 3.19% KADAR DISKAUN 0.70%~1.55% Terbuka Untuk: 1)PERMOHONAN BARU 2)PEMBIAYAAN BERTINDIH(overlap) SEGALA URUSAN TIDAK PERLU KE BANK!!! Kami akan ke tempat anda! 🚗🚗🚗 👉🏻Kelulusan segera✔️✔️ 💸💸💸💸💸💸💸💸💸💸 SATUKAN HUTANG DAN SELESAIKAN MASALAH ANDA‼️‼️‼️‼️ 👉🏻Jelaskan AEON Kredit🤑 👉🏻Jelas Kad Kredit 💳 👉🏻Jelas PTPTN📚 keseluruhan /tunggakan 👉🏻Jelas keseluruhan kereta🚗 👉🏻Jelaskan Pinjaman Yayasan Ihsan dan koperasi atau di Bank yang lain Jika berminat, hantarkan sms/whatsapp slip gaji terkini bagi menyemak kelayakan anda! Hubungi Kami SEGERA‼️‼️ ⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️ EN ZUL 0199425588 CIK AZAH 0139092178 ASHYKIN 0145128758 FIKA 0199533914 ISMAIL 019 915 3297 BANK RAKYAT Bank Pilihan Anda ☺️ #personalloanbankrakyat #bankrakyatkemaman #loankakitangankerajaan #bankrakyatpersonalloan #kakitangankerajaan
SERI INDAH RESORT BATU BUROK, KUALA TERENGGANU.
Tidak perlu lagi terburu-buru ke bank! Penukaran Kad Mydebit Bank Rakyat lebih mudah dengan i-Rakyat! Ikuti langkah mudah ini dan kad anda akan dihantar melalui pos. Maklumat lanjut bit.ly/MyDebitBR. T&S