Polis Balai Paka

Polis Balai Paka Balai Polis Paka. Saluran rasmi menyampaikan maklumat mengenai isu semasa dan maklumat mengenai jenayah di Balai Paka.

01/09/2026
30/08/2026
27/08/2026
🕌✨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H✨🕌Salam Maulidur Rasul daripada Warga Kerja Balai Polis Paka.Semoga sambutan Ma...
25/08/2026

🕌✨ SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1448H✨🕌

Salam Maulidur Rasul daripada Warga Kerja Balai Polis Paka.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi ruang untuk kita menghayati sirah, mencontohi akhlak mulia serta menjadikan sunnah Rasulullah SAW sebagai panduan dalam kehidupan.

🌙 “Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.”

Semoga kita semua dikurniakan kehidupan yang penuh keberkatan, keharmonian dan kesejahteraan. 🤲🏻

Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada 💙💛

22/08/2026

BALAI POLIS PAKA SERTAI PROGRAM SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG 2026 DI KG GONG BENTING

PAKA, 22 Ogos 2026 – Balai Polis Paka telah menyertai Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 serta Perasmian Papan Tanda Pesanan Anti Dadah anjuran Komuniti MADANI Kampung Nyior yang berlangsung di Balai Raya Kampung Gong Benting, Paka.

Program tersebut turut dihadiri oleh YB Senator Mohd Hasbie bin Muda, Ahli Dewan Negara, YBhg. En. Arzmi bin Abdullah, Pengarah AADK Negeri Terengganu, YBhg. En. Wan Nazarnoor bin Wan Ramli, Ketua Pegawai AADK Dungun, YBhg. En. Mohd Fadli bin Mohd Yusof, Pegawai Penerangan Daerah Dungun, Insp. Mohammad Hafiy bin Hamzah, Ketua Polis Balai Paka, serta YBhg. Mejar (B) Mustaffa bin Salleh, Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Nyior.

Program yang menghimpunkan kira-kira 100 orang komuniti dari Kampung Nyior, Kampung Gong Benting, Kampung Tebing Tembah dan Kampung Pinang Merah turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Penganjuran program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara, di samping memperkukuh perpaduan serta hubungan silaturahim antara komuniti, PDRM dan agensi kerajaan.

Dalam masa yang sama, Perasmian Papan Tanda Pesanan Anti Dadah menjadi salah satu usaha meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan muda, mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan menjauhi gejala yang boleh menjejaskan kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat.

Penglibatan Balai Polis Paka dalam program sebegini mencerminkan komitmen PDRM untuk terus memperkukuh hubungan polis dan masyarakat serta bersama-sama mewujudkan komuniti yang selamat, harmoni dan sejahtera.

“Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada.”

Address

Balai Polis Paka
Dungun
23100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Balai Paka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share