Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP

Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP Dahulu dikenali sebagai Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang

15 Ogos 2026 - Sesi Outreach Pembukaan Kaunter Terimaan Bayaran Tunggakan Bayaran secara Nirtunai di Skim Perumahan Pang...
15/08/2026

15 Ogos 2026 - Sesi Outreach Pembukaan Kaunter Terimaan Bayaran Tunggakan Bayaran secara Nirtunai di Skim Perumahan Pangsapuri Idaman Prestij K-Park, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Program outreach ini merupakan salah satu inisiatif proaktif Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) dalam menangani isu tunggakan sewa dan caj penyelenggaraan dalam kalangan penghuni. Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen berterusan LPNPP dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan doorstep service yang lebih mudah diakses, efisien dan mesra pelanggan.

Menerusi program ini, penghuni digalakkan untuk mengambil tindakan segera bagi menjelaskan tunggakan melalui kemudahan pembayaran secara nirtunai yang disediakan. Pendekatan ini memberi kemudahan kepada penghuni untuk membuat bayaran secara terus, khususnya kepada warga emas yang menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat serta penghuni yang kurang mahir menggunakan kaedah pembayaran digital.

Dalam masa yang sama, sesi outreach ini turut menjadi medium bagi memperkukuhkan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan melalui penyerahan notis tunggakan secara terus kepada penghuni. Penerangan mengenai kesan sekiranya tunggakan gagal dijelaskan turut diberikan bagi meningkatkan kesedaran penghuni terhadap tanggungjawab mereka, di samping memberi peluang kepada penghuni bertunggakan untuk membuat bayaran di kaunter yang disediakan sebelum tindakan susulan diambil.

Penglibatan pelbagai bahagian di bawah LPNPP membolehkan semakan akaun dilaksanakan secara terus di lokasi bagi mempercepatkan penyelesaian isu berkaitan pembayaran. Di samping itu, khidmat nasihat berhubung urusan pindah milik bagi unit yang telah menyelesaikan tunggakan juga diberikan serta tunjuk ajar mengenai tatacara pembayaran secara dalam talian melalui portal rasmi LPNPP.

Secara keseluruhannya, adalah diharapkan agar kemudahan dan khidmat yang disediakan dapat mendorong penghuni untuk lebih peka serta bertanggungjawab dalam menguruskan bayaran sewa dan caj penyelenggaraan. Pendekatan secara bersemuka ini turut memberi ruang kepada penghuni untuk mendapatkan penerangan, panduan serta penyelesaian terhadap isu yang dihadapi secara lebih cepat dan jelas, sekali gus menyokong usaha LPNPP dalam mengurangkan tunggakan di skim perumahan.



-Park

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G2 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan ...
11/08/2026

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G2 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera, mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC) berstatus patuh beralamat di Negeri Pulau Pinang Sahaja dalam kod bidang yang dinyatakan di bawah yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga seperti berikut:

https://www.lpnpp.gov.my/app/ik_sebutharga.php

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan ...
11/08/2026

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera, mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC) berstatus patuh beralamat di Daerah Seberang Perai Utara Sahaja dalam kod bidang yang dinyatakan di bawah yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga seperti berikut:

https://www.lpnpp.gov.my/app/ik_sebutharga.php

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 dan G2 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Pe...
11/08/2026

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 dan G2 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera, mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC) berstatus patuh beralamat di Daerah Timur Laut Sahaja dalam kod bidang yang dinyatakan di bawah yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga seperti berikut:

https://www.lpnpp.gov.my/app/ik_sebutharga.php

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan ...
11/08/2026

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera, mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC) berstatus patuh beralamat di Daerah Timur Laut Sahaja dalam kod bidang yang dinyatakan di bawah yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga seperti berikut:

https://www.lpnpp.gov.my/app/ik_sebutharga.php

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan ...
11/08/2026

Sebut Harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor G1 yang berdaftar dengan CIDB dan PKK, memegang Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor, Sijil Perolehan Kerja Kerajaan dan Sijil Taraf Bumiputera, mempunyai Sijil Pematuhan Cukai (TCC) berstatus patuh beralamat di Daerah Seberang Perai Selatan Sahaja dalam kod bidang yang dinyatakan di bawah yang masih sah tempohnya bagi menyertai sebut harga seperti berikut:

https://www.lpnpp.gov.my/app/ik_sebutharga.php

PEMAKLUMANGANGGUAN CAPAIAN SISTEM PGHOME LEMBAGA PERUMAHAN NEGERI PULAU PINANG (LPNPP)
07/08/2026

PEMAKLUMAN

GANGGUAN CAPAIAN SISTEM PGHOME LEMBAGA PERUMAHAN NEGERI PULAU PINANG (LPNPP)

Address

Paras 20, KOMTAR
George Town
10503

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang - LPNPP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share