PLANMalaysia Johor

PLANMalaysia Johor JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI JOHOR, TINGKAT 1 & 2, BANGUNAN DATO' MOHAMAD SALLEH PERANG

๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ! ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ! ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ!Kemerdekaan tidak berhenti pada sebuah tarikh bersejarah, ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฑ๐Ÿณ.Ia hidup dalam setiap l...
31/08/2026

๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ! ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ! ๐‘ด๐‘ฌ๐‘น๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ฒ๐‘จ!
Kemerdekaan tidak berhenti pada sebuah tarikh bersejarah, ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ข๐—š๐—ข๐—ฆ ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿฑ๐Ÿณ.
Ia hidup dalam setiap langkah yang kita pilih untuk membawa negara ini ke hadapan.

Daripada sebuah tanah yang diwariskan kepada kita, telah lahir bandar-bandar yang berkembang, komuniti yang membesar, pembangunan yang tercipta dan masa hadapan yang terus kita bentuk bersama.

Mencintai negara bukan hanya tentang mengenang bagaimana ia dibebaskan, tetapi tentang bagaimana kita memelihara, merancang dan mengekalkan keadaan yang lebih baik untuk generasi selepas kita.

Sempena Hari Kebangsaan ke-69 ini, marilah kita terus melangkah bersama sebagai Bangsa Johor dengan keberanian untuk berubah, kebijaksanaan untuk merancang dan tekad untuk membina negara yang teguh gemilang.

๐‘บ๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ด๐‘จ๐‘ป ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ต๐’€๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐’€๐‘บ๐‘ฐ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฌ-๐Ÿ”๐Ÿ—








๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘น ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘น ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‘ฏ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‘ดBATU PAHAT, 25 Ogos 2026 (Selasa) โ€“ PLANMalaysia Joho...
25/08/2026

๐‘ด๐‘จ๐‘ฑ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘บ ๐‘บ๐‘จ๐‘ด๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ป๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘ผ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ซ๐‘ผ๐‘น ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ผ๐‘ณ ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฎ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ป ๐‘ต๐‘ฌ๐‘ฎ๐‘ฌ๐‘น๐‘ฐ ๐‘ฑ๐‘ถ๐‘ฏ๐‘ถ๐‘น ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‘ฏ / ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐‘ด

BATU PAHAT, 25 Ogos 2026 (Selasa) โ€“ PLANMalaysia Johor telah bersama-sama menyertai Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Tahun 1448H bersamaan 2026M yang berlangsung dengan penuh meriah dan dalam suasana penuh kesyukuran di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat.

Mengangkat tema โ€œMaju Johor Dihayati, Ummah Diberkatiโ€, PLANMalaysia Johor merupakan antara 50 kontinjen perarakan yang terdiri daripada agensi kerajaan, institusi pendidikan, badan berkanun, pihak swasta serta badan bukan kerajaan (NGO). Perarakan bermula dari hadapan Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail, Jalan Bakau Condong, Batu Pahat, sebelum bergerak menuju ke Masjid Sultan Ismail dengan iringan bacaan selawat yang bergema sepanjang perjalanan.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Datoโ€™ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor; YB Datoโ€™ Mohammed Ridha bin Dato' Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor; YB Tuan Haji Mohd Fared bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor.

Penyertaan ini bukan sahaja menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul S.A.W., malah menjadi ruang untuk memperkukuh ukhuwah, kebersamaan dan semangat muafakat dalam kalangan warga Jabatan serta seluruh peserta yang hadir.








๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ โœจSempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersa...
24/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ โœจ

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan meneladani keperibadian Rasulullah SAW yang sarat dengan nilai kasih sayang, kesabaran, amanah dan ihsan.

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini membuka ruang untuk kita menghayati kecintaan kepada Baginda SAW serta memperkukuh tekad untuk menjadikan akhlak dan sunnah Rasulullah sebagai pedoman dalam kehidupan, pekerjaan dan khidmat kepada masyarakat.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู







๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐“๐„๐„ ๐’๐ˆ๐„๐– ๐Š๐ˆ๐Ž๐๐† ๐Š๐„ ๐๐‹๐€๐๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘ISKANDAR PUTERI, 18 OGOS 2026 (SELASA) โ€“ Pengarah Jabat...
19/08/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐˜๐๐‡๐†. ๐ƒ๐€๐“๐”๐Š ๐“๐„๐„ ๐’๐ˆ๐„๐– ๐Š๐ˆ๐Ž๐๐† ๐Š๐„ ๐๐‹๐€๐๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐‰๐Ž๐‡๐Ž๐‘

ISKANDAR PUTERI, 18 OGOS 2026 (SELASA) โ€“ Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berbahagia Datuk Tee Siew Kiong, Pengerusi ASEAN Shared Development Chamber of Commerce.

