Cuti-cuti Negeri Sembilan - CCN9

Cuti-cuti Negeri Sembilan - CCN9 Moh kongsi percutian anda di Negeri Sembilan...

Moh plan nak bercuti kel Nismilan....
26/12/2022

Moh plan nak bercuti kel Nismilan....

Semoga ibu bapa ambil iktibar....“Nana nak mati”Ini kisah benar yang terjadi pada keluarga aku melibatkan anak kedua aku...
26/10/2022

Semoga ibu bapa ambil iktibar....

“Nana nak mati”

Ini kisah benar yang terjadi pada keluarga aku melibatkan anak kedua aku. Betul-betul terjadi, bukan rekaan.

Anak keduaku s**a bahasakan dirinya “Nana”, jadi kami terkadang memanggil dia dengan nama itu.

Berumur 3 tahun. Nana ini mulut memang macam murai. Tetapi bahasa dia tak semua sempurna. Ada kata-kata yang dia masih memakai bahasa baby yang kami tak faham. Aku sebagai mak dah macam detektif if nak paham sepenuhnya makna ayat dia.

Suatu hari, kami pergi bercuti. Bermalam dekat hotel 3 hari 2 malam. Nana sangat seronok dengan pelbagai aktiviti sepanjang percutian itu. Sampailah percutian itu selesai. Kami balik rumah. Anak-anak nampak keletihan, dorang tidur awal.

Tengah-tengah malam Nana terbangun, dia kata pada kami “Nana nak mati”, “Nana lapa”. Dia ulang-ulang ayat itu.

Dari memula cakap elok-elok, sampailah dia nangis menjerit-jerit berkata “Nana nak mati”.

Aku sebagai mak luluh hatiku tengok anakku macam kena sampuk. Aku dan suami berusaha tenangkan dia, tetapi dia tetap menangis dengan penuh kesedihan sambil berkata “Nana nak mati”. As parent’s kami dah fikir segala kemungkinan. Maybe anak kami kena sampuk, atau ada benda halus terikut kami balik rumah dan kacau anak kami. Maybe anak kami sakit.

Puas kami tanya “Nana sakitkah?”. “Sakit sebelah mana, tunjuk pada mami”. Berkali-kali aku dan suamiku pujuk supaya dia tunjuk bahagian mana yang sakit, tetapi dia menjawab “Tak… Nana nak mati”.

Perutnya aku sapu minyak, suamiku p**a seketika ambil air sembahyang dan buat air doa untuk Nana kami. Semakin kuat jeritan anakku saat suamiku tiup ubun-ubunnya sambil membaca doa.

“Nana nak mati”.

Semalaman kami tak tidur nak tenangkan anak kami. Sedih dan panik jangan ditanya. Aku berusaha mengingat apakah kami ada berbuat sesuatu yang kurang elok semasa percutian itu, sehingga anak kami jadi macam ini. Kami buntu. Seingatku percutian kami berjalan lancar dan normal. Tidak ada kejadian pelik apa pun.

Akhirnya Nana tertidur keletihan. Letih menangis, letih meratip “Nana nak mati”.

Esok paginya anak sulung menegurku, kerana melihat muka aku serabai. Suamiku memberitahu anak sulungku yang kami tak tidur semalaman kerana Nana meragam macam kena sampuk. Dengan sedih p**a aku ceritakan pada anak sulungku bahawa adiknya meratip “Nana nak mati” semalaman sampai keletihan dan tertidur.

Anak sulungku ini tidur di tingkat atas. Tutup pintu bila tidur. Jadi memang tak dengar kejadian malam itu.

Bingkas anak sulungku bangun untuk melihat adiknya. Dibelainya wajah adiknya dengan penuh kasih sayang, dibangunkannya perlahan. Perlahan-lahan Nana membuka matanya yang kembang kerana banyak menangis. Anak sulungku bertanya pada adiknya “Nana nak apa?”, dijawabnya dengan lemah oleh adiknya “Nana nak mati, kakak”.

Selamber anak sulung berkata pada kami, “Dia nak mekdi (McDonald's)”

Whattt?!?!? Rasa kena scam oleh budak kecik tu. Dia nak MEKDI rupanya. Baru aku teringat pada percutian itu suamiku memang ada membelikan mekdi untuk kami makan-makan.

Selepas kejadian itu, aku selalu bertanya pada kakaknya, risau aku atau suami tersalah erti lagi. Risau kejadian mekdi itu terulang kembali.

Sumber: Dewi Febriyanti

Address

Gemas
73400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cuti-cuti Negeri Sembilan - CCN9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Cuti-cuti Negeri Sembilan - CCN9:

Share