Call Directions Website Contact the organization

FRIM Founded in 1926, FRIM is a global leader in tropical forestry research. Official Forest Research Institute Malaysia (FRIM) Facebook.

FRIM Forest Park Selangor, once a devastated ex-tin mining site and now a world-renowned manmade tropical forest, was inscribed as a UNESCO World Heritage Site in 2025.

๐ŸŒฟ๐…๐‘๐ˆ๐Œ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‹๐”๐Œ๐”๐“, ๐๐€๐Š๐” ๐๐€๐Š๐ˆ๐’, ๐ˆ๐‹๐”๐’๐“๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐Ž๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€๐‹๐ŸŒฟ22 September 2026 โ€“ FRIM telah melanjutkan tarik...
22/09/2026

๐ŸŒฟ๐…๐‘๐ˆ๐Œ ๐‹๐€๐๐‰๐”๐“ ๐๐„๐๐ƒ๐€๐…๐“๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐‹๐”๐Œ๐”๐“, ๐๐€๐Š๐” ๐๐€๐Š๐ˆ๐’, ๐ˆ๐‹๐”๐’๐“๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐Ž๐“๐€๐๐ˆ๐Š๐€๐‹๐ŸŒฟ

22 September 2026 โ€“ FRIM telah melanjutkan tarikh penutupan Bengkel Pengenalan Lumut & Paku Pakis serta Bengkel Ilustrasi Botanikal sehingga ๐Ÿฎ ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Bengkel anjuran Herbarium FRIM (KEP) ini menyasarkan penyertaan terhad kepada 15 peserta merangkumi pelajar, penyelidik, pendidik serta pencinta alam semula jadi.

๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—Ÿ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐˜ & ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐˜€
๐Ÿ“…Tarikh: 26โ€“27 Oktober 2026
๐Ÿ’ฐYuran: RM500 setiap peserta (makanan, minuman & sijil penyertaan)
๐Ÿ”ทTenaga pengajar:
๐Ÿ”นLumut: Dr Yong Kien Thai & Cheah Yih Horng
๐Ÿ”นPaku pakis: Nor Ezzawanis Abdullah Thani

๐—•๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฒ๐—น ๐—œ๐—น๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—•๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น
๐Ÿ“…Tarikh: 28โ€“29 Oktober 2026
๐Ÿ’ฐYuran: RM 600 setiap peserta (makanan, minuman & sijil penyertaan)
๐Ÿ”ทTenaga pengajar: Mohamad Aidil Noordin

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—บ๐—ผ๐˜€๐—ถ ๐—œ๐˜€๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐—บ๐—ฏ๐—ผ ๐Ÿญ+๐Ÿญ:
๐ŸŽHarga RM 1,000 setiap peserta bagi pendaftaran kedua-dua kursus

Pendaftaran dan pembayaran boleh dibuat menerusi pautan https://forms.gle/cL3smNZUHC9Nh8sp6.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi urusetia melalui [email protected], [email protected] atau [email protected].

๐ŸŒฟโœจ ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐†๐„๐Ž๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„-๐‰๐€๐“๐ˆ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ! โœจ๐ŸŒฟIntegrasi Geopark Jaringan Utara (Perlis-Jerai-Langkawi-Lenggong-Satun)21 Sep...
21/09/2026

๐ŸŒฟโœจ ๐๐€๐’๐€๐‘ ๐†๐„๐Ž๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐’๐„-๐‰๐€๐“๐ˆ ๐Ÿ.๐ŸŽ ๐Š๐„๐Œ๐๐€๐‹๐ˆ! โœจ๐ŸŒฟ
Integrasi Geopark Jaringan Utara (Perlis-Jerai-Langkawi-Lenggong-Satun)

21 September 2026 - Jom kita raikan kekayaan geowarisan, alam semula jadi, budaya dan komuniti dalam satu pengalaman yang penuh warna di bawah teduhan pokok jati di PASAR GEOWARISAN SE-JATI 2.0! ๐ŸŒณ๐Ÿ’š

Butiran adalah seperti berikut:
๐Ÿ“… 16 โ€“ 18 Oktober 2026 (Jumaat-Ahad)
โฐ 8.00 pagi โ€“ 10.00 malam
๐Ÿ“ Teak Eco Park, Stesen Penyelidikan FRIM, Padang Besar (U), Perlis