Kunjungan tersebut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan pertukaran buah fikiran, khususnya berkaitan potensi pembangunan bandar warisan sebagai salah satu pemangkin kepada pembangunan setempat. Perbincangan turut menyentuh bagaimana kekuatan identiti, nilai sejarah dan keunikan sesebuah kawasan dapat dimanfaatkan dalam merancakkan aktiviti ekonomi serta memberi nilai tambah kepada komuniti setempat.

Semoga pertemuan dan perkongsian pandangan ini menjadi titik tolak kepada cetusan idea serta pendekatan yang dapat menyumbang kepada pembangunan Negeri Johor yang lebih mampan, berdaya saing dan sejahtera, demi kemajuan sosioekonomi dan kesejahteraan Bangsa Johor.








19/08/2026
๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฐ๐Ÿฌ (๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—Ÿ...
18/08/2026

๐— ๐—˜๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—œ๐—Ÿ. ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—•๐—”๐—š๐—œ ๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—จ๐—ž๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฐ๐Ÿฌ (๐—ž๐—”๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—จ๐—Ÿ๐—”) ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—œ๐—ก๐—๐—”๐—จ๐—”๐—ก


AYER KEROH, 18 OGOS 2026 (SELASA) - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dengan kerjasama Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil. 2/2026 bagi Kajian Rancangan Struktur Negeri Johor 2040 (Kajian Semula) Peringkat Laporan Tinjauan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berusaha Puan Noraida binti Abdul Rani, Pengarah Pejabat Projek Zon Selatan, PLANMalaysia.

Mesyuarat yang diadakan ini merupakan salah satu platform penyelarasan bersama agensi teknikal bagi meneliti dan membincangkan dapatan semasa kajian di peringkat Laporan Tinjauan yang merangkumi isu, potensi dan perkembangan pembangunan Negeri Johor serta aspek-aspek berkaitan yang mempengaruhi hala tuju perancangan negeri sehingga tahun 2040.

Laporan Tinjauan telah dibentangkan untuk semakan, verifikasi serta pengesahan oleh pelbagai agensi teknikal. Perbincangan ini juga turut memberi ruang untuk mendapatkan pandangan, ulasan dan input teknikal bagi memperkukuh ketepatan serta kesempurnaan dapatan kajian. Maklum balas yang diterima akan diteliti dan diambil kira dalam penambahbaikan serta Laporan Tinjauan sebagai asas kepada peringkat kajian seterusnya.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam memperkukuh kerjasama antara agensi bagi memastikan Kajian Rancangan Struktur Negeri Johor 2040 (Kajian Semula) dapat menghasilkan hala tuju pembangunan yang bersepadu, mampan, berdaya tahan dan berdaya saing. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) merakamkan penghargaan atas kerjasama, komitmen dan pandangan yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan kajian ini.







14/08/2026

๐‘ป๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต๐‘ฒ ๐’€๐‘ถ๐‘ผ, ๐‘ฑ๐‘บ๐‘ช๐‘ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‘ฝ๐‘ถ๐‘ณ. ๐Ÿ! ๐‘พ๐‘ฌ ๐‘ซ๐‘ฐ๐‘ซ ๐‘ฐ๐‘ป! ๐Ÿš€

๐™Š๐™ฃ๐™š ๐™ฅ๐™ก๐™–๐™ฉ๐™›๐™ค๐™ง๐™ข. ๐™Š๐™ฃ๐™š ๐™ซ๐™ž๐™จ๐™ž๐™ค๐™ฃ. ๐™Š๐™ฃ๐™š ๐™˜๐™ค๐™ข๐™ข๐™ช๐™ฃ๐™ž๐™ฉ๐™ฎ ๐™ข๐™ค๐™ซ๐™ž๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™ค๐™œ๐™š๐™ฉ๐™๐™š๐™ง ๐™ฉ๐™ค๐™ฌ๐™–๐™ง๐™™๐™จ ๐™– ๐™จ๐™ข๐™–๐™ง๐™ฉ๐™š๐™ง, ๐™ข๐™ค๐™ง๐™š ๐™ก๐™ž๐™ซ๐™š๐™–๐™—๐™ก๐™š ๐™–๐™ฃ๐™™ ๐™›๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™ง๐™š-๐™ง๐™š๐™–๐™™๐™ฎ ๐™…๐™ค๐™๐™ค๐™ง.

