Penang Islamic Digital Library - PIDL

Penang Islamic Digital Library - PIDL PIDL merupakan perpustakaan digital yang terbuka untuk semua lapisan masyarakat

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ"Bersama kita membina generasi berilmu, beradab dan berintegriti berteraskan ni...
31/08/2026

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

"Bersama kita membina generasi berilmu, beradab dan berintegriti berteraskan nilai Islam serta semangat Malaysia MADANI demi kesejahteraan negara dan sentiasa dirahmati Allah SWT".

Ikhlas Daripada,
Pengerusi & Lembaga Pengarah
Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang





๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

"Bersama kita membina generasi berilmu, beradab dan berintegriti berteraskan nilai Islam serta semangat Malaysia MADANI demi kesejahteraan negara dan sentiasa dirahmati Allah SWT".

Ikhlas Daripada,
Pengerusi & Lembaga Pengarah
Serta Seluruh Warga Kerja KITAB Pulau Pinang






Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Hashim Awang atas kesudian menjemput Pe...
29/08/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Hashim Awang atas kesudian menjemput Penang Islamic Digital Library (PIDL) untuk turut serta dalam Program STEM X Hashim Awang 2026 Peringkat Negeri pada 20 Ogos 2026 yang lalu.

Kami amat menghargai ruang dan peluang yang diberikan untuk PIDL berkongsi pameran, teknologi pendidikan, perpustakaan digital serta sumber pembelajaran digital bersama murid-murid, guru dan para tetamu jemputan.

Jalinan ini bukan sekadar sebuah pameran, tetapi menjadi jambatan kerjasama antara perpustakaan digital dan institusi pendidikan dalam memperkasa budaya ilmu, literasi digital dan pembelajaran berasaskan teknologi dalam kalangan generasi muda.

Lebih bermakna, program ini turut menghimpunkan pelbagai pihak dalam ekosistem pendidikan dan STEM, antaranya Tech Dome, UiTM Permatang Pauh serta sekolah-sekolah dari seluruh Pulau Pinang.

Terima kasih SK Hashim Awang atas kepercayaan dan jemputan yang diberikan kepada PIDL. Semoga jalinan kerjasama ini terus kukuh dan memberi manfaat kepada komuniti pendidikan di Pulau Pinang.

24 Ogos 2026 (Isnin)Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau PinangAlhamdulillah, Bengkel Penulisan Artikel Majalah telah berj...
25/08/2026

24 Ogos 2026 (Isnin)
Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang

Alhamdulillah, Bengkel Penulisan Artikel Majalah telah berjaya dilaksanakan sebagai satu wadah untuk menyemarakkan budaya ilmu dan memperkasa kemahiran menulis dalam kalangan peserta.

Terima kasih kepada Puan Syaza Wardina binti Abd Khalik, Editor Dewan Tamadun Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang berkongsi ilmu dan pengalaman dalam dunia penulisan artikel majalah. Bengkel ini mendapat tajaan AZKA PPZ MAIWP dan Sabila Management Solution.

Antara yang hadir dan memberikan sokongan ialah Tuan Haji Anassuzastri bin Haji Ahmad,
Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Jaminan Kualiti, serta Dr. Nur Diyana binti Mohamad, Pendaftar KITAB Pulau Pinang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penceramah, urusetia, peserta serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan program ini.

Penulisan bukan sekadar menyusun kata dan ayat. Ia adalah satu medium untuk merekod, menyebarkan, mengembangkan dan mewariskan ilmu kepada generasi seterusnya.

Melalui bengkel ini, para peserta didedahkan bagaimana sesuatu idea dapat dikembangkan menjadi artikel yang mempunyai nilai, daya tarikan dan manfaat kepada pembaca.

Lebih menarik, bengkel turut mengangkat realiti dunia penulisan hari ini yang semakin dipengaruhi oleh teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI). Namun, teknologi hanyalah alat. Kualiti sesebuah karya tetap bergantung kepada pemikiran, kreativiti, ketelitian, integriti dan tanggungjawab penulis.

