14_RAMD_Mekanize

14_RAMD_Mekanize Teguh Berani

๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐Œ๐„๐Š๐€๐๐ˆ๐™๐„ (๐ƒ๐„๐‚) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Š๐’๐Œ/๐ƒ๐„๐‚/๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)GEMAS: Batalion Ke-14 Rejimen Ask...
10/04/2026

๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐’๐„๐Š๐’๐˜๐„๐ ๐Œ๐„๐Š๐€๐๐ˆ๐™๐„ (๐ƒ๐„๐‚) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Š๐’๐Œ/๐ƒ๐„๐‚/๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐€๐๐‰๐”๐‘๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)

GEMAS: Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) telah melaksanakan Perbarisan Pembukaan Kursus Ketua Seksyen Mekanize (Dec) Siri KSM/DEC/1/2026 yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mek), Lt Kol Mohammad Nurzairy bin Omar di Garaj Kenderaan Jenis A (KJA) Pasukan pada 8 April 2026.

Seramai 20 orang penuntut dari pasukan 12 RAMD (Mek), 14 RAMD (Mek), 7 RRD (Mek) terlibat dalam kursus ini manakala 6 jurulatih dari pelbagai pasukan telah terpilih sebagai tenaga pengajar sepanjang kursus bermula 6 April 2026 dan akan berakhir pada 22 Mei 2026.

Pegawai Memerintah dalam ucapannya menegaskan kepada para penuntut supaya
memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan dengan memberi komitmen, fokus dan semangat yang tinggi sepanjang kursus berlangsung. setiap ilmu dan pengalaman yang diperoleh sebagai bekalan untuk meningkatkan keupayaan diri serta memperkukuhkan organisasi.








๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฏ๐ŸดPucuk pimpinan dan warga TEGUH BERANI dengan penuh bangga mengucapkan tahniah...
01/04/2026

๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—•๐—”๐—ฆ: ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—™๐—”๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜-๐Ÿฏ๐Ÿด

Pucuk pimpinan dan warga TEGUH BERANI dengan penuh bangga mengucapkan tahniah kepada Brig Jen Abd Munir bin Hj Abd Rani atas pelantikan sebagai Pengarah Infantri Ke-38.

"Kecemerlangan Berterusan, Kesiagaan Diperkasa"

Seluruh warga mendoakan agar YBhg Panglima terus diberikan keafiatan dan kekuatan untuk menerajui kor dengan penuh dedikasi serta membawa transformasi yang lebih ampuh buat persada pertahanan negara.



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐€๐… ๐™๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐“๐ˆ๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿณ๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿฒ๐ŒLt Kol Mohammad Nurzairy bin Omar, Pegawai Memerintah 14 RA...
21/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Œ๐€๐€๐… ๐™๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐“๐ˆ๐ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿณ๐‡/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿฒ๐Œ

Lt Kol Mohammad Nurzairy bin Omar, Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mek) serta seluruh warga Teguh Berani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua yang menyambut lebaran pada tahun ini.







๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐“๐€๐‘๐€๐–๐ˆ๐‡ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ’ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) โ€‹GEMAS โ€“ Majlis Berbu...
20/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐’๐Ž๐‹๐€๐“ ๐’๐”๐๐€๐“ ๐“๐€๐‘๐€๐–๐ˆ๐‡ ๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐Ÿ’ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)

โ€‹GEMAS โ€“ Majlis Berbuka Puasa dan Solat Sunat Tarawih Pasukan 14 RAMD (Mek) bersama Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato' Wan Mohd Faizal Shahrin W. Mohamad Fablillah telah dilaksanakan pada 18 Mac 26.

Majlis dimulakan dengan acara bergambar bersama Panglima 4 Bgd (Mek). Seterusnya adalah berbuka puasa dengan juadah ringan sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah yang dipimpin oleh Pegawai Agama Pasukan. Sesudah menunaikan kewajipan, Panglima 4 Bgd (Mek) telah diarak ke dewan makan pasukan untuk menikmati juadah berbuka puasa yang telah disediakan.

Dalam ucapannya, Panglima menegaskan kepentingan penghayatan aspek kerohanian bagi memuliakan bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Beliau turut mengingatkan agar aspek keselamatan sentiasa diberi perhatian oleh seluruh warga Teguh Berani dalam menghadapi Syawal yang menjelang tiba.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada berberapa waris anggota yang sakit dan terus bergerak ke surau Khalid Al-Walid bagi menunaikan solat fardhu Isyak serta solat sunat tarawih secara berjemaah. Majlis diakhiri dengan Majlis Moreh bersama Panglima 4 Bgd (Mek) di Wisma Bintara dan menandatangani buku lawatan sebelum bergerak meninggalkan 14 RAMD (Mek).






๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”GEMAS: Pegawai Memerintah Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu D...
19/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

GEMAS: Pegawai Memerintah Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize), Lt Kol Mohammad Nurzairy bin Omar telah menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat 14 RAMD (Mek) bagi tahun 2026 bertempat di Surau Khalid Al-Walid pada 14 Mac 2026.

Acara dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim serta doa khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Peg Agama Pasukan, Lt Muhammad Amirullah bin Isharum bersama-sama peserta tadarus. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan YBhg Pegawai Memerintah dan turut diserikan dengan penyampaian cenderahati oleh Pegawai Memerintah serta Pengerusi BAKAT 14 RAMD (Mek) kepada para peserta tadarus sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kesungguhan mereka menamatkan bacaan Al-Quran di bulan yang mulia ini.

Program ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen warga 14 RAMD (Mek) dalam mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan yang penuh keberkatan. Semoga roh dan semangat Ramadan terus menjadi pengikat ukhuwah serta memperkukuh jati diri warga Teguh Berani dalam menunaikan amanah terhadap agama, bangsa dan negara.






๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐๐‘๐€๐•๐Ž ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„...
01/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐Œ๐„๐‘๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐๐‘๐€๐•๐Ž ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐Œ๐€๐’๐”๐Š ๐๐„๐‰๐€๐๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐๐”๐‘๐” ๐ƒ๐€๐ ๐๐ˆ๐๐€๐’๐€๐Š๐€๐

GEMAS, 27 Feb 26: Kompeni Bravo 14 RAMD (Mek) telah melaksanakan Majlis Meraikan Ketua Kompeni Bravo iaitu Mejar Mohd Firdaus bin Mokhtar Otorid sempena hari pertama masuk pejabat.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari Guru Agama Pasukan dan seterusnya Perletakan Bendera Kompeni Bravo sebagai Simbol Kehadiran Ketua Kompeni Bravo yang baru.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Kompeni bertempat di Dewan Serbaguna Kompeni yang mana didalam amanat yang disampaikan berpandukan 4 prinsip utama iaitu BERAKHLAK MULIA, BERINTEGRITI, BERSEDIA dan BAHAGIA yang mana amanat ini menjadi teras kekuatan Kompeni Bravo.

Pada sebelah petang p**a, Kompeni Bravo telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi Keluarga Kompeni yang turut dihadiri isteri dan anak-anak. Majlis turut diceriakan dengan penyerahan pas cuti bagi anggota kompeni yang terlibat penugasan operasi.

Sesi bergambar diantara Pegawai dan seluruh warga Kompeni Bravo menjadi penutup bagi majlis yang cukup bermakna ini.






๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ’ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ (๐Œ๐„๐Š๐€๐๐ˆ๐™๐„) ๐Š๐„ - ๐Ÿ”๐Ÿ‘Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad Nurzairy bin Omar serta seluruh ...
01/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ’ ๐๐‘๐ˆ๐†๐„๐ƒ (๐Œ๐„๐Š๐€๐๐ˆ๐™๐„) ๐Š๐„ - ๐Ÿ”๐Ÿ‘

Pegawai Memerintah, Lt Kol Mohammad Nurzairy bin Omar serta seluruh warga Teguh Berani mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun 4 Briged (Mekanize) Ke-63.







๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐” ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ—๐Ÿ‘Pegawai Memerintah Batalion ke-14 Rejimen Askar Mela...
01/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‘๐„๐‰๐ˆ๐Œ๐„๐ ๐€๐’๐Š๐€๐‘ ๐Œ๐„๐‹๐€๐˜๐” ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€ ๐Š๐„-๐Ÿ—๐Ÿ‘

Pegawai Memerintah Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) serta seluruh warga Teguh Berani mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Rejimen Askar Melayu Diraja ke-93.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para perajurit dalam mempertahankan kedaulatan negara serta memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dihargai dan dikenang.






๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„-๐Ÿ—๐Ÿ‘Pegawai Memerintah Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mek...
01/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐“๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐“ ๐Š๐„-๐Ÿ—๐Ÿ‘

Pegawai Memerintah Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) serta seluruh warga Teguh Berani mengucapkan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-93.