Johor Smart City Forum (JSCF) 2026 | Vol. 1 has successfully concluded, bringing together government agencies, industry players, experts and the community on a shared platform to exchange ideas, explore emerging technologies and strengthen conversations on the future of smart cities in Johor.
-

Throughout the programme, a series of discussions, Tech Talks, technology showcases, community activities and competitions provided opportunities for knowledge sharing and meaningful engagement, while bringing smart city initiatives closer to the people and the communities ๐Ÿ’ก
-

Our sincere appreciation goes to Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) for the invaluable collaboration and commitment, as well as to all strategic partners, government agencies, speakers, industry players, exhibitors, participants, volunteers, media, vendors and members of the organising team whose collective efforts contributed to the success of JSCF 2026 | Vol. 1 ๐Ÿค
-

We are also honoured by the presence of Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor, Chairman of the Johor Housing and Local Government Committee, who officiated JSCF 2026 | Vol. 1.
-

The support from all parties reflects the continued commitment towards advancing smart city development that is progressive, inclusive and responsive to the needs of communities across Johor ๐Ÿค
-

Vol. 1 may have concluded, but JSCF 2026 continuesโณ
๐Ÿ”ฅ ๐˜๐˜–๐˜“๐˜œ๐˜”๐˜Œ ๐Ÿค ๐˜๐˜š ๐˜ž๐˜ˆ๐˜๐˜›๐˜๐˜•๐˜Ž ๐˜๐˜–๐˜™ ๐˜œ๐˜š โ€” ๐˜•๐˜Œ๐˜Ÿ๐˜› ๐˜”๐˜–๐˜•๐˜›๐˜!
-

We look forward to welcoming everyone again at JSCF 2026 | Vol. 2 next month, with more ideas, collaborations and opportunities to explore what lies ahead for Johor's smart city agenda.

See you at Vol. 2!

๐˜‘๐˜ฐ๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜š๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต ๐˜Š๐˜ช๐˜ต๐˜บ ๐˜๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฎ
๐Ÿ’™ ๐˜š๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต ๐˜“๐˜ช๐˜ท๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ, ๐˜š๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด.









JOHOR SMART CITY FORUM 2026 VOL. 1 TUNKU MAHKOTA ISKANDAR YOUTH CENTRE (TMIYC), PASIR GUDANG, 13 Ogos 2026 โ€“ Johor Smart...
13/08/2026

JOHOR SMART CITY FORUM 2026 VOL. 1

TUNKU MAHKOTA ISKANDAR YOUTH CENTRE (TMIYC), PASIR GUDANG, 13 Ogos 2026 โ€“ Johor Smart City Forum 2026 Vol. 1 yang berlangsung dan bertempat di TMIYC Pasir Gudang, telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datoโ€™ Haji Mohd Jafni bin Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Haji Zaidi bin Japar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor serta YBrs TPr Abdulhan Bin Abd. Lamit Pengarah PLANMalaysia Johor. Program ini merupakan satu platform penting dalam memperkukuhkan agenda transformasi bandar pintar serta pembangunan negeri yang lebih berdaya huni, mampan dan berteraskan keperluan rakyat.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama PLANMalaysia Johor dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) ini menghimpunkan pelbagai pihak yang terdiri daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jabatan dan agensi kerajaan, pemain industri, institusi akademik serta komuniti bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman dan inovasi dalam pembangunan bandar pintar.

Pendekatan tema Johor Smart City Forum 2026 Vol. 1 iaitu โ€œSmart Living, Smarter Communitiesโ€ menekankan bahawa pembangunan bandar pintar perlu mengambil kira keperluan komuniti, dengan memanfaatkan teknologi dan data bagi membentuk persekitaran yang lebih berdaya tahan, inklusif serta menawarkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti, selaras dengan agenda Bandar Pintar Negeri Johor.

Johor Smart City Forum 2026 Vol. 1 juga menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama antara 16 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor, jabatan dan agensi kerajaan, industri, institusi akademik serta komuniti setempat dalam memastikan pembangunan Bandar Pintar tidak dilaksanakan secara silo. Perkongsian kepakaran, inovasi dan penyelesaian yang berjaya perlu terus diperluaskan agar manfaatnya dapat dinikmati di seluruh Negeri Johor.

Diharapkan penganjuran Johor Smart City Forum 2026 Vol. 1 ini dapat menjadi pemangkin kepada lebih banyak perkongsian ilmu, kerjasama strategik dan inovasi yang mampu diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar. Kesinambungan agenda ini akan diteruskan melalui Johor Smart City Forum 2026 Vol. 2 dengan pengisian yang lebih luas dalam memperkukuhkan agenda bandar pintar dan meneroka penyelesaian teknologi yang dapat memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Johor.

Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang, seluruh Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Johor, jabatan dan agensi kerajaan, pemain industri, institusi akademik serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Johor Smart City Forum 2026 Vol. 1.






13/08/2026

Address

Aras 1 & 2, Bangunan Dato' Mohamad Salleh Perang, Kota Iskandar, Iskandar Puteri
Gelang Patah
79646

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072667200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PLANMalaysia Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PLANMalaysia Johor:

Shortcuts

Share