BALAI POLIS CENTRAL, PULAU PINANG

BALAI POLIS CENTRAL, PULAU PINANG Balai Polis Central, Lebuh Carnarvon, Pulau Pinang

PEMERIKSAAN A117, BALAI POLIS CENTRAL.CENTRAL, 29 Jun- Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ASP Nik Afanianizam bin ...
29/06/2026

PEMERIKSAAN A117, BALAI POLIS CENTRAL.

CENTRAL, 29 Jun- Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ASP Nik Afanianizam bin Abdul Manap dari Cawangan Khas Kontinjen Pulau Pinang membuat pemeriksaan A117 keatas balai Polis Central.

Pemeriksaan dibuat keatas anggota Kawalan kehormatan balai, buku-buku laporan polis dan kekemasan infrakstruktur balai dan lain-lain yang melibatkan tugasan balai.

ASP Nik Afanianizam bin Abdul Manap telah memberi nasihat dan teguran kepada anggota balai supaya mempertingkatkan disiplin diri dan mengenali pemimpin.

Ketibaan pasukan pemeriksaan A117 itu disambut oleh Ketua Polis Balai Central, Insp Mohd Hafizul bin Mohammad Azizan.




AKTIVITI GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT BALAI POLIS CENTRALBali Polis Central, 11 Feb 2026- Balai Polis Central telah mengad...
11/02/2026

AKTIVITI GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT BALAI POLIS CENTRAL

Bali Polis Central, 11 Feb 2026- Balai Polis Central telah mengadakan Aktiviti Gaya Hidup Sihat bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Aktiviti gaya hidup sihat ini diadakan bertujuan untuk menyematkan semangat kesukanan dan berpasukan daripada Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis.

Aktiviti gaya hidup sihat ini telah selesai dengan jayanya.

29/01/2026
25/01/2026
25/01/2026

ππ„π†π€π–π€πˆ 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ (𝐏𝐏𝐒)

πŸ‡²πŸ‡ΎSmart Enforcement KDN: Melindungi Sekolah, Membina Masa Depan

Apabila keselamatan anak-anak menjadi keutamaan, kerajaan bergerak sebagai satu pasukan.

Melalui kerjasama strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE), inisiatif Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan sekolah kekal selamat, kondusif dan sejahtera.

Pendekatan Smart Enforcement ini bukan untuk menghukum, tetapi mendekati, membimbing dan melindungi.

Pegawai PPS hadir di sekolah sebagai rakan kepada guru, pendengar kepada pelajar dan sokongan kepada ibu bapa β€” menangani isu seperti buli, jenayah juvana, dadah dan pengaruh negatif media sosial sebelum ia menjejaskan masa depan anak-anak.

Kerana pencegahan awal adalah pelaburan paling berharga, dan keselamatan sekolah hari ini adalah asas kepada kekuatan negara pada masa hadapan.

Inilah komitmen berterusan KDN, MOE dan PDRM β€” melindungi sekolah, membina generasi, menjaga Malaysia. πŸ’™

RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH UNIT POLIS PELANCONG Georgetown, 25 Jan 2026 - Anggota Unit Polis Pelancong daripada Balai Po...
25/01/2026

RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH UNIT POLIS PELANCONG

Georgetown, 25 Jan 2026 - Anggota Unit Polis Pelancong daripada Balai Polis Central, IPD Timur Laut melakukan tugas rondaan di tempat tumpuan orang ramai di dalam Daerah Timur Laut.

Unit Polis Pelancong ini ditugaskan membuat rondaan di kawasan-kawasan tumpuan pelancong bertujuan menunjukkan kehadiran pihak polis serta memberi rasa selamat kepada para pelancong sesuai dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan negeri Pulau Pinang sebuah negeri selamat didiami dan dilawati.








GOTONG-ROYONG PERINGKAT BALAI POLIS CENTRAL PULAU PINANGGeorgetown, 22 Jan 2025- Telah berlangsung satu Gotong-Royong Ba...
22/01/2026

GOTONG-ROYONG PERINGKAT BALAI POLIS CENTRAL PULAU PINANG

Georgetown, 22 Jan 2025- Telah berlangsung satu Gotong-Royong Balai Polis Central di kawasan balai oleh anggota dan pegawai awam pagi tadi.

Semangat 'esprit de corp' juga jelas terpancar di kalangan anggota dan pegawai awam yang hadir semasa aktiviti fitik ini dijalankan.

Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan perpaduan, penyemaian sikap kerjasama sesama anggota dan penduduk berek serta mengekalkan kebersihan lebih bersih dan bebas dari sebarang penyakit seperti denggi dan sebagainya.




Address

Balai Polis Central
George Town
10100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BALAI POLIS CENTRAL, PULAU PINANG posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category