Halaman Pd Kg Bkt Nangka, Alor Gajah, Melaka

Halaman Pd Kg Bkt Nangka, Alor Gajah, Melaka Pinjaman, Pemulangan buku, Aktiviti, Study Group

 Aktiviti Hari IniKuiz Kenegaraan
17/08/2026


Aktiviti Hari Ini
Kuiz Kenegaraan




15/08/2026



Semoga semangat patriotisme terus menyala dalam diri kita. Bersama kita menjaga keharmonian, perpaduan dan kedaulatan negara tercinta.

Malaysia MADANI: jiwa merdeka! 🇲🇾
Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026

14/08/2026

Tahukah anda? 🇲🇾

Lagu Negaraku telah diperdengarkan buat julung kalinya di padang Kelab Selangor selepas detik 12 tengah malam pada 31 Ogos 1957.

Sebagai simbol kedaulatan dan lambang kemegahan rakyat Malaysia, irama patriotik ini menjadi pegangan berterusan akan identiti dan perjuangan tanah air kita.

Marilah kita terus menghayati setiap bait liriknya dan bersatu hati memajukan diri demi kemakmuran Malaysia!



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











 Uji minda Maulidul RasulKongsikan jawapan anda diruangan komenTerima kasih
14/08/2026



Uji minda Maulidul Rasul
Kongsikan jawapan anda diruangan komen
Terima kasih

14/08/2026

AI TAHU SEMUA RAHSIA KITA

Jam 2.17 pagi.

Kita tak mahu mengganggu kawan. Tak sanggup bercerita kepada keluarga. Takut dinilai jika berjumpa seseorang.

Jadi kita membuka AI.

“Saya tak pernah beritahu sesiapa perkara ini…”

Kemudian semuanya keluar.

Masalah hubungan. Trauma keluarga. Penyakit yang dirahsiakan. Konflik di tempat kerja. Ketakutan paling dalam. Kadang-kadang siap dengan nama, lokasi, gambar, keputusan darah dan tangkap layar perbualan orang lain.

AI mendengar tanpa menyampuk.

Tidak menghakimi. Tidak penat. Tidak pernah berkata, “Aku sibuklah, nanti kita sembang.”

Sebab itu kita cepat berasa selamat.

Tetapi ada satu perkara yang mudah kita terlupa:

Kita bukan sedang menulis di dalam diari berkunci.

Kita sedang menghantar maklumat kepada sebuah sistem digital.

Bergantung pada platform dan tetapan akaun, perbualan mungkin disimpan dalam sejarah, digunakan untuk menambah baik sistem atau diproses bagi tujuan keselamatan. Sesetengah penyedia turut memaklumkan bahawa sebahagian interaksi mungkin disemak oleh manusia.

Polisi setiap aplikasi tidak sama.

Dan ruang sembang AI tidak semestinya mempunyai kerahsiaan profesional seperti bilik konsultasi doktor, kaunselor atau peguam.

AI bukan musuh.

Ia boleh membantu kita menyusun fikiran, memahami sesuatu perkara dan menyediakan soalan sebelum mendapatkan bantuan sebenar.

Tetapi alat yang pintar tetap memerlukan pengguna yang berhati-hati.

Sebelum menekan “hantar”:

1. Tukar nama sebenar kepada nama samaran.

2. Padam nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan lokasi tempat kerja.

3. Tutup identiti pada laporan perubatan sebelum memuat naiknya.

4. Jangan sesekali berkongsi kata laluan, nombor PIN atau maklumat perbankan.

5. Jangan muat naik gambar intim atau gambar kanak-kanak yang sensitif.

6. Semak tetapan privasi, sejarah perbualan, memori dan penggunaan data pada aplikasi tersebut.

7. Gunakan mod sementara atau incognito jika disediakan, tetapi fahami bahawa “sementara” tidak semestinya bermaksud data hilang serta-merta daripada semua sistem.

