Mohd Khuzaire Mohd Kamal

Mohd Khuzaire Mohd Kamal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mohd Khuzaire Mohd Kamal, Political Party, Gadek.

๐˜“๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ช ๐—›๐—”๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—˜
โ€ข Pengarah Komunikasi PH Melaka
โ€ข Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Melaka
โ€ข Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah
โ€ข Ketua Belia Yayasan Madani

31/08/2026

*MAJLIS PELANCARAN JENTERA KEADILAN CABANG ALOR GAJAH*

Dengan segala hormatnya, semua jentera Keadilan Cabang Alor Gajah dijemput hadir ke Majlis Pelancaran Jentera Keadilan Cabang Alor Gajah.

๐Ÿ“… *Tarikh: 4 September 2026 (Jumaat)*
โฐ *Masa: 8.00 malam*
๐Ÿ“ *Tempat: Pejabat Urusan Keadilan Cabang Alor Gajah*

Program ini dianjurkan oleh Keadilan Cabang Alor Gajah dengan kerjasama JPRN Melaka.

Kehadiran dan komitmen seluruh jentera amat dihargai bagi memastikan gerak kerja cabang dapat diperkasakan secara tersusun, bersepadu dan berkesan.

Jom kita gerakkan jentera. Bersama memperkukuh perjuangan Keadilan.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN*ISNIN | 31 OGOS 2026 Tanggal 31 Ogos 1957, laungan kerama...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN*

ISNIN | 31 OGOS 2026

Tanggal 31 Ogos 1957, laungan keramat โ€œMerdeka!โ€ bergema di Stadium Merdeka, menandakan lahirnya sebuah negara yang bebas dan berdaulat.

Enam dekad lebih kita melangkah, melalui pelbagai cabaran, pembangunan dan perubahan, namun semangat perpaduan serta kecintaan kepada tanah air terus menjadi kekuatan kita.

Pada saya, Kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, tetapi tanggungjawab untuk kita bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih adil, inklusif dan sejahtera untuk generasi akan datang.

Untuk itu, Marilah kita terus menghargai pengorbanan pejuang terdahulu dan mengisi kemerdekaan dengan usaha, perpaduan serta semangat membina negara.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati.*

Selamat Hari Merdeka ke-69 Tahun!

*MOHD KHUZAIRE MOHD KAMAL*
Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Negeri Melaka
Ketua Cabang KEADILAN
Cabang Alor Gajah






30/08/2026
30/08/2026
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *EDARAN BENDERA JALUR GEMILANG SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEMEDEKAAN KE-69 TAHUN* ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ30 Ogos 2026 | DUN RembiaAlhamdulill...
30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *EDARAN BENDERA JALUR GEMILANG SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEMEDEKAAN KE-69 TAHUN* ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

30 Ogos 2026 | DUN Rembia

Alhamdulillah, hari ini Saya dan Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Alor Gajah berkesempatan menyambut ketibaan konvoi Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Negeri Melaka, YB Adam Adli, dalam siri kunjungan ke setiap Cabang KEADILAN di Negeri Melaka.

Usai Tournament Futsal Piala Ketua Cabang Alor Gajah yang berlangsung di sekitar Padang Futsal JAPERUN Rembia, kami bersama-sama turun menyambut konvoi dan meneruskan edaran bendera Jalur Gemilang kepada masyarakat sekitar.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan suasana Bulan Kebangsaan, malah menjadi simbol semangat patriotisme serta kecintaan kita kepada tanah air.

Terima kasih YB Adam Adli atas kunjungan dan semangat yang dibawa melalui konvoi ini.

Semoga gerak kerja sebegini terus mengeratkan hubungan antara pimpinan, anggota KEADILAN dan masyarakat di setiap cabang.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKibarkan Jalur Gemilang.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พSemarakkan semangat Merdeka.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พKita terus bergerak bersama rakyat.

*MOHD KHUZAIRE MOHD KAMAL*
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka
Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah








โšฝ๏ธ *TOURNAMENT FUTSAL PIALA KETUA CABANG ALOR GAJAH* โšฝ๏ธ๐Ÿ“30 Ogos 2026 | Padang Futsal Japerun RembiaAlhamdulillah, selesa...
30/08/2026

โšฝ๏ธ *TOURNAMENT FUTSAL PIALA KETUA CABANG ALOR GAJAH* โšฝ๏ธ

๐Ÿ“30 Ogos 2026 | Padang Futsal Japerun Rembia

Alhamdulillah, selesai sudah *Tournament Futsal Piala Ketua CabangAlor Gajah Tuan Khuzaire* yang berlangsung pagi tadi.

Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Penganjuran program sebegini bukan sekadar medan untuk beriadah dan berkompetisi, tetapi turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh hubungan sesama komuniti serta mendekati golongan anak muda di Alor Gajah.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua urus setia, petugas, peserta, penyokong dan semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan ini.

Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Yang lebih penting ialah semangat setiakawan, disiplin dan ukhuwah yang kita bina bersama.

Insya-Allah, kita teruskan lagi program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya anak muda di kawasan Alor Gajah.

Sukan menyatukan kita.
Kita bina ukhuwah bersama. โค๏ธโšฝ๏ธ

Terima kasih semua dan tahniah! ๐Ÿ‘๐Ÿป

*MOHD KHUZAIRE MOHD KAMAL*
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka
Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah






๐Ÿ”ด๐Ÿ”ต *MEMPERKUKUH JENTERA, MERAPATKAN SAF PERJUANGAN*29 Ogos 2026 | SabtuPejabat KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, Bukit Pia...
30/08/2026

๐Ÿ”ด๐Ÿ”ต *MEMPERKUKUH JENTERA, MERAPATKAN SAF PERJUANGAN*

29 Ogos 2026 | Sabtu
Pejabat KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, Bukit Piatu, Melaka

Alhamdulillah, saya bersama pimpinan dan anggota KEADILAN Cabang Alor Gajah berkesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya yang berlangsung pada malam tadi.

Program ini menjadi satu lagi wadah untuk kita memperkukuh hubungan antara cabang, merapatkan saf perjuangan serta menyatukan gerak kerja dalam menghadapi pilihan raya yang akan datang.

Saya ingin merakamkan tahniah dan penghargaan kepada KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya serta JPRN KEADILAN Negeri Melaka atas penganjuran program ini.

Kesiapsiagaan jentera bukan hanya bermula apabila pilihan raya diumumkan. Sebaliknya, kerja perlu digerakkan dari sekarang โ€” dengan organisasi yang tersusun, semangat berpasukan yang kukuh dan komitmen yang berterusan.

Insya-Allah, kita akan terus memperkemas gerak kerja di peringkat cabang dan akar umbi demi memperkukuh kekuatan KEADILAN Negeri Melaka.

Rapatkan saf. Kukuhkan jentera. Gerakkan perjuangan.

๐Ÿ”ด๐Ÿ”ต KEADILAN Memimpin, Rakyat Diutamakan.

*MOHD KHUZAIRE MOHD KAMAL*
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka
Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah








*SOLAT SUBUH BERJEMAAH BERSAMA MASYARAKAT*๐Ÿ“ Masjid Lama Rumbia | 30 Ogos 2026Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan ...
30/08/2026

*SOLAT SUBUH BERJEMAAH BERSAMA MASYARAKAT*

๐Ÿ“ Masjid Lama Rumbia | 30 Ogos 2026

Alhamdulillah, pagi ini saya berkesempatan menunaikan Solat Subuh berjemaah di Masjid Lama Rumbia bersama masyarakat setempat serta Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Alor Gajah.

Kesempatan bersama masyarakat seperti ini amat bermakna. Selain mengimarahkan masjid, ia menjadi ruang untuk kita mengeratkan silaturahim, bertanya khabar dan mendengar sendiri suara serta pandangan masyarakat.

Insya-Allah, saya bersama seluruh kepimpinan dan anggota KEADILAN Cabang Alor Gajah akan terus berusaha mendekati masyarakat dan memperkukuhkan hubungan bersama komuniti setempat.

Semoga silaturahim yang terjalin ini terus dipelihara dan membawa kebaikan kepada kita semua.

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita serta memberikan keberkatan dan kemudahan dalam setiap urusan.

*โ€œMemugar Reformasi, Membina MADANI.โ€*

*MOHD KHUZAIRE MOHD KAMAL*
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka
Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah






Address

Gadek

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Khuzaire Mohd Kamal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share