Apa yang menarik? ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡
๐ŸŒ Pameran Geopark Jaringan Utara (Perlis-Jerai-Langkawi-Lenggong-Satun)
๐Ÿ› 100 Vendor Jualan Makanan Tradisional
๐ŸŒณ Jualan Produk Perlis & Jati Craft
๐Ÿ›๏ธ Produk Komuniti & Usahawan Tempatan
๐ŸŽญ Persembahan Seni & Budaya
๐ŸŽจ Pertandingan Mewarna
๐Ÿ‘˜ Pertandingan Busana Tradisional
๐Ÿšถโ€โ™€๏ธ Jati Fun Walk
๐Ÿน Sukan & Permainan Tradisional
๐ŸŽฃ Pertandingan Raja Joran Darat
๐Ÿ’Ž Pasar Karat

โœจ Bukan sekadar pasarโ€ฆ
Program ini membukan adalah ruang untuk kita mengenali warisan, menikmati budaya, menyokong komuniti dan mencipta pengalaman bersama alam.

๐ŸŒฟ Datang sebagai pengunjung, pulang membawa cerita.

Jangan lupa ajak keluarga dan kawan-kawan! ๐ŸคŽ๐ŸŒฟ Jumpa anda di Pasar Geowarisan Se-Jati 2.0!

Peluang perniagaan sempena Pasar GeoWarisan Se-Jati 2.0. Sila hubungi Mya Zana (+6018 785 6009) atau Nurul Eliza (+6019 404 9473) untuk tempahan.

๐ŸŽ‹๐…๐‘๐ˆ๐Œ ๐€๐๐‰๐”๐‘ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐๐”๐‹๐”๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐“๐š๐Œ๐ž๐๐ŸŽ‹21 September 2026 โ€“ FRIM telah menganjurkan Program Keseda...
21/09/2026

๐ŸŽ‹๐…๐‘๐ˆ๐Œ ๐€๐๐‰๐”๐‘ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐€๐‹๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐๐”๐‹๐”๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐“๐š๐Œ๐ž๐๐ŸŽ‹

21 September 2026 โ€“ FRIM telah menganjurkan Program Kesedaran Alam: Penggunaan Buluh sebagai Sumber Lestari pada 17 September lalu di Sekolah Kebangsaan Taman Medan (STaMed), Petaling Jaya.

Program ini merupakan aktiviti bawah projek 'Inisiatif Gazebo Buluh: Memacu Kesedaran Lestari Komuniti Sekolah' yang dibiayai menerusi Geran Komuniti Petaling Jaya Mampan @ PJ Seed 7.0 oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan STaMed dipilih sebagai lokasi pelaksanaan projek.

Program yang dihadiri 70 murid dan 10 guru ini dirasmikan oleh Guru Besar STaMed, Khairul Nizal Abu Bakar. Turut hadir, Penolong Arkitek Landskap Jabatan Landskap MBPJ, Mohd Fathli Jamain; serta Mantan Pengarah Bahagian Keluaran Hutan FRIM, Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin.

Aktiviti yang dijalankan termasuk:
โœ…Taklimat pengenalan projek oleh Pegawai Penyelidik Cawangan Perhutanan Bandar FRIM merangkap Ketua Projek, LAr. Dr Nik Adlin Nik Mohamed Sukri;
โœ…Aktiviti penyediaan buku skrap info buluh - Ketua Cawangan Ekopelancongan dan Pendidikan Alam Sekitar FRIM (ECO), Nik Azyyati Abdul Kadir; serta
โœ…Perkongsian mengenai buluh sebagai bahan lestari - Penolong Pegawai Penyelidik ECO, Azahari Mohd Yusoff.

Pengendalian aktiviti tersebut dibantu oleh Ainnur Amira Anuar Musadad, Fakhrul Effendi Othman, Muhammad Syamim Ismail, Nur Ain Jaafar, Ain Nurnadiah Athirah Azahar dan Siti Noor Hidayah Abdullah dari FRIM.

Menerusi program ini, murid-murid didedahkan kepada potensi buluh sebagai sumber lestari yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan dan persekitaran binaan. Projek wakaf buluh di STaMed juga mengetengahkan penggunaan teknologi BambooNxtor, inovasi FRIM yang dibangunkan bagi memudahkan proses penyambungan buluh dalam pembinaan struktur.