Gunakan satu soalan mudah:

“Jika perbualan ini dilihat oleh orang lain, adakah seseorang boleh mengenal pasti atau mencederakan saya?”

Jika jawapannya ya, jangan masukkan maklumat itu.

Kita selalu takut kawan mengambil tangkap layar dan membocorkan rahsia.

Tetapi apabila terlalu selesa dengan AI, kadang-kadang kita sendiri menyerahkan seluruh diari hidup kita bersama nama, wajah dan alamat.

Gunakan AI.

Cuma jangan serahkan identiti bersama rahsia.

14/08/2026

Di Sarawak, langit bertukar kelabu.

Anak-anak terpaksa belajar dari rumah. Ibu bapa menutup tingkap. Pesakit asma mula mencari alat sedut mereka.

Api mungkin bermula di negara lain, tetapi asapnya tidak mengenal sempadan.

Beginilah jerebu terjadi.

Apabila hutan atau tanah dibakar untuk membersihkan kawasan, api boleh merebak tanpa kawalan. Musim kemarau yang panjang, cuaca panas dan kesan El Niño menjadikan tumbuhan serta tanah semakin kering.

Lebih berbahaya apabila api membakar tanah gambut. Api boleh membara jauh di bawah permukaan selama berhari-hari, sukar dipadamkan dan menghasilkan asap yang sangat tebal.

Asap ini mengandungi zarah halus PM2.5. Ia terlalu kecil untuk dilihat, tetapi cukup halus untuk masuk jauh ke dalam paru-paru dan menembusi aliran darah.

Setakat 3.30 petang, 13 Ogos 2026, Serian mencatatkan IPU 204, iaitu pada tahap sangat tidak sihat. Beberapa kawasan lain di Sarawak turut merekodkan udara tidak sihat, manakala enam buah sekolah di Tebedu terpaksa ditutup selepas IPU melebihi 200.

Di Indonesia, lebih 107,000 hektar hutan dan tanah dilaporkan terbakar antara Januari hingga Jun 2026. Pemantauan satelit turut mengesan sebaran asap di Sumatera Selatan serta Kalimantan Barat, Tengah dan Selatan.

Kami tahu rakyat Indonesia juga menjadi mangsa. Mereka turut menghidu asap yang sama. Anak-anak mereka juga terpaksa berkurung dan belajar dari rumah.

Ini bukan kemarahan terhadap rakyat Indonesia.

Ini desakan supaya pembakaran dihentikan, pelaku dikenakan tindakan dan syarikat yang membuka tanah menggunakan api tidak terus dibiarkan.

Jangan tunggu api membesar sebelum helikopter diterbangkan.

Jangan tunggu asap menyeberangi sempadan sebelum tindakan diambil.

Pesanan buat negara jiran:

Stop pembakaran hutan.

Paru-paru rakyat Malaysia bukan penapis udara percuma.

Kami tak perlukan “hadiah” jerebu setiap tahun.

 Nadi Jawi
14/08/2026



Nadi Jawi

 Salam Jumaat🌸
14/08/2026



Salam Jumaat🌸

 𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢Kuiz Tokoh Kemerdekaan
13/08/2026


𝐀𝐤𝐭𝐢𝐯𝐢𝐭𝐢 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐧𝐢
Kuiz Tokoh Kemerdekaan




13/08/2026

🇲🇾Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka bakal menghimpunkan 12,000 peserta persembahan dan perbarisan dari pelbagai jabatan/ agensi Negeri Melaka yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

🗓️Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
⏰ Masa: 7.00 pagi
📍 Lokasi: Persiaran Jalan Pantai, Klebang, Melaka.

🇲🇾Ayuh warga Melaka bersama keluarga, kita raikan detik penuh bermakna ini dengan menzahirkan semangat patriotisme demi negara kita. Jumpa anda di sana!

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Mana Lagi? Melaka Ler..





Address

Kampung Bukit Nangka
Gadek
78000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 14:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halaman Pd Kg Bkt Nangka, Alor Gajah, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category