Jabatan Kastam Diraja Malaysia Gelang Patah

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Gelang Patah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kastam Diraja Malaysia Gelang Patah, Government Official, KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR, 343 HALAN BUKIT KUCING, TANJUNG KUPANG, Gelang Patah.

22/08/2026
22/08/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐“๐ˆ๐Œ๐๐€๐‹๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ (๐๐„๐๐†๐”๐‘๐”๐’๐€๐), ๐ˆ๐๐” ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“

Barisan Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ๐˜๐๐ซ๐ฌ. ๐“๐ฎ๐š๐ง ๐€๐›๐ฎ ๐๐š๐ค๐š๐ซ @ ๐’๐š๐ฅ๐ฅ๐ž๐ก ๐›๐ข๐ง ๐‰๐š๐ฆ๐›๐จ๐ฅ atas segala sumbangan jasa, komitmen, dedikasi serta bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Ibu Pejabat.

Kepimpinan, pengalaman dan khidmat bakti yang telah diberikan amat dihargai serta menjadi sebahagian daripada legasi kecemerlangan perkhidmatan dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan terus dikenang serta menjadi kenangan bermakna buat seluruh warga Jabatan.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐“๐”๐€๐!

๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ โ€ข ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐—ถ ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

22/08/2026

I ๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€, ๐“๐”๐€๐ ๐Œ๐Ž๐‡๐€๐Œ๐€๐ƒ ๐’๐‡๐€๐‘๐ˆ๐…๐… ๐๐ˆ๐ ๐€๐“๐ˆ๐ ๐ŸŒŸ

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan Selamat Bersara diucapkan kepada Tuan Mohamad Shariff bin Atip, atas segala sumbangan, jasa dan bakti sepanjang menabur khidmat sebagai Timbalan Pengarah Kastam Negeri Johor (Penguatkuasaan).

Segala dedikasi, kepimpinan, komitmen dan pengorbanan yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan pastinya menjadi sebahagian daripada legasi yang akan terus dikenang oleh seluruh warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor.

Terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga fasa baharu kehidupan ini dipenuhi dengan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan yang baik dan kejayaan yang berpanjangan bersama insan tersayang.

JASA DAN BAKTI TUAN AKAN SENTIASA DIKENANG.

Selamat menikmati hari-hari persaraan dengan penuh bermakna. ๐ŸŒน

๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก โˆ™ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ โˆ™ ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ

Ingin sentiasa selangkah ke hadapan dengan info rasmi Kastam Johor?
Nak tahu aktiviti terkini, pengumuman penting dan hebahan eksklusif terus daripada sumber sahih?

โœจ Inilah tempatnya! โœจ

๐Ÿ“ฒ Ikuti LAMAN RASMI MEDIA SOSIAL
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Johor dan jadi sebahagian daripada komuniti kami yang komited, berintegriti dan progresif.

๐Ÿ‘‰ Klik โ€˜FOLLOWโ€™ sekarang dan jangan ketinggalan sebarang maklumat penting!

โœ… Facebook: https://www.facebook.com/jkdmjohor

โœ… Instagram: https://www.instagram.com/jkdm.johor/reels/?hl=en

โœ… TikTok: https://www.tiktok.com/.johor

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Bersama Membina Malaysia MADANI

ยฉ๏ธ 2026 | Unit Korporat & Multimedia I Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor

22/08/2026

๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Tahukah anda? Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merupakan agensi utama dalam memastikan pungutan hasil negara serta keterjaminan rangkaian perdagangan sentiasa diperkasa.

๐•๐ˆ๐’๐ˆ
Perkhidmatan Kastam Unggul
๐˜Œ๐˜น๐˜ค๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜Š๐˜ถ๐˜ด๐˜ต๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ด ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ช๐˜ค๐˜ฆ

๐Œ๐ˆ๐’๐ˆ
Memperkasa pungutan hasil dan keterjaminan rangkaian perdagangan
๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ธ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ค๐˜ถ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜บ ๐˜ฐ๐˜ง ๐˜ต๐˜ณ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ธ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ด

๐’๐‹๐Ž๐†๐€๐
KOMPETEN โ€ข INTEGRITI โ€ข TEGAS
๐˜Š๐˜–๐˜”๐˜—๐˜Œ๐˜›๐˜Œ๐˜•๐˜› โ€ข ๐˜๐˜•๐˜›๐˜Œ๐˜Ž๐˜™๐˜๐˜›๐˜  โ€ข ๐˜๐˜๐˜™๐˜”

Bersama-sama kita terus memperkukuh perkhidmatan Kastam yang kompeten, berintegriti dan tegas demi kepentingan negara dan rakyat.