Info & gambar: Dr Nik Adlin Nik Mohamed Sukri

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ & ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”19 September 2026 โ€“ FRIM dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan semu...
19/09/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐๐’๐“๐ˆ๐“๐”๐“ ๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐„๐Œ๐”๐‹๐€ & ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

19 September 2026 โ€“ FRIM dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan semula Ahli Anggota Institut (AI) serta yang baharu bagi penggal 2026โ€“2028:

Pelantikan semula:
โœ…Dr Noranida Zainal (Kementerian Ekonomi)
โœ…Dr Arthur Chung Yaw Chyang (Jabatan Perhutanan Sabah Sabah Forestry Department)

Pelantikan baharu:
โœ…Dato' Khalid Mohamed Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)
โœ…Sakim Brahim
โœ…Motusin Bowie @ Matius

Tahniah dan selamat datang ke FRIM!

๐ŸŒฟ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐…๐‘๐ˆ๐Œ ๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐† ๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐‚๐“๐‘๐ž๐’๐’ ๐Ÿ–.๐ŸŽ ๐ŸŒฟ18 September 2026 โ€“ Penyelidik FRIM, Dr Huda Far...
18/09/2026

๐ŸŒฟ ๐๐„๐๐˜๐„๐‹๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐Š ๐…๐‘๐ˆ๐Œ ๐‘๐€๐ˆ๐‡ ๐€๐๐”๐†๐„๐‘๐€๐‡ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐† ๐‹๐ˆ๐’๐€๐ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐ƒ๐ˆ ๐‚๐“๐‘๐ž๐’๐’ ๐Ÿ–.๐ŸŽ ๐ŸŒฟ

18 September 2026 โ€“ Penyelidik FRIM, Dr Huda Farhana Mohamad Muslim telah meraih Anugerah 'Best E-Oral Presenter' bagi kategori 'Environmental Governance and Society' pada 8th International Conference on Tropical Resources and Sustainable Science (CTReSS 8.0) pada 7-8 September lalu yang diadakan secara hibrid.

Pembentangan beliau bertajuk, 'The Perceptual Paradox of Protected Area Conservation: Livelihood Vulnerability and Ecotourism Participation in Jeli, Kelantan' mengetengahkan hasil kajian berkaitan hubungan antara kerentanan mata pencarian, pemuliharaan kawasan perlindungan dan penyertaan masyarakat dalam aktiviti ekopelancongan di Jeli, Kelantan.

CTReSS 8.0 yang bertemakan, 'From Climate Risk to Urban Resilience: Building Sustainable Cities for the Future' anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menghimpunkan lebih 200 penyelidik, pakar akademik dan pihak berkepentingan dari dalam dan luar negara bagi berkongsi penemuan penyelidikan serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam bidang perhutanan tropika dan sains kelestarian.

Sebanyak 95 kertas kerja dibentangkan menerusi sesi pembentangan lisan dan poster, merangkumi 39 kertas kerja daripada peserta antarabangsa manakala 56 lagi daripada penyelidik dan akademik tempatan.

Pembentangan lain yang disampaikan oleh para pegawai FRIM termasuk:
* 'Camera Trapping Vertebrates at Padang Chong Forest Reserve, Perak' - Mohammad Shahfiz Azman
* 'Assessing Avifauna Diversity in Forest Habitat Adjacent to the Proposed J-PL1 Wildlife Viaduct in Johor' - Noor Faradiana Mad Fauzi
* 'Preliminary Assessment of Terrestrial Vertebrate Species Richness in Sungai Limau Forest Reserve, Perak' - Nor Hazwani Ahmad Ruzman
* 'Insect Prey Preferences of ๐˜˜๐˜ถ๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜š๐˜ค๐˜ฐ๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ญ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ญ๐˜ช๐˜ช in Suburban Landscape and Agricultural Landscape' - Dr Nur Atiqah Abd Rahman

Gambar: UMK / FRIM

17/09/2026

๐ŸŒฟ๐’๐€๐Š๐’๐ˆ๐Š๐€๐ ๐’๐ˆ๐Œ๐…๐Ž๐๐ˆ ๐€๐‹๐€๐Œ, ๐‘๐“๐Œ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐ˆ๐๐ˆ๐ŸŒฟ

17 September 2026 - Tahukah anda bahawa Pulau Tioman menyimpan khazanah botani yang amat unik? Ia merupakan satu-satunya pulau di Semenanjung Malaysia yang direkodkan mempunyai habitat semula jadi bunga pakma (๐˜™๐˜ข๐˜ง๐˜ง๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข).

