Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang Laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

An official page for Penang Education Department

08/08/2026
๐Ÿ† TAHNIAH ZON NIBONG TEBAL! ๐Ÿ†Syabas dan tahniah diucapkan kepada PPD Seberang Perai Selatan (SPS) atas kejayaan muncul s...
08/08/2026

๐Ÿ† TAHNIAH ZON NIBONG TEBAL! ๐Ÿ†

Syabas dan tahniah diucapkan kepada PPD Seberang Perai Selatan (SPS) atas kejayaan muncul sebagai Johan Keseluruhan Olahraga MSSPP Peringkat Negeri! ๐Ÿฅ‡๐Ÿ‘

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, komitmen dan kerjasama padu seluruh warga pendidikan dalam mengharumkan nama zon dan daerah.

Tahniah juga kepada zon-zon lain yang turut mencipta kejayaan dalam kategori masing-masing. Setiap pencapaian adalah hasil usaha, disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

Majulah sukan untuk negeri kita!
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ๐Ÿฅ‡๐Ÿ†






๐Ÿ“ข JOM HADIR! PROGRAM MADANI KITA โ€“ MEMAKNAI HARAPAN RAKYATJabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan orang ra...
07/08/2026

๐Ÿ“ข JOM HADIR! PROGRAM MADANI KITA โ€“ MEMAKNAI HARAPAN RAKYAT

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan orang ramai untuk hadir mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sempena Program MADANI KITA.

๐Ÿ—“ Tarikh: 8 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi โ€“ 6.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Tempat Letak Kereta C-Mart Pearl City Mall, Simpang Ampat, Pulau Pinang

Antara perkhidmatan yang disediakan:
โœ… Cetakan semula Salinan Keputusan (SK) peperiksaan terpilih
โœ… Tampalan Sijil SPM
โœ… Terjemahan sijil ke Bahasa Inggeris
โœ… Khidmat nasihat pengurusan sekolah dan murid

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan perkhidmatan KPM dengan lebih mudah dan pantas. Kunjungi kaunter kami dan manfaatkan perkhidmatan yang disediakan.

Jumpa anda di sana!






Ziarah Subuh Bersama-sama Pelajar AsramaPagi ini (6/8/26) saya dan rakan-rakan meneruskan siri ziarah Subuh bersama-sama...
06/08/2026

Ziarah Subuh Bersama-sama Pelajar Asrama

Pagi ini (6/8/26) saya dan rakan-rakan meneruskan siri ziarah Subuh bersama-sama pelajar asrama. Ziarah yang tiada pemakluman kehadiran saya bertujuan melihat sendiri aktiviti rutin pelajar asrama. Kali ini saya berkunjung ke Asrama SMK Permatang Pasir, Seberang Perai Tengah. Kesempatan bersolat jemaah Subuh bersama-sama anak-anak asrama dimanfaatkan dengan sedikit pesanan ringkas. Saya berpesan tentang;

1. Perlu memanfaatkan kehidupan di asrama sebagai peluang meningkatkan potensi diri dan pengurusan kehidupan yang sistematik.

2. Asrama ialah keluarga besar yang perlu sarat dengan kasih sayang dan bantu membantu. Jauhi sama sekali perbuatan buli yang memudaratkan.

3. Sentiasa menginsafi bahawa keberadaan di asrama adalah dengan doa dan harapan menggunung ibu bapa untuk melihat anak-anak molek sahsiah dan cemerlang akademiknya.

4. Menginsafi bahawa asrama ialah kemudahan yang disediakan oleh kerajaan / KPM sebagai pelaburan masa hadapan negara. Yuran Makan Asrama ( YMA) yang dikenakan iaitu RM1@RM3 sehari berbanding kos makanan sehari hanya kos sebenar yang dibayar oleh kerajaan . Hargailah melalui kejayaan dalam pendidikan.
Seawal 5.30 pagi, Alhamdulillah saya melihat lampu bilik-bilik asrama dinyalakan menandakan anak-anak telah bangun untuk persediaan solat , bersarapan dan ke sekolah. Inilah tertib kehidupan di asrama, tahniah.

Tahniah Kepimpinan dan Guru-Guru SMK Permatang Pasir yang menguruskan asrama dengan baik.

