Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, USM

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, USM Menguruskan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di USM

๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ค๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ’ (๐ค๐ž-๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ...
10/08/2026

๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐

๐Œ๐ž๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ค๐ž-๐Ÿ”๐Ÿ’ (๐ค๐ž-๐Ÿ‘/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ๐‰๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง๐ค๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐ž๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง (๐‰๐Š๐Š๐ ๐Š๐Š๐ฃ)

Isnin 10/8/2026, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin- Mesyuarat ke-64 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kampus Kejuruteraan (JKKP KKj) telah diadakan pada 10 Ogos 2026 jam 9.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Kampus Kejuruteran.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat ke-3 bagi tahun 2026. Mesyuarat ini juga telah dipengerusikan oleh YBrs. Profesor Ir. Dr. Mariatti Binti Jaafar@Mustapha sebagai Pengerusi JKKP KKj.

Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa JKKP KKj dan Wakil JKKP KKj PTJ yang hadir semasa mesyuarat dijalankan.

Gambar/Penulis/Suntingan: Encik Jasrul Sarman Saumar



๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐โ™ป๏ธ ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐€๐ (๐”๐Š๐Š๐)๐–๐ž๐›๐ข๐ง๐š๐ซ ๐Š...
05/08/2026

๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐

โ™ป๏ธ ๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐”๐๐ˆ๐“ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐’๐ˆ๐‡๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€๐€๐ (๐”๐Š๐Š๐)

๐–๐ž๐›๐ข๐ง๐š๐ซ ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฃ๐ฎ๐ค "๐‡๐š๐ณ๐š๐ ๐„๐ซ๐ ๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข๐ค: ๐€๐ง๐œ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฉ ๐๐ข ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia (USM) telah berjaya menganjurkan Webinar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertajuk "Hazad Ergonomik: Ancaman Senyap di Tempat Kerja" pada 4 Ogos 2026 (Selasa), bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Webinar ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hafiidz Jaafar, Pensyarah Universiti, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM). Sesi perkongsian telah memberi pendedahan mengenai hazard ergonomik yang sering berlaku di tempat kerja, faktor-faktor risiko yang menyumbang kepada kecederaan muskuloskeletal, serta langkah-langkah pencegahan melalui amalan ergonomik yang baik.

Penganjuran webinar ini merupakan salah satu inisiatif UKKP dalam memperkukuh budaya kerja yang selamat, sihat dan kondusif di Universiti Sains Malaysia. Diharapkan ilmu serta pengetahuan yang dikongsikan dapat meningkatkan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan pengurusan risiko ergonomik, seterusnya menyokong usaha mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, produktif dan mampan.

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penceramah serta semua peserta yang telah menyertai dan menjayakan webinar ini.

Gambar : Encik Abdul Hafiz Abdul Hamid
Penulis/suntingan : Encik Jasrul Sarman Bin Saumar



LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DI BLOK 15, 19 DAN 22 PUSAT PENGAJIAN SAIN PERUBATANAhad 26 Julai 2026, Kampus Kesihatan - ...
28/07/2026

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN DI BLOK 15, 19 DAN 22 PUSAT PENGAJIAN SAIN PERUBATAN

Ahad 26 Julai 2026, Kampus Kesihatan - Satu sesi latihan pengungsian bangunan telah berlangsung dengan jayanya pada jam 8.45 pagi yang melibatkan Blok 15, 19 dan 22 Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua staf yang terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang latihan pengungsian bangunan yang dijalankan.

Pihak UKKP juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) yang turut menjayakan latihan ini.

ALHAMDULILLAH & TAHNIAH WARGA UKKP USM! Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Universiti Sains Malaysia (USM)...
28/07/2026

ALHAMDULILLAH & TAHNIAH WARGA UKKP USM!

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Universiti Sains Malaysia (USM) merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan tahniah atas kejayaan yang diraih dalam Pertandingan Sudut Kelestarian PTJ Sempena Bulan Kelestarian USM 2026.

Pencapaian UKKP:

UKKP Kampus Induk โ€“ Tempat Ketiga
UKKP Kampus Kesihatan โ€“ Pemenang Saguhati

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama, kreativiti dan komitmen seluruh warga UKKP dalam membudayakan amalan kelestarian di tempat kerja. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh usaha memelihara alam sekitar serta menyokong aspirasi kelestarian Universiti Sains Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga UKKP yang telah menyumbang idea, tenaga dan masa dalam menjayakan Sudut Kelestarian. Bersama-sama kita terus menyemarakkan budaya hijau demi persekitaran kerja yang lebih lestari.