โ€œ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—จ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—ง๐—จ๐—ž ๐— ๐—˜๐—ก๐—”๐—ก๐—š: ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—œ๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—งโ€






๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐…๐€๐™ ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘ ๐๐„๐๐€๐’ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)GEMAS :...
28/02/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐„๐†๐€๐–๐€๐ˆ ๐Œ๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐๐“๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐’๐„๐‘๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐”๐†๐€๐’ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐…๐€๐™ ๐ˆ๐Š๐‘๐€๐‘ ๐๐„๐๐€๐’ ๐‘๐€๐’๐”๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š)

GEMAS : Seramai 24 Pegawai dan 364 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize) terlibat dalam Perbarisan Pegawai Memerintah Sempena Serah Terima Tugas Ketua Kompeni Markas, Ketua Kompeni A dan Pegawai Logistik Teknikal Pasukan serta melafazkan Ikrar Bebas Rasuah yang dilaksanakan di padang kawad pasukan pada 27 Februari 2026.

Perbarisan yang diketuai oleh Mej Muhammad Sufian bin Md Lepi dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah. Acara diteruskan dengan upacara Serah Terima Tugas Pegawai Logistik Teknikal diantara Mej Mohd Firdaus bin Mokhtar Otorid dengan Mej Ahmad Saiful bin Rosli. Seterusnya adalah upacara Serah Terima Tugas Ketua Kompeni A di antara Mej Ahmad Saiful bin Rosli dengan Kapt Muhamad Nur Ariffin bin Ajis dan diteruskan dengan upacara Serah Terima Tugas Ketua Kompeni Markas diantara Mej Ahmad Razmee bin Ab Kadir dengan Mej Ahmad Saiful bin Rosli yang disaksikan oleh Pegawai Memerintah 14 RAMD (Mek), Lt Kol Mohammad Nurzairy bin Omar.

Perbarisan diserikan lagi dengan upacara Pemakaian Pangkat anggota dari pangkat Prebet ke Lans Koperal.

Perbarisan diteruskan dengan penyerahan bendera Kompeni C oleh Pegawai Memerintah kepada Kapt Muhammad Syaif bin Hanippudin selaku Ketua Kompeni C yang akan bertugas di Operasi Elemen Mekanize Lahad Datu Siri 1/2026.

Seterusnya, Ikrar Bebas Rasuah dilafazkan oleh seluruh warga Teguh Berani melambangkan integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Pegawai Memerintah dan seterusnya acara bergambar bersama warga Teguh Berani.







๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”GEMAS, 26 Feb 26: Kompeni Markas 14 RAMD (Mek) telah melaksanaka...
28/02/2026

๐๐„๐‘๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐„๐๐ˆ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‘๐€๐Œ๐ƒ (๐Œ๐„๐Š) ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

GEMAS, 26 Feb 26: Kompeni Markas 14 RAMD (Mek) telah melaksanakan Perbarisan Ketua Kompeni Markas yang disempurnakan oleh Mej Ahmad Razmee bin Ab Kadir.

Majlis dimulakan dengan acara Menandatangani Nota Serah Terima Tugas KSM Kompeni Markas diantara PW II Muhamad Firdaus bin Abu Bakar dan PW II Abdul Jalil bin Zainudin dan disaksikan oleh Ketua Kompeni Markas.

Majlis diteruskan lagi dengan acara Penyampaian Cenderahati kepada Anggota Kompeni Markas yang Bakal Bersara dan Anggota Kompeni Markas yang Menimang Cahaya Mata.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Ketua Kompeni Markas. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Membantu Menggempur atas kerjasama yang telah diberikan kepadanya sepanjang beliau memimpin Kompeni Markas. Beliau juga memberi penghargaan kepada Mantan KSM Kompeni Markas atas jasa yang telah ditabur olehnya sepanjang beliau berganding bahu bersama Ketua Kompeni.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar diantara Pegawai dan seluruh warga Kompeni Markas.






๐Œ๐€๐‘๐‡๐€๐๐€๐ ๐˜๐€ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐Pegawai Memerintah serta seluruh warga Teguh Berani mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Kareem 144...
18/02/2026

๐Œ๐€๐‘๐‡๐€๐๐€๐ ๐˜๐€ ๐‘๐€๐Œ๐€๐ƒ๐‡๐€๐

Pegawai Memerintah serta seluruh warga Teguh Berani mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Kareem 1447H kepada seluruh umat Islam di Malaysia.







Address

Kem Syed Sirajuddin
Gemas
73400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 14_RAMD_Mekanize posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to 14_RAMD_Mekanize:

Share