Dua spesies telah direkodkan di pulau ini, iaitu ๐˜™๐˜ข๐˜ง๐˜ง๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜ค๐˜ข๐˜ฏ๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ๐˜บ๐˜ช dan ๐˜™. ๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ด dengan ๐˜™. ๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ด yang endemik dan hanya dijumpai di pulau tersebut.

Saksikan dokumentari Simfoni Alam bersama pakar botani FRIM, Siti Munirah Mat Yunoh, yang berkongsi tentang keunikan bunga pakma di Pulau Tioman serta kepentingan penyelidikan dan pemuliharaannya.

Dokumentari ini turut mengetengahkan peranan penting komuniti setempat dalam menyokong penyelidikan, pemantauan populasi, perlindungan habitat serta pembangunan ekopelancongan yang bertanggungjawab dan lestari.

Kerjasama antara penyelidik, komuniti setempat, pengusaha ekopelancongan dan pihak berkepentingan amat penting bagi memastikan khazanah endemik Pulau Tioman ini terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Butiran rancangan Variasi, Simfoni Alam bertajuk, 'Rafflesia Tioman':
๐Ÿ“… 18 September 2026 (Jumaat)
โฐ 9:00 malam
๐Ÿ“บ Saluran: TV1
๐Ÿ”— https://rtmklik.rtm.gov.my

๐ŸŒด๐‚๐‡๐€๐๐†-๐‡๐€๐ˆ ๐๐€๐‹๐Œ ๐๐„๐‘๐๐”๐๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐”๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐๐† ๐…๐‘๐ˆ๐Œ๐ŸŒด15 September 2026 โ€“ Chang-hai Palm (๐˜‰๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ด) sedang b...
15/09/2026

๐ŸŒด๐‚๐‡๐€๐๐†-๐‡๐€๐ˆ ๐๐€๐‹๐Œ ๐๐„๐‘๐๐”๐๐†๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐”๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐๐† ๐…๐‘๐ˆ๐Œ๐ŸŒด

15 September 2026 โ€“ Chang-hai Palm (๐˜‰๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ด) sedang berbunga dan berbuah di Taman Botani Kepong (KBG), FRIM. Orang ramai dijemput melawat KBG untuk melihat tumbuhan ini di depan pintu masuk dan di Lurah Palma (Palm Valley).

๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—น๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ถ ๐˜€๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ถ๐—ฒ๐˜€:
โœ…Nama saintifik: ๐˜‰๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ค๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ด (Ridl.) Becc. (Arecaceae)
โœ…Nama tempatan: Chang-hai palm, pokok cangkai
โœ…Taburan: Myanmar, Thailand dan Semenanjung Malaysia
โœ…Taburan di Malaysia: Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perak.
โœ…Habitat: Hutan tanah pamah dan bukit batu kapur terutamanya di kawasan lereng bukit.
โœ…Ciri-ciri: Palma ini berbatang tunggal dan boleh mencecah ketinggian 15-20 m dan berdiameter sehingga 30 cm. Daunnya besar, berbentuk kipas, berwarna hijau gelap dan terbelah menjadi segmen-segmen yang menjuntai. Sisi tangkai daunnya sangat tajam seperti pisau dan boleh mencederakan sekiranya tidak dikendalikan dengan berhati-hati.

๐—™๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ:
โœ…Palma ini adalah jenis โ€˜dioecious': ia mempunyai pokok jantan dan pokok betina. Pokok jantan menghasilkan bunga yang mempunyai berbau sangat kuat untuk menarik serangga pendebunga manakala pokok betina menghasilkan tandan buah. Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau keunguan apabila matang.
โœ…Palma ini juga ditanam sebagai pokok hiasan.
โœ…Spesies palma ini dikategorikan sebagai Mudah Terancam (Vulnerable, VU) mengikut kategori IUCN antarabangsa.

Info & gambar: Taman Botani Kepong (KBG)

๐ŸŒฟ ๐…๐‘๐ˆ๐Œ ๐€๐๐‰๐”๐‘ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐€๐ ๐๐ˆ๐Ž๐ƒ๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐ŸŒฟ15 September 2026 โ€“ FRIM dengan sokongan Kementerian Su...
15/09/2026

๐ŸŒฟ ๐…๐‘๐ˆ๐Œ ๐€๐๐‰๐”๐‘ ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐€๐ ๐๐„๐Œ๐”๐‹๐ˆ๐‡๐€๐‘๐€๐€๐ ๐๐ˆ๐Ž๐ƒ๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐ŸŒฟ

15 September 2026 โ€“ FRIM dengan sokongan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) telah menganjurkan sesi perbincangan kumpulan berfokus (FGD) mengenai amalan pemuliharaan biodiversiti dalam sektor korporat pada 9 September lalu di Putrajaya.