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada semua PTJ yang telah mengambil bahagian! ๐Ÿ’š๐ŸŒ

๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐‹๐Ž๐‚๐€๐‹ ๐„๐—๐‡๐€๐”๐’๐“ ๐•๐„๐๐“๐ˆ๐‹๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ (๐‹๐„๐•)Unit Kesel...
23/07/2026

๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐

๐‡๐„๐๐€๐‡๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐๐„๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐Š๐’๐€๐€๐ ๐‹๐Ž๐‚๐€๐‹ ๐„๐—๐‡๐€๐”๐’๐“ ๐•๐„๐๐“๐ˆ๐‹๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ (๐‹๐„๐•)

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin telah berjaya melaksanakan Pemeriksaan Sistem Local Exhaust Ventilation (LEV) di Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat bermula 14 Julai 2026 hingga 21 Julai 2026.

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi memastikan setiap sistem LEV berada dalam keadaan berfungsi dengan baik, berkesan serta mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Di samping itu, pemeriksaan ini bertujuan mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan atau kelemahan yang memerlukan tindakan pembetulan bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif kepada semua warga kampus.

UKKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua PTJ yang telah memberikan kerjasama sepanjang pelaksanaan pemeriksaan ini. Diharapkan komitmen berterusan daripada semua pihak dapat memperkukuhkan budaya kerja yang selamat, sihat dan mematuhi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Gambar: Encik Muhammad Rizal Bin Mansor
Penulis/suntingan : Encik Jasrul Sarman Bin Saumar



๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐ƒ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐Selasa 21/07/2026,Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed ...
23/07/2026

๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐Š๐€๐–๐€๐ƒ ๐Š๐„๐๐€๐Š๐€๐‘๐€๐

Selasa 21/07/2026,Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin - Satu sesi latihan kawad kebakaran telah berlangsung dengan jayanya pada 21/07/2026 jam 10.00 pagi di Ruang Penyelidikan Bersepadu (RPS) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin dengan jayanya.

Satu demonstrasi kebakaran juga turut diadakan bagi mengajar staf cara-cara menggunakan Alat Pemadam Api Jenis ABC.

Terima kasih juga diucapkan kepada wakil Jabatan Keselamatan (JK) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin dan Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin yang turut menjayakan latihan kawad kebakaran ini.

Gambar/penulis/suntingan : Encik Jasrul Sarman Bin Saumar



Lawatan Penanda Aras Task Force Ergonomik Kampus Kesihatan USM ke Jabatan Rekod Perubatan HRPZ II21 Julai 2026 | Hospita...
23/07/2026

Lawatan Penanda Aras Task Force Ergonomik Kampus Kesihatan USM ke Jabatan Rekod Perubatan HRPZ II

21 Julai 2026 | Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu
Jawatankuasa Task Force Ergonomik Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Jabatan Rekod Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan pendedahan mengenai amalan terbaik pengurusan ruang kerja dan pelaksanaan ergonomik di tempat kerja.

Lawatan ini disertai oleh lima orang ahli Jawatankuasa Task Force Ergonomik Kampus Kesihatan USM dan bertujuan memperkukuh pengetahuan serta berkongsi pengalaman bagi meningkatkan pelaksanaan inisiatif ergonomik ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, sihat dan kondusif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Rekod Perubatan HRPZ II di atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi ilmu dan amalan terbaik. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi kecemerlangan budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

๐Ÿ’š PROGRAM KELESTARIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG KURANG UPAYA (OKU) ๐Ÿ’šRabu, 22 Julai 2026                                    ...
22/07/2026

๐Ÿ’š PROGRAM KELESTARIAN BERSAMA KOMUNITI ORANG KURANG UPAYA (OKU) ๐Ÿ’š

Rabu, 22 Julai 2026
Alhamdulillah, Program Kelestarian Bersama Komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keceriaan, semangat kebersamaan dan penglibatan yang amat memberangsangkan.

Program hasil kerjasama Jawatankuasa Kelestarian Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) dan Jawatankuasa Kelestarian Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT), Kampus Kesihatan USM ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar serta aspek keselamatan dalam kalangan komuniti OKU melalui pendekatan yang inklusif, interaktif dan menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program, antaranya senamrobik, permainan interaktif, kuiz kelestarian, aktiviti kitar semula serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api.

