31/05/2023
IPP Gelang patah telah menerima 2 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Dengan Pendidikan (Kemahiran Hidup) bagi melaksanakan satu wawancara berkaitan Teknologi Ternakan Udang Putih Super Intensif. Program wawancara bersama Pengarah IPP Gelang Patah telah diadakan pada 30hb Mei 2023. Semoga segala perkongsian maklumat dapat memberi manfaat dalam menyelesaikan tugasan akademik bagi kod subjek yang berkenaan.