Semoga bengkel ini menjadi titik permulaan kepada lahirnya lebih ramai penulis yang berani mencipta, berkongsi dan menyumbang melalui tulisan. Kerana setiap ilmu yang ditulis, berpotensi untuk terus hidup dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Salam Maulidur Rasul 1448H.Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui selawat, akhlak dan amal ke...
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui selawat, akhlak dan amal kebaikan.

Penang Islamic Digital Library (PIDL) ditutup pada hari ini, 25 Ogos 2026 dan akan kembali beroperasi seperti biasa esok, 26 Ogos 2026 (Rabu).

23/08/2026
Jom sertai BENGKEL PENULISAN ARTIKEL MAJALAH bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mendapatkan pendedahan tentang...
13/08/2026

Jom sertai BENGKEL PENULISAN ARTIKEL MAJALAH bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mendapatkan pendedahan tentang teknik dan strategi penulisan yang efektif.

๐Ÿ’ก Dalam bengkel ini, peserta akan:

Mempelajari teknik penulisan yang lebih berkesan
Memahami struktur dan gaya penulisan artikel majalah
Menghasilkan karya yang lebih berkualiti dan menarik
Mendapat inspirasi serta panduan daripada pihak DBP
Membina kemahiran untuk melahirkan penulis baharu yang berkualiti

๐Ÿ“… 24 Ogos 2026 (Isnin)
โฐ 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang

๐Ÿค Anjuran bersama:
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
AZKA-PPZ MAIWP
Sabila Management Solution

๐ŸŽฏ Tempat adalah terhad!

07/08/2026

Bengkel Sitasi & Rujukan: APA dan MLA Style

Masih keliru cara membuat sitasi dan rujukan yang betul?
Sertai bengkel ini untuk mempelajari teknik penggunaan format APA dan MLA dengan mudah, tepat dan praktikal. Elakkan plagiarisme, hasilkan tugasan yang lebih berkualiti serta tingkatkan keyakinan dalam penulisan akademik.

Jom sertai kami pada 8 Ogos 2026 (Sabtu), 11.00 pagi.
Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran. Tempat adalah terhad!

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan Bengkel Fotografi yang telah dianjurkan oleh PIDL. Kini tiba mas...
06/08/2026

Terima kasih kepada semua peserta yang telah menjayakan Bengkel Fotografi yang telah dianjurkan oleh PIDL.

Kini tiba masanya untuk anda buktikan hasil pembelajaran anda
melalui Pertandingan Fotografi yang kini dibuka!
Serlahkan kreativiti, teknik dan perspektif unik anda dalam setiap bidikan.

Inilah peluang untuk anda bersinar dan berkongsi karya terbaik bersama komuniti!

Sebarang pertanyaan boleh ke talian :
www.wasap.my/601165126786/

D/A: Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB),
Bangunan Tahfiz, Kompleks Masjid Negeri, Jalan Air Itam,
11400 Georgetown, Pulau Pinang.

PERJUMPAAN PERTAMA KELAB SAHABAT ILMU (KSI)Alhamdulillah, Perjumpaan Kelab Sahabat Ilmu (KSI) telah berlangsung dengan j...
01/08/2026

PERJUMPAAN PERTAMA KELAB SAHABAT ILMU (KSI)

Alhamdulillah, Perjumpaan Kelab Sahabat Ilmu (KSI) telah berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih 50 orang pengguna perpustakaan yang terdiri daripada para pelajar telah menyertai kelab ini sebagai langkah pertama untuk bersama-sama membudayakan ilmu, kepimpinan dan semangat kesukarelawanan.

Perjumpaan ini bukan sahaja memberi pendedahan mengenai hala tuju Kelab Sahabat Ilmu, malah menjadi platform untuk ahli berkongsi idea, melantik jawatankuasa serta merancang pelbagai aktiviti yang bakal memberi manfaat kepada warga perpustakaan.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menunjukkan komitmen yang tinggi. Semoga Kelab Sahabat Ilmu terus menjadi wadah melahirkan generasi yang berilmu, berwibawa, kreatif dan sentiasa menyumbang kepada pembangunan budaya ilmu.

Address

Kolej Islam Teknologi Antarabangsa KITAB Pulau Pinang
George Town
11400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang Islamic Digital Library - PIDL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Penang Islamic Digital Library - PIDL:

Shortcuts

Share

Category