Demonstrasi penggunaan alat pemadam api ini memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai tindakan awal menghadapi kebakaran serta cara-cara menggunakan alat pemadam api dengan cara yang betul dan selamat. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal, malah meningkatkan keyakinan peserta dalam mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

๐ŸŒฑ"Kelestarian dan keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Apabila ilmu dikongsi secara inklusif, kita bukan sahaja membina persekitaran yang lebih hijau, malah melahirkan komuniti yang lebih selamat dan berdaya tahan."

Program ini secara mendalam menyokong prinsip utama SDG iaitu "Leave No One Behind" dengan memastikan komuniti OKU turut memperolehi ilmu keselamatan dan kelestarian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta Pusat Transformasi OKU Kampus Kesihatan, USM atas kerjasama dan sambutan yang amat baik sepanjang menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini akan terus diperkukuhkan pada masa hadapan dalam melahirkan masyarakat yang lebih prihatin, inklusif serta membudayakan amalan kelestarian dan keselamatan demi kesejahteraan bersama.

Program ini menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) pencapaian berikut:

๐ŸŽฏSDG 3 : Kesihatan Baik dan Kesejahteraan
๐ŸŽฏSDG 4: Pendidikan Berkualiti
๐ŸŽฏSDG 10 : Mengurangkan Ketidaksamaan
๐ŸŽฏSDG 17: Kerjasama demi matlamat










USM

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ข๐๐ž๐ง ๐Š๐Š๐: ๐๐จ๐ญ๐ข๐Ÿ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ข๐š๐ฌ๐š๐ญ๐š๐ง13 Julai 2026 (Isnin), USM Kampus Induk- Unit Keselamata...
14/07/2026

๐Š๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ฌ ๐๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ข๐๐ž๐ง ๐Š๐Š๐: ๐๐จ๐ญ๐ข๐Ÿ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ข๐š๐ฌ๐š๐ญ๐š๐ง

13 Julai 2026 (Isnin), USM Kampus Induk- Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Universiti Sains Malaysia telah menganjurkan Kursus Pengurusan Insiden KKP: Notifikasi dan Teknik Penyiasatan yang melibatkan majoriti Penyelaras KKP PTJ.

Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai keperluan perundangan, prosedur dan kepentingan penyiasatan insiden KKP, di samping memperkukuh kemahiran menjalankan penyiasatan secara sistematik termasuk analisis punca, cadangan langkah kawalan serta penggunaan sistem e-Insiden bagi pelaporan, dokumentasi dan pemantauan tindakan penambahbaikan.

๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐†๐€ ๐‚๐Ž๐Œ๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐As...
13/07/2026

๐”๐Š๐Š๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐Œ๐„๐†๐€ ๐‚๐Ž๐Œ๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐’ ๐Š๐„๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐˜๐„๐ƒ ๐’๐ˆ๐‘๐€๐‰๐”๐ƒ๐ƒ๐ˆ๐

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa ๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐š๐ฆ ๐Œ๐ž๐ ๐š ๐‚๐Ž๐Œ๐๐ˆ ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐ž๐ฃ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š๐š๐ง ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ ๐’๐ฒ๐ž๐ ๐’๐ข๐ซ๐š๐ฃ๐ฎ๐๐๐ข๐ง anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) telah berjaya dilaksanakan pada 13 Julai 2026 (Isnin) bermula 10.00 pagi di sekitar Pejabat UKKP, Stor UKKP dan Bangunan ST.

Program ini melibatkan aktiviti pemeriksaan dan gotong-royong bagi mengenal pasti serta menghapuskan tempat-tempat yang berpotensi menjadi pembiakan nyamuk, di samping meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan persekitaran kerja. Pelaksanaan program ini turut menyokong usaha pencegahan penyakit bawaan nyamuk serta memupuk budaya kerja yang sihat dan selamat dalam kalangan warga kampus.

Pihak UKKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua staf yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan penglibatan sepanjang program berlangsung. Diharapkan semangat kerjasama ini dapat diteruskan dalam menjayakan program-program keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Gambar :ChM.Dr.Faris Bin Abdullah
Penulis/suntingan : Encik Jasrul Sarman Bin Saumar





Address

Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Universiti Sains
George Town
11800

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share