Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official, Government Organization, Jalan Bagan Luar, George Town.

10/08/2026

KERTAS SIASATAN & PENGUATKUASAAN DI BAWAH AKTA 177

JPPM melaksanakan siasatan dan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Perhubungan Perusahaan 1967 [Akta 177] serta melindungi hak dan kepentingan pihak-pihak dalam hubungan perusahaan.

Pelaksanaan penguatkuasaan yang berkesan penting dalam memastikan hubungan antara majikan, pekerja dan kesatuan sekerja terus terpelihara dan harmoni.

๐Ÿ“Œ Fahami hak, tunaikan tanggungjawab, pelihara keharmonian perusahaan.

๐Ÿค MEMPERKASA SINERGI ZON UTARA: DIALOG STRATEGIK WARGA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA๐Ÿ“… 4 Ogos 2026๐Ÿ“ Bilik Rafle...
04/08/2026

๐Ÿค MEMPERKASA SINERGI ZON UTARA: DIALOG STRATEGIK WARGA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA

๐Ÿ“… 4 Ogos 2026
๐Ÿ“ Bilik Raflesia, Bangunan Kementerian Sumber Manusia, Pulau Pinang

"Bersatu fikiran, berpadu tenaga;
Berkongsi pengalaman, memperkukuh agenda.
Sinergi dipupuk demi organisasi,
Perkhidmatan cemerlang menjadi aspirasi."

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang berbesar hati menjadi tuan rumah kepada Sesi Dialog Strategik Pegawai Jabatan Perhubungan Perusahaan Zon Utara yang menghimpunkan Pengarah serta pegawai daripada JPP Pulau Pinang, JPP Perak dan JPP Kedah/Perlis.

Sesi dialog telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM), Puan Meriam Mohd Noor, bersama Pengarah Bahagian Pertikaian Perusahaan JPPM, Puan Saadiah Saad, dengan penyertaan seramai 18 orang pegawai Zon Utara.

Program ini bukan sekadar medan perbincangan, malah menjadi platform yang memperkukuh jaringan kerjasama antara Ibu Pejabat dan pejabat-pejabat negeri. Melalui sesi suai kenal bersama Pengarah-pengarah Negeri Zon Utara, perkongsian program-program terkini Jabatan serta perbincangan yang konstruktif, pelbagai pandangan dan idea telah diketengahkan bagi memperkasakan penyampaian perkhidmatan JPPM.

Antara fokus utama dialog ialah perbincangan mengenai isu-isu semasa perhubungan perusahaan, cabaran dalam pengendalian kes, perkongsian amalan terbaik, cadangan penambahbaikan proses kerja serta usaha meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan Jabatan.

๐Ÿค Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Pengarah dan pegawai Zon Utara atas komitmen, kerjasama serta perkongsian idea yang bernas sepanjang sesi berlangsung.

Semoga platform seperti ini terus menjadi pemangkin kepada budaya kerja berprestasi tinggi, memperkukuh semangat kebersamaan warga JPPM serta memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang profesional, progresif dan berintegriti demi mewujudkan perhubungan perusahaan yang harmoni dan mampan.

๐Ÿ“ SESI DIALOG STRATEGIK BERSAMA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (JPPM) BERSAMA KESATUAN SEKERJA PEKERJA๐Ÿ“… 3 Ogos ...
04/08/2026

๐Ÿ“ SESI DIALOG STRATEGIK BERSAMA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (JPPM) BERSAMA KESATUAN SEKERJA PEKERJA

๐Ÿ“… 3 Ogos 2026 (Sesi Petang)
๐Ÿ“ Bilik Raflesia, Bangunan Kementerian Sumber Manusia, Pulau Pinang

Sesi petang diteruskan dengan Dialog Strategik Bersama Kesatuan Sekerja Pekerja, yang menghimpunkan wakil-wakil kesatuan sekerja daripada pelbagai industri dan sektor di sekitar Pulau Pinang.

Program ini menerima penyertaan seramai 25 orang peserta, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi kesatuan sekerja dalam menyokong usaha kerajaan memperkukuh sistem perhubungan perusahaan yang adil, inklusif dan mampan.

Sesi dialog telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPPM, Puan Meriam Mohd Noor, bersama Pengarah Bahagian Pertikaian Perusahaan JPPM, Puan Saadiah Saad, serta Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang, Puan Marina binti Ibrahim.

Sepanjang sesi berlangsung, pelbagai pandangan, pengalaman serta cadangan telah dikongsikan bagi menyokong penambahbaikan dan reformasi undang-undang perhubungan perusahaan. Perbincangan yang terbuka dan konstruktif ini membuktikan bahawa kerjasama erat antara kerajaan dan rakan strategik merupakan asas penting dalam membentuk ekosistem pekerjaan yang lebih harmoni dan berdaya tahan.

๐ŸŒŸ JPP Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wakil kesatuan sekerja yang telah memberikan komitmen dan sumbangan idea sepanjang sesi dialog.

Semoga hasil perbincangan ini menjadi pemacu kepada pembentukan dasar yang lebih responsif dan berkesan, seterusnya menjamin keharmonian perusahaan serta kesejahteraan dunia pekerjaan bagi masa kini dan masa hadapan.

๐Ÿ“ SESI DIALOG STRATEGIK BERSAMA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (JPPM) BERSAMA MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA MAJI...
03/08/2026

๐Ÿ“ SESI DIALOG STRATEGIK BERSAMA JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN MALAYSIA (JPPM) BERSAMA MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA MAJIKAN

๐Ÿ“… 3 Ogos 2026 (Sesi Pagi)
๐Ÿ“ Bilik Raflesia, Bangunan Kementerian Sumber Manusia, Pulau Pinang

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang telah berjaya menganjurkan Sesi Dialog Strategik Bersama Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) yang melibatkan penyertaan majikan dan kesatuan sekerja majikan dari sekitar Pulau Pinang.

Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 29 orang peserta, sekali gus mencerminkan komitmen pihak majikan dalam menyokong usaha memperkukuh sistem perhubungan perusahaan negara.

Sesi dialog telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah JPPM, Puan Meriam Mohd Noor, bersama Pengarah Bahagian Pertikaian Perusahaan JPPM, Puan Saadiah Saad, serta Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang, Puan Marina binti Ibrahim.

Dialog ini menjadi platform yang amat bermakna bagi mendapatkan pandangan, cadangan dan maklum balas daripada pihak majikan berhubung usaha penambahbaikan serta reformasi undang-undang perhubungan perusahaan. Perbincangan yang berlangsung secara terbuka dan konstruktif telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik serta memastikan perundangan yang lebih responsif terhadap keperluan semasa dunia pekerjaan.

๐Ÿค Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua majikan dan wakil kesatuan sekerja majikan yang telah meluangkan masa serta berkongsi pandangan dan pengalaman sepanjang sesi dialog ini.

Semoga sesi dialog ini menjadi pemangkin kepada pembentukan dasar dan perundangan yang lebih progresif, sekali gus memperkukuh keharmonian perusahaan, hubungan industri yang kondusif serta kesejahteraan majikan dan pekerja di Malaysia.

๐Ÿ“… 30 Julai 2026 | ๐Ÿค Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang amat berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada Ket...
30/07/2026

๐Ÿ“… 30 Julai 2026 |

๐Ÿค Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang amat berbesar hati menerima kunjungan mesra daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Tuan Haji Kamal bin Pardi, bersama Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Tuan Zairuladira bin Ab. Ghani, serta Penolong Pengarah Tenaga Kerja Kanan, En Muhammad Irsyad.

Kunjungan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, malah menjadi platform yang bermakna untuk bertukar pandangan serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan perburuhan demi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada majikan dan pekerja.

โœจ Semoga jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua jabatan akan terus diperkukuh dalam usaha memelihara keharmonian perhubungan perusahaan serta kesejahteraan dunia pekerjaan di Malaysia.

Bunga melur harum berseri,
Disusun indah di laman desa;
Selamat datang tetamu dihormati,
Semoga ukhuwah kekal sentiasa.

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang telah melaksanakan Program Attachment PLWS di Lumileds Malaysia Sdn. Bhd., P...
23/06/2026

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang telah melaksanakan Program Attachment PLWS di Lumileds Malaysia Sdn. Bhd., Plant 2, Bayan Lepas Industrial Park, Pulau Pinang pada 23 Jun 2026 (Selasa), bermula jam 2.30 petang.

Lumileds ialah peneraju global dalam teknologi LED dan penyelesaian pencahayaan pintar yang telah menjadi sebahagian daripada ekosistem semikonduktor Pulau Pinang selama lebih tiga dekad. Lawatan ini memberi peluang kepada JPP Pulau Pinang untuk sesi attachment secara langsung tentang pelaksanaan PLWS.

Sesi perbincangan melibatkan wakil dari fungsi Operasi dan Sumber Manusia Lumileds iaitu Zaid Hassan Amin (HR Manager), Nai Biter Siriphant Rak (Sr. Operations Manager), Hasrinizam Hashim (Operations Manager), Saiful Azli bin Saiful Ridzwan (Sr. HR Partner) dan Muhammad Alif Aiman Lee bin Muhammad Amin Lee (TA Partner DL), manakala JPP Pulau Pinang diwakili oleh En. Lizuan Latiff selaku Panel Penasihat PLWS, Shamsul Azri bin Mohd Radzi selaku Penolong Pengarah Kanan, Pn. Zarina binti Abdul Aziz selaku Penolong Pengarah Kanan serta En. Muhammad Nur Azam bin Kamaruddin (MyStep). Kehadiran wakil dari kedua-dua pihak yang merangkumi pelbagai peringkat dan fungsi ini mencerminkan komitmen bersama untuk memastikan perbincangan bersifat menyeluruh dan berimpak tinggi.