๐—ž๐—ข๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ก โ€ข ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—š๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ โ€ข ๐—ง๐—˜๐—š๐—”๐—ฆ




ยฉ๏ธ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐‚๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐จ๐ซ๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ญ | ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐Š๐€๐’๐“๐€๐Œ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

JKDM GELANG PATAH - 09 JULAI 2026, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kompleks Sultan Abu Bakar telah mengadakan Prog...
10/08/2026

JKDM GELANG PATAH - 09 JULAI 2026, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kompleks Sultan Abu Bakar telah mengadakan Program Nilai Murni Bil. 2/2026 pada 9 Julai 2026 (Khamis) menerusi majlis bacaan yassin dan ceramah agama bagi memupuk keberkatan, memantapkan kerohanian, dan memperkukuh keutuhan sahsiah dalam kalangan warga pegawainya.

Program Nilai Murni seperti ini dapat memupuk semangat ukhuwah dan silaturahim dalam melaksanakan sesi bacaan Yasin beramai-ramai mengumpulkan pegawai dari pelbagai bahagian, sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dan memupuk perpaduan sesama pegawai. Usaha memakmurkan program keagamaan secara konsisten diyakini membawa keberkatan serta kelancaran dalam setiap urusan pentadbiran dan operasi jabatan.







HUBUNGAN ANTARABANGSA KUKUH: JKDM JOHOR TERIMA LAWATAN KERJA STRATEGIK DARIPADA DELEGASI KASTAM ITALI (ADM)GELANG PATAH,...
22/06/2026

HUBUNGAN ANTARABANGSA KUKUH: JKDM JOHOR TERIMA LAWATAN KERJA STRATEGIK DARIPADA DELEGASI KASTAM ITALI (ADM)

GELANG PATAH, 22 JUN 2026 โ€“ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor, khususnya stesen JKDM Gelang Patah, hari ini telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja rasmi daripada agensi kastam Itali, The Italian Customs and Monopolies Agency (ADM).

Lawatan yang bermula pada jam 12.00 tengah hari itu bertujuan untuk memperkukuh hubungan diplomasi antara kedua-dua agensi, selain menjadi platform perkongsian pintar membabitkan sistem pengurusan sempadan dan fasilitasi perdagangan.

Delegasi ADM terlebih dahulu dibawa melawat ke Cawangan Import JKDM Gelang Patah. Menerusi slot pertama ini, para perwakilan telah diberikan taklimat serta demonstrasi reka bentuk sistem digital yang digunapakai oleh JKDM dalam urusan pelepasan borang kastam. Pengenalan sistem yang efisien dan telus ini menarik perhatian delegasi dalam melihat bagaimana Malaysia mengimbangi antara aspek fasilitasi perdagangan dan keselamatan negara.

Selesai sesi teknikal, delegasi diraikan dalam satu majlis makan tengah hari bagi menikmati keunikan hospitaliti dan kepelbagaian makanan serta masakan tradisi Malaysia. Sesi santai ini bukan sahaja berjaya memikat selera para tetamu antarabangsa tersebut, malah turut menjadi medium pertukaran budaya yang harmoni.

Atur cara lawatan kemudiannya diteruskan ke Unit Pemeriksaan Penumpang. Di sini, delegasi Itali telah didedahkan dengan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan fizikal, kawalan pergerakan penumpang antarabangsa, serta teknologi pengimbasan yang digunakan oleh JKDM dalam menyekat aktiviti penyeludupan di pintu masuk negara.

Sebelum program melabuhkan tirainya pada jam 3.00 petang, wakil delegasi The Italian Customs and Monopolies Agency (ADM) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga atas layanan hospitaliti yang diberikan. Mereka turut memuji kejelasan serta kualiti penerangan komprehensif yang disampaikan oleh pegawai-pegawai JKDM di sepanjang lawatan tersebut.

Program yang dianjurkan oleh jawatankuasa dilantik ini berjalan dengan amat lancar, sekaligus membuktikan komitmen jitu JKDM Johor dalam memartabatkan imej agensi penguatkuasaan negara di persada global.



