Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang

Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang Government Agency

01/09/2026
17/08/2026

Perkhidmatan yang baik tidak pernah berhenti ditambahbaik.
Kerajaan Negeri sentiasa mendengar pandangan rakyat, menilai keperluan semasa dan mencari cara untuk menjadikan urusan lebih mudah, cepat dan mesra rakyat.
Melalui transformasi digital dan penambahbaikan berterusan, kita mahu setiap urusan rakyat menjadi lebih lancar.
Kerana setiap penambahbaikan dibuat untuk satu tujuan β€” memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat. πŸ’™
Kredit Video : Pejabat Ketua Menteri









πŸ”ŠHEBAHAN: KENAPA CUKAI TANAH DISEMAK?Assalamualaikum dan salam sejahtera.Tahukah anda? Kadar cukai tanah masih berasaska...
17/08/2026

πŸ”ŠHEBAHAN: KENAPA CUKAI TANAH DISEMAK?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahukah anda? Kadar cukai tanah masih berasaskan penilaian tahun 1994, sedangkan kos penyelenggaraan dan penyediaan kemudahan awam telah meningkat dalam tempoh 30 tahun.

Hasil cukai tanah penting bagi membantu Kerajaan Negeri menyediakan dan menambah baik kemudahan untuk rakyat seperti:

🚧 Jalan raya yang lebih baik
🌊 Tebatan banjir
🌳 Taman awam
🏘️ Kemudahan untuk rakyat

Sehubungan itu, kadar cukai tanah perlu disemak bagi memastikan ia lebih bersesuaian dengan keadaan dan kos semasa.

Bagi meringankan beban pemilik tanah, Kerajaan Negeri turut menyediakan kemudahan seperti:

βœ… Rebat 50% pada tahun pertama bagi lot yang layak
βœ… Bayaran secara ansuran
βœ… Hak membuat rayuan
βœ… Pengurangan kadar bagi kategori tertentu

πŸ“Œ Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Daerah dan Tanah berhampiran anda.

Cukai Tanah Dibayar, Kemudahan Rakyat Terpelihara. πŸ’™

03/08/2026

π—¦π—˜π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ-π—§π—œπ—‘π—šπ—šπ—œ π—§π—”π—›π—‘π—œπ—”π—› & π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π——π—”π—§π—”π—‘π—š

Seluruh Warga Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YB Dato' Dr. Jafri bin Abdul Jalil atas pelantikan beliau sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baharu berkuatkuasa 3 Ogos 2026.





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Penang2030.🌹 SEKALUNG TAHNIAH: PENERIMA ANUGERAH PERK...
19/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani & Salam Penang2030.

🌹 SEKALUNG TAHNIAH: PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 🌹

Kelab Sukan dan Kebajikan serta seluruh warga Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (PDTTL) ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada 10 orang warga kerja hebat yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2025:

1. Puan Barathi A/P Ganesan
2. Encik Muhamad Za'imul Umam Bin Muktar
3. Encik Mohd Hizer Bin Omar
4. Puan Nurul Huda Binti Manijas
5. Puan Siti Munawarah Binti Othman
6. Encik Mohamad Fariz Bin Mohd Noor
7. Encik Ahmad Amir Iqmal Bin Rosli
8. Puan Nur Nadirah Binti Khairuldin
9. Puan Nurul Najwa Binti Abd Aziz
10. Puan Nur Amira Binti Mohd Zaki

Penganugerahan ini merupakan bukti nyata ke atas komitmen, dedikasi yang tidak berbelah bahagi, serta mutu kerja cemerlang yang telah dipamerkan sepanjang tahun.

Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat dan azimat untuk terus melangkah lebih jauh, sekali gus menyuntik inspirasi serta motivasi kepada seluruh warga kerja PDTTL yang lain untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik demi agama, bangsa, dan negara.

Selamat maju jaya dan teruskan memacu kecemerlangan! πŸ†πŸŽ‰πŸ‘

Ikhlas daripada:
Kelab Sukan dan Kebajikan
Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Salam Negeri Pulau Pinang 2030,Salam Malaysia Madani.πŸŽ–οΈ UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH KEPA...
17/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Salam Negeri Pulau Pinang 2030,
Salam Malaysia Madani.

πŸŽ–οΈ UCAPAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT KEHORMATAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima atas penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ke-85 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Pulau Pinang Tahun 2026.

Pengiktirafan ini sememangnya amat bermakna dan mencerminkan kecemerlangan, dedikasi, serta komitmen tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab demi perkhidmatan awam yang cemerlang.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus menabur bakti dengan lebih gigih lagi. Jadikanlah ia sebagai inspirasi kepada seluruh warga kerja PDTTL untuk sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

Sekali lagi, tahniah daripada seluruh keluarga besar PDTTL! πŸŽ‰πŸ‘

Ikhlas daripada,
Pengurusan dan Warga Kerja
Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang.





14 Julai 2026 - Sesi kunjungan hormat Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Timur Laut Tuan Azreel Azim bin A...
15/07/2026

14 Julai 2026 - Sesi kunjungan hormat Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Timur Laut Tuan Azreel Azim bin Abdul Alim ke Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut.

Address

TINGKAT 50 & 51, KOMTAR
George Town
10000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Dan Tanah Timur Laut, Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share