19/08/2026
πππππ πππππππ ππππππ: ππππππππππ ππππππππ, ππππππ ππππππππππ ππππππ
Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited memperkasa sektor koperasi sebagai salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat melalui Geran Mutiara Madani.
Geran ini disediakan khusus untuk koperasi yang berdaftar dan beroperasi di Negeri Pulau Pinang, dengan memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu modal pusingan dan infrastruktur bagi membantu meningkatkan daya saing, kecekapan serta kelestarian operasi koperasi.
π° Had maksimum RM15,000 bagi setiap koperasi
Inisiatif ini diharap dapat membantu koperasi memperkukuh kapasiti perniagaan, meningkatkan keupayaan operasi serta terus berkembang sebagai organisasi yang memberi manfaat kepada anggota dan masyarakat.
π Tarikh tutup permohonan: 31 Ogos 2026
Kepada koperasi yang berminat, sila dapatkan syarat kelayakan dan borang permohonan melalui Pegawai Wilayah SKM atau layari:
π https://linktr.ee/GeranMutiaraMadani
Geran Mutiara Madani β memperkasa koperasi, memacu kemakmuran negeri.