๐๐„๐๐”๐‡ ๐†๐‹๐€๐Œ๐Ž๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐†, ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐†๐„๐‹๐€๐๐† ๐๐€๐“๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ '๐“๐‡๐„ ๐๐‘๐„๐’๐“๐ˆ๐†๐ˆ๐Ž๐”๐’ ๐†๐€๐‹๐€'GELANG PATAH, 11 Jun 2026 โ€“ Jaba...
11/06/2026

๐๐„๐๐”๐‡ ๐†๐‹๐€๐Œ๐Ž๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐†๐„๐Œ๐ˆ๐‹๐€๐๐†, ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐‰๐Š๐ƒ๐Œ ๐†๐„๐‹๐€๐๐† ๐๐€๐“๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ '๐“๐‡๐„ ๐๐‘๐„๐’๐“๐ˆ๐†๐ˆ๐Ž๐”๐’ ๐†๐€๐‹๐€'

GELANG PATAH, 11 Jun 2026 โ€“ Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Gelang Patah telah melakar satu lagi detik bersejarah melalui penganjuran Majlis Apresiasi JKDM Gelang Patah 2025 yang berlangsung penuh gilang-gemilang di Hotel Ramada by Wyndham Meridin Johor Bahru. Bertemakan โ€œPastel Eleganceโ€, majlis yang bermula seawal jam 2.00 petang ini diadakan khusus bagi menghargai jasa, komitmen tinggi, serta sumbangan cemerlang seluruh warga kerja sepanjang tahun lalu.

Majlis berprestij ini diserikan lagi dengan kehadiran tetamu kehormat utama iaitu Pengarah Kastam Negeri Johor, Tuan Aminul Izmeer bin Mohd Sohaimi, diiringi Timbalan Pengarah Kastam Negeri JKDM Gelang Patah, Puan Mastura binti Mohamed Saat. Turut hadir memberikan sokongan penuh adalah barisan Ketua Cawangan serta Ketua Unit JKDM Gelang Patah.

Suasana dewan bertukar gamat dan bertenaga melalui pembukaan majlis yang cukup dramatik hasil gandingan mantap penuh karisma oleh Pengatur Acara, Tuan Cyril Anak Devit. Sejurus selepas bacaan doa, Puan Mastura binti Mohamed Saat selaku Timbalan Pengarah Kastam Negeri (TPKN) Gelang Patah tampil menyampaikan ucapan alu-aluan. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini, serta ucapan tahniah kepada para penerima anugerah. Beliau turut berkongsi khabar gembira mengenai pencapaian luar biasa JKDM Gelang Patah yang berjaya menyumbang sebanyak RM1 bilion dalam keseluruhan kutipan hasil bagi negeri Johor.

Seterusnya, Pengarah Kastam Negeri (PKN) Johor dalam ucapan perasmiannya menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan atas jemputan ke majlis tersebut. Beliau memuji komitmen warga Gelang Patah memandangkan pencapaian unjuran hasil bagi negeri Johor telah berjaya tercapai sepenuhnya. Sambil merasmikan majlis, beliau menyeru agar semua anggota tidak sekadar meraikan kejayaan lalu, malah terus melipatgandakan usaha demi memacu pencapaian yang lebih gemilang pada tahun semasa.

Sejurus selepas ucapan perasmian, satu sesi bergambar kenangan telah diadakan melibatkan barisan pengurusan utama JKDM Gelang Patah bersama PKN Johor bagi mengabadikan momen bersejarah tersebut. Para hadirin kemudiannya dihidangkan dengan jamuan makan yang menyelerakan sambil dihiburkan dengan persembahan bertenaga dan kreatif daripada anggota kastam sendiri.
Kemuncak majlis menyaksikan penyampaian cenderahati kepada para pesara sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka, disusuli dengan penyampaian anugerah kepada pegawai-pegawai yang telah memamerkan prestasi cemerlang dalam pelbagai kategori. Suasana majlis menjadi semakin meriah dan gamat apabila aktiviti permainan interaktif yang menyeronokkan turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan, sekali gus merapatkan lagi hubungan silaturahim antara semua peringkat anggota.

Sebelum tirai dilabuhkan, dewan sekali lagi bergema dengan sorokan penonton apabila gelaran berprestij King of the Night (Best Dress) dinobatkan kepada Encik Mohammad Amier Asyraaf bin Amirul Rizal, manakala gelaran Queen of the Night berjaya disandang oleh Puan Nurhazwani binti Mohd Fadzil. Majlis Apresiasi ini berakhir dengan jayanya pada jam 5.30 petang, meninggalkan seribu satu kenangan manis dan memori indah yang tidak akan dilupakan oleh seluruh warga JKDM Gelang Patah.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2026 M / 1447 H
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2026 M / 1447 H

Address

KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR, 343 HALAN BUKIT KUCING, TANJUNG KUPANG
Gelang Patah
81580

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kastam Diraja Malaysia Gelang Patah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share