Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang

Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang Mengangkat khazanah budaya, seni, bahasa dan seni bina menjadi Warisan Negeri Pulau Pinang.

03/09/2026
14/08/2026
✨Dewan Pulau Aman, 6 Ogos 2026 (Khamis) - Selesai Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Penetapan K...
06/08/2026

✨Dewan Pulau Aman, 6 Ogos 2026 (Khamis) - Selesai Sesi Libat Urus Bersama Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Penetapan Kampung Pulau Aman, Pulau Pinang Sebagai Tapak Warisan Di Bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang [Enakmen 14].
Terima kasih diucapkan atas komitmen yang diberikan oleh semua pihak terutamanya penduduk kampung yang terlibat.




📣JOM! HADIR & BERSUARA UNTUK KAMPUNG PULAU AMAN! Perhatian kepada SEMUA Penduduk dan Pemilik Tanah/Bangunan di Kampung P...
29/07/2026

📣JOM! HADIR & BERSUARA UNTUK KAMPUNG PULAU AMAN!

Perhatian kepada SEMUA Penduduk dan Pemilik Tanah/Bangunan di Kampung Pulau Aman.

Adakah anda tahu mengenai cadangan untuk mewartakan Kampung Pulau Aman sebagai Tapak Warisan di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011?

Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang menjemput anda ke sesi libat urus ini untuk:
✅ FAHAMI apa maksud pengiktirafan ini.
✅ KETAHUI impak dan proses kepada kampung kita.
✅ BERIKAN PANDANGAN dan feedback anda sendiri!

Suara anda penting! Kehadiran anda amat bermakna untuk memulihara dan memelihara warisan kampung ini.

🗓️ Tarikh: 6 Ogos 2026 (Khamis)
⏰ Masa: 8.00 Pagi - 12.30 Tengah Hari
📍 Tempat: Dewan Pulau Aman

Jumpa anda di sana! Sahkan kehadiran dengan mengisi Google Form ini: https://forms.gle/8z7ouC596eNHcwLd7

Marilah kita bersama-sama melindungi warisan kita.

Medan,Indonesia - Wakil daripada Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang telah dipilih utk mewakili jabatan seba...
19/07/2026

Medan,Indonesia - Wakil daripada Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang telah dipilih utk mewakili jabatan sebagai petugas di Pavilion Pulau Pinang bersempena Pekan Raya Sumatera Utara Kali ke 50 Tahun 2026 di Medan, Indonesia.

Selain menyumbang tenaga sebagai petugas di PRSU, PWNP juga julung kalinya mempamerkan replika makanan warisan berskala sebenar di Pavilion Pulau Pinang. Diharapkan dengan penglibatan PWNP dlm PRSU kali ini, warisan negeri terus dipromosikan di peringkat antarabangsa.






14 Julai 2026, SMK Tinggi Bukit Mertajam - Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang telah dijemput menyertai Sesi...
14/07/2026

14 Julai 2026, SMK Tinggi Bukit Mertajam - Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang telah dijemput menyertai Sesi Outreach Warisan Bersama Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Baderul Amin bin Abdul Hamid, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). Turut hadir memeriahkan program ialah Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang, Ar. Zalena Binti Abdul Aziz, En Ardi Asmera, Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Utara, Dr. Annuar Bin Mohamed, Pengarah Motac Pulau Pinang bersama para jemputan serta warga Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam.

Sebagai sebahagian daripada pengisian program, Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan pameran warisan serta aktiviti permainan interaktif yang memberi peluang kepada para pelajar mengenali dengan lebih dekat sejarah, budaya dan warisan negeri Pulau Pinang dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MBSP atas jemputan. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan bagi memperkukuh apresiasi masyarakat terhadap warisan negeri untuk manfaat generasi kini dan akan datang.

🎉 SEKALUNG TAHNIAH 🎉Seluruh warga kerja Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahni...
11/07/2026

🎉 SEKALUNG TAHNIAH 🎉

Seluruh warga kerja Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pesuruhjaya Warisan Negeri,
Ar. Zalena Binti Abdul Aziz atas penganugerahan Bintang Cemerlang Negeri (B.C.N.) sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026, bersempena Hari Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna terhadap jasa, dedikasi dan komitmen beliau dalam usaha memelihara, memulihara serta memartabatkan warisan Negeri Pulau Pinang.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus menyumbang bakti dengan penuh ikhlas demi kelestarian warisan negeri demi kelestarian warisan buat tatapan generasi masa kini dan akan datang.

Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan!

Address

Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 18, Komtar
George Town
10000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share