26/08/2026
PULAPOL Dungun | 26 Ogos 2026 (Rabu)
KULIAH MAGHRIB: MENGHIDUPKAN CINTA NABI MELALUI SUNNAH SEHARIAN
Program Kuliah Maghrib bertajuk “Menghidupkan Cinta Nabi Melalui Sunnah Seharian” telah diadakan bertempat di Surau As Salam PULAPOL Dungun.
Kuliah telah disampaikan oleh penceramah jemputan Ustaz Ahmad Zakwan bin Mohd. Turut hadir menyempurnakan program ialah YDH Supt. Nor Mohd Azahar bin Mat Zin, Komandan PULAPOL Dungun, Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis serta para pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) Bil. 85 Siri 6/2026.
Semoga perkongsian ilmu dan penghayatan terhadap sunnah yang disampaikan dapat menjadi panduan dalam membentuk peribadi yang lebih baik, di samping menyemarakkan rasa cinta dan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Hidupkan Sunnah, Semarakkan Cinta kepada Rasulullah SAW.” ❤️