Sesi perbincangan ini disertai oleh sektor korporat serta pihak Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam yang berperanan sebagai moderator jemputan seiring dengan pelantikan pihak UiTM sebagai pelaksana komponen ke-tiga bagi Kajian Garis Dasar bagi Dasar Kepelbagaian Biologi Kebangsaan 2022-2030.

Barisan moderator diketuai oleh Prof. Madya Dr Norliza Che Yahya. Turut hadir, Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Pengurusan Biodiversiti NRES, Siti Zulaikha Abdul Wahab; Ketua Program Ekopelancongan dan Hutan Bandar FRIM, Ahmad Azaruddin Mohd Noor; dan Ketua Program Biodiversiti Flora FRIM, Dr Sam Yen Yen.

Amalan pemuliharaan biodiversiti dalam sektor korporat diberi tumpuan menerusi FGD. Sepanjang sesi, perbincangan utama diberikan untuk menilai sejauh mana syarikat tersenarai awam (PLC) di Malaysia melaksanakan pelaporan berkaitan biodiversiti.

Perbincangan ini turut mengenal pasti jurang antara keperluan dasar kepelbagaian biologi negara dengan amalan pelaporan semasa yang diguna pakai oleh pihak industri.

Kepentingan perkongsian kepada pelaksanaan projek ini amat penting bagi memperkukuh keupayaan tindak balas negara terhadap isu biodiversiti, sekali gus menjadikan kerjasama rapat bersama sektor korporat sebagai teras utama pemuliharaan alam sekitar pada masa hadapan.

๐ŸŒฟ๐’๐Š ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐”๐‹๐”๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐‘๐ˆ๐Œ๐ŸŒฟ14 September 2026 โ€“ Sekolah Kebangsaan Taman Medan (SKTM) telah mengada...
14/09/2026

๐ŸŒฟ๐’๐Š ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐“๐„๐‘๐Ž๐Š๐€ ๐Š๐„๐‹๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐”๐‹๐”๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐…๐‘๐ˆ๐Œ๐ŸŒฟ

14 September 2026 โ€“ Sekolah Kebangsaan Taman Medan (SKTM) telah mengadakan Program Lawatan Sambil Belajar Generasi Lestari ke Taman Botani Kepong (KBG), FRIM pada 9 September lalu menerusi kerjasama dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Program ini merupakan salah satu aktiviti bawah projek โ€˜Inisiatif Gazebo Buluh: Memacu Kesedaran Lestari Komuniti Sekolahโ€™ yang dibiayai melalui Geran Komuniti Petaling Jaya Mampan @ PJ Seed 7.0 oleh MBPJ.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Mahmuddin Salleh. Turut hadir, Guru Besar SKTM, Khairul Nizal Abu Bakar; Penolong Pengarah (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ, Nazatul Aini Hairoman; dan Penolong Arkitek Landskap Jabatan Landskap MBPJ, Mohd Fathli Jamain.

Turut hadir, Ketua Projek juga wakil Cawangan Perhutanan Bandar FRIM, LAr Dr Nik Adlin Nik Mohamed Sukri; Ketua Bengkel Memesin dan Prototaip (MMP), Dr Khairul Awang; Ketua Cawangan Ekopelancongan dan Pendidikan Alam Sekitar, Nik Azyyati Abdul Kadir; serta Mantan Pengarah Keluaran Hutan, Dr Wan Tarmeze Wan Ariffin.

Program ini disertai 23 staf MBPJ serta 30 murid Tahun 6 dan lima guru pengiring SKTM. Mereka dibawa melawat Jejantas Rimba (Forest Skywalk), aplikasi perabot landskap berasaskan buluh di kampus utama FRIM, Galeri Buluh dan Palma serta menikmati kudapan di Cafรฉ Mimpi Hutan.

Lawatan ini memberi peluang kepada murid-murid untuk mengenali alam sekitar dan biodiversiti dengan lebih dekat serta membuka pendedahan tentang potensi buluh sebagai bahan lestari yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Address

FOREST RESEARCH INSTITUTE
Dusun Chinchin
52109

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FRIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to FRIM:

Shortcuts

Share