Antara perkara utama yang dibincangkan ialah pengurusan dinamik tenaga kerja dalam industri semikonduktor yang sangat kompetitif, strategi pengekalan pekerja selari dengan amalan keharmonian perusahaan dan tuntutan standard global. Sebagai syarikat yang membekalkan komponen LED kepada sektor automotif, pencahayaan am dan aplikasi khas di peringkat antarabangsa, Lumileds berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam mengekalkan kelancaran operasi sambil memastikan kebajikan pekerja terpelihara.

Program Attachment PLWS ini menegaskan komitmen JPP Pulau Pinang untuk hubungan baik antara syarikat dan Jabatan tetapi lebih penting lagi sebagai rakan strategik dalam membimbing syarikat ke arah pematuhan yang berterusan. Pendekatan proaktif ini selari dengan matlamat kami untuk membina ekosistem perindustrian Pulau Pinang yang produktif, mampan dan mengutamakan perhubungan perusahaan yang harmoni.

JPP Pulau Pinang merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Lumileds Malaysia Sdn. Bhd. atas sambutan terbuka dan kesudian berkongsi pandangan dalam sesi ini.

Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Pulau Pinang hari ini melaksanakan Program Attachment PLWS di GS Paperboard & Packa...
23/06/2026

Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Pulau Pinang hari ini melaksanakan Program Attachment PLWS di GS Paperboard & Packaging Sdn. Bhd. sebuah syarikat berteraskan pembungkusan kertas yang beroperasi di bawah naungan Oji Holding, konglomerat global Jepun yang diasaskan oleh Shibusawa Eiichi, dikenali sebagai Bapa Kapitalisme Moden Jepun. Program yang berlangsung pada 23 Jun 2026 bermula jam 10.00 pagi ini merupakan satu langkah proaktif JPP Pulau Pinang dan Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia dalam menjalin hubungan langsung dengan pihak industri bagi memahami landskap operasi sebenar di peringkat akar umbi.

Hadir mewakili pihak syarikat ialah Koey Chin Leong selaku Sr. Manager Operations, Muhammad Arif Abdullah selaku Manager Human Capital serta seorang lagi wakil bernama Daniel. Manakala JPP Pulau Pinang diwakili oleh En. Lizuan Latiff selaku Panel Penasihat PLWS, Shamsul Azri bin Mohd Radzi selaku Penolong Pengarah Kanan, Pn. Zarina binti Abdul Aziz selaku Penolong Pengarah Kanan serta En. Muhammad Nur Azam bin Kamaruddin, MyStep. Kehadiran gabungan wakil dari pelbagai peringkat ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memastikan perbincangan bersifat menyeluruh dan berimpak tinggi.

Program Attachment PLWS ini pada hakikatnya lebih daripada sekadar lawatan semata-mata. Ia adalah platform strategi dua hala di mana JPP Pulau Pinang berperanan sebagai pembimbing dan rakan kongsi industri dalam memastikan hubungan perusahaan kekal harmoni, produktif dan mampan. Melalui pemahaman langsung terhadap struktur operasi, keperluan tenaga kerja dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat seperti GS Paperboard, JPP Pulau Pinang dapat menyusun pendekatan yang lebih tepat sasaran dalam membantu industri berkembang selari dengan keperluan pembangunan modal insan negara.

JPP Pulau Pinang kekal komited dengan misi menjadi mitra strategik industri di negeri Pulau Pinang. Program seperti ini akan terus dilaksanakan secara berterusan kerana kami percaya bahawa perhubungan perusahaan yang kuat bermula dari pemahaman yang mendalam, dialog yang terbuka dan kerjasama yang ikhlas demi masa depan pekerjaan Pulau Pinang yang lebih gemilang.

Sesi Pra Attachment bersama Lumileds Malaysia Sdn Bhd โ€” Fokus Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS) ๐ŸญAlhamdulillah, ...
18/06/2026

Sesi Pra Attachment bersama Lumileds Malaysia Sdn Bhd โ€” Fokus Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS) ๐Ÿญ

Alhamdulillah, pada 19 Jun 2026 telah berlangsung Sesi Pra Attachment bersama Lumileds Malaysia Sdn Bhd.

Sesi ini dihadiri oleh Pegawai Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang dengan fokus utama kepada Sistem Upah Berkaitan Produktiviti (PLWS), iaitu satu pendekatan yang mengaitkan ganjaran upah pekerja berdasarkan tahap produktiviti dan pencapaian syarikat.