Mohamad Dziauddin bin Mat Saad
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang







28/07/2026

Kompilasi video TEKAD โ€“ Rancangan Pendidikan Malaysia 2026โ€“2035 Peringkat Negeri Pulau Pinang

Sertai kami dalam menyokong aspirasi Rancangan Pendidikan Malaysia 2026โ€“2035 ke arah melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing, berakhlak mulia dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

"Merapatkan Jurang, Meningkatkan Mutu, Meraih Kejayaan Bersama."







Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.๐Ÿ—“...
24/07/2026

Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Tahir Jalaluddin akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

๐Ÿ—“๏ธ 25 Julai 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ Dewan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq, SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"








โณ Berbaki 1 hari lagi, TEKAD โ€“ Rancangan Pendidikan Malaysia 2026โ€“2035 Peringkat Negeri Pulau Pinang.Jom bersama-sama me...
24/07/2026

โณ Berbaki 1 hari lagi, TEKAD โ€“ Rancangan Pendidikan Malaysia 2026โ€“2035 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Jom bersama-sama memeriahkan majlis ini dan menyaksikan aspirasi baharu pendidikan demi melahirkan generasi yang lebih berkualiti, berdaya saing serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

๐Ÿ“… 25 Julai 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•‘ 2.00 Petang
๐Ÿ“ Dewan Serbaguna Jawi, Pulau Pinang

๐ŸŽ‰ Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:
๐Ÿ–๏ธ Pertandingan Mewarna
๐Ÿ›๏ธ Pameran Agensi
๐ŸŽ Cabutan Bertuah
โญ Pameran Amalan Terbaik

Ayuh hadir bersama keluarga, warga pendidik dan masyarakat bagi menyokong usaha memperkukuh pendidikan negara.

โ€œMerapatkan Jurang, Meningkatkan Mutu, Meraih Kegagahan Bersama.โ€





๐ŸŽ“ Selamat Menduduki Ujian Bertulis Peperiksaan Percubaan SPM 2026Buat semua calon SPM di Negeri Pulau Pinang, semoga dib...
23/07/2026

๐ŸŽ“ Selamat Menduduki Ujian Bertulis Peperiksaan Percubaan SPM 2026

Buat semua calon SPM di Negeri Pulau Pinang, semoga diberikan ketenangan, keyakinan dan dipermudahkan urusan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Teruskan usaha dengan tekun, kekalkan semangat dan percaya pada kemampuan diri.

Kejayaan bukan sekadar impian, tetapi hasil daripada usaha yang berterusan.

๐ŸŒŸ Yakin diri โ€ข Berusaha bersungguh-sungguh โ€ข Raih kejayaan

Semoga memperoleh keputusan yang cemerlang dan menjadi kebanggaan keluarga, sekolah dan negeri.
Selamat maju jaya, calon SPM 2026! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

Ikhlas daripada

Mohamad Dziauddin bin Mat Saad
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang






๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ !๐Ÿ’›๐Ÿ’™Kejayaan dilakar dalam Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) Peringkat Kebangsa...
21/07/2026

๐“๐š๐ก๐ง๐ข๐š๐ก ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐ !๐Ÿ’›๐Ÿ’™

Kejayaan dilakar dalam Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026.

๐Ÿ† ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š โ€“ ๐‰๐š๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค
๐Ÿฅ‡ ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐„๐ฆ๐š๐ฌ ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก โ€“ ๐Š๐š๐ญ๐ž๐ ๐จ๐ซ๐ข ๐๐ž๐ง๐๐ข๐๐ข๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ข๐ ๐ข๐ญ๐š๐ฅ ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐‘๐ž๐ง๐๐š๐ก
๐Ÿซ ๐๐ž๐ง๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐š: ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐‰๐ž๐ง๐ข๐ฌ ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง (๐‚) ๐”๐ง๐ข๐จ๐ง

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus maju ke hadapan dan memperkukuh budaya transformasi digital dalam pendidikan.

20/07/2026

SEKOLAH SELAMAT๐Ÿซ

Persekitaran selamat, pembelajaran berkualiti dan membentuk insan sejahtera.

Tahun Ini, Tahun Kita
"Guru Bitara Nadi Negara"







Address

Jalan Bukit Gambir, Gelugor
George Town
11700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share