Antara perkara yang dibincangkan:
๐Ÿ”น Latar belakang ringkas operasi dan struktur pekerjaan di Lumileds Malaysia
๐Ÿ”น Kefahaman serta penerapan konsep PLWS di peringkat syarikat
๐Ÿ”น Kaedah pengukuran produktiviti yang bersesuaian dengan sektor pembuatan
๐Ÿ”น Kerangka perundingan bersama Majikan dalam pelaksanaan PLWS
๐Ÿ”น Faedah bersama, iaitu meningkatkan daya saing syarikat seiring dengan peningkatan kesejahteraan pekerja

PLWS merupakan inisiatif penting kerajaan bagi mewujudkan ekosistem perburuhan yang lebih adil dan bermotivasi tinggi, selari dengan hasrat untuk meningkatkan produktiviti negara. Program Pra attachment ini akan memberi pendedahan langsung kepada pegawai JPP mengenai amalan terbaik industri dalam melaksanakan sistem tersebut.

Semoga sesi attachment yang akan datang memberi impak positif kepada semua pihak yang terlibat. ๐Ÿ’ช

๐Ÿ“ข JEMPUTAN MAJIKAN PULAU PINANG: SERTAI WACANA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN & IHI ENGAGEMENT 2026!๐Ÿ“ขMisi memartabatkan keharmon...
22/04/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN MAJIKAN PULAU PINANG: SERTAI WACANA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN & IHI ENGAGEMENT 2026!๐Ÿ“ข

Misi memartabatkan keharmonian perusahaan negara memerlukan komitmen dan kerjasama daripada semua pihak! ๐Ÿคโœจ

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) dengan sukacitanya menjemput semua wakil majikan untuk menyertai Industrial Harmony Index (IHI) Engagement Secara Bersemuka dan Wacana Perhubungan Perusahaan 2026.

Jom hadiri program ini untuk mendalami pelaksanaan IHI Self-Assessment (IHI SA) dan perkongsian bermakna tentang amalan terbaik keharmonian perusahaan di tempat kerja! ๐Ÿข๐Ÿ’ก

๐Ÿ“‹ Butiran Program:
๐Ÿ“… Tarikh: 20 Mei 2026
๐Ÿ“ Lokasi: Pulau Pinang (Tempat akan dimaklumkan kelak)
Pendaftaran Peserta: Melalui Jemputan

Jangan lepaskan peluang ini untuk melibatkan diri dan memperkukuhkan hubungan majikan-pekerja di organisasi anda! ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“ฑ Cara Mendaftar
Sila imbas kod QR yang dilampirkan atau klik pautan di bawah untuk mengesahkan penyertaan anda:
๐Ÿ‘‰ https://forms.gle/bHeSSY9usXLdYKns5

Kehadiran anda sangat dinantikan! Mari bersama kita wujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan produktif. ๐Ÿ’™๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KEPADA MAJIKAN: SERTAI INDUSTRIAL HARMONY INDEX (IHI) MELALUI SISTEM IRIS! ๐Ÿ“ขPerhubungan yang harmoni antara m...
21/04/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KEPADA MAJIKAN: SERTAI INDUSTRIAL HARMONY INDEX (IHI) MELALUI SISTEM IRIS! ๐Ÿ“ข

Perhubungan yang harmoni antara majikan dan pekerja adalah tunjang kepada kejayaan dan produktiviti sesebuah organisasi! ๐Ÿขโœจ

Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang menjemput semua majikan syarikat swasta di Pulau Pinang untuk menyertai Industrial Harmony Index (IHI), satu kajian holistik yang menggabungkan pandangan majikan dan pekerja bagi mengukur tahap keharmonian perusahaan di syarikat anda.

Melalui kajian ini, kami menilai keharmonian berdasarkan 5 Dimensi IHI (24 Item):
๐Ÿค Hubungan Memupuk
๐Ÿ”— Keterhubungan
๐Ÿคฒ Saling Bekerjasama
โ˜ฎ๏ธ Saling Berdamai
โœ”๏ธ Bertanggungjawab

Kini, menyertai IHI lebih mudah dan pantas melalui platform dalam talian Sistem IRIS (Modul IHI) ๐Ÿ–ฅ๏ธ

Manfaatkan peluang ini untuk melakukan penilaian kendiri dan membantu kami membentuk persekitaran kerja yang lebih kondusif untuk semua.

๐Ÿ‘‰ Klik pautan di bawah untuk mendaftar dan melengkapkan penilaian IHI sekarang:

๐ŸŒ https://iris.mohr.gov.my/

Mari bersama kita memupuk dan memelihara keharmonian perusahaan negara! ๐Ÿ’™๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Address

Jalan Bagan Luar
George Town
12000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhubungan Perusahaan Pulau